10 Hotel di Langkawi Yg Best Untuk Honeymoon (Harga Sederhana)

Plan nak ke Langkawi untuk honeymoon?

Kami bantu anda cari hotel-hotel best untuk honeymoon kat Langkawi, dengan harga sederhana. 

Jom tengok senarai penginapan yang power, tapi sesuai untuk bajet semua.

Hotel Honeymoon Langkawi (Harga Sederhana)

Di Pekan Kuah

Hotel di kawasan Pekan Kuah lebih murah berbanding kawasan lain di Langkawi. Untuk bilik yang selesa dan mudah berbelanja, ini hotel pilihan honeymoon yang ada.

Chill Suites

bilik chill suites langkawi yang sesuai untuk bulan madu pasangan muda yang pentingkan bajet
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang dekat dengan kawasan Kuah ini cukup ideal untuk mereka yang mahu honeymoon dalam hotel murah yang luas.

Bilik moden dan ringkas anda datang lengkap dengan toiletries.

Ia juga datang dengan peti keselamatan dan fridge mini.

Bila senja, nak bergambar bersama kat Dataran Lang cuma 10 minit memandu dari sini.

Begitu juga Pasar Malam dan mall HIG — senang nak beli set pinggan mangkuk pertama rumah nanti.

Hotel Greenish

bangunan hotel greenish langkawi yang ada balkoni -- boleh beromantik masa honeymoon
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang biliknya luas ini datang dengan balkoni.

Boleh anda layan pemandangan Langkawi.

Tatahias bilik anda sederhana.

Tapi kalau anda nak hotel berbulan madu yang ada pool, senang nak parking dan biliknya yang murah, ini antara tempatnya.

Lokasinya betul-betul di pekan Kuah.

Jadi kalau nak membeli belah HIG mall jalan kaki pun boleh singgah. 

Adya Hotel Langkawi

kat adya biliknya luas dan ada pool untuk isteri masa honeymoon di Langkawi
Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini cukup sesuai kalau isteri nak mandi kat swimming pool tanpa lelaki.

Sebab ia satu-satunya hotel dengan pool khas wanita yang ada di Langkawi.

Bilik anda luas, dan hotelnya besar.

Sesuai untuk anda yang isterinya tak suka tidur di hotel kecil lagi terpencil.

Nak makan? Kedai makan Thai yang hit kat Langkawi macam Veena Thai dan Wan Thai tak jauh dari hotel.

Nak shopping pun, HIG mall cuma 5 minit memandu dari sini.

Setiap bilik kat sini ada sejadah, ada Al-Quran.

Dan bila hari Jumaat, ada shuttle percuma ke masjid — tak perlu berjalan.

Senang cerita, untuk Langkawi, ia antara hotel pilihan.

Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia

Langkawi Seaview

bilik kayu di seaview langkawi yang buat rasa macam betul bercuti
Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Di Langkawi Seaview ini, anda berdua boleh duduk melayan pemandangan malam di balkoni honeymoon nanti.

Sebabnya setiap bilik di sini ada balkoni dengan pemandangan laut atau pekan.

Senang cerita, anda boleh buat candle light dinner berdua masa makan.

Bilik anda besar dan selesa.

Di hotel, ada gym dan kolam renang kalau anda mahu gunakannya.

Tempat letak kereta di tepi hotel sahaja. Mudah nak keluar ke sini sana.

Dan berbeza dengan kawasan hotel di Kuah lain, ini letaknya di kawasan yang lebih aman suasananya.

Bayview Langkawi

hotel bayview langkawi yang ada pemandangan romantik kalau dapat bilik menghadap laut
Harga BiasaRM 225 ++
Tempah
Tempah

Hotel Bayview di Pekan Kuah ini  cukup luas untuk anda berdua. 

Kalau anda pilih bilik yang mengadap laut, pemandangan waktu matahari terbit dan terbenam memang romantik.

Hotel 4 bintang ini ada room service kalau anda mahu makan di bilik.

Dan lengkap dengan kolam renang untuk anda bersantai.

Disebabkan lokasi yang baik, senang untuk anda mencari ATM, kedai makan atau keperluan masa bulan madu nanti. 

Nak shopping? Kompleks HIG cuma 3 minit dari sini saja.

Dekat Airport

Di bawah ini adalah penginapan terbaik untuk berbulan madu di Langkawi di lokasi dekat dengan airport. Ideal untuk anda yang pergi dan balik dengan flight lewat malam atau awal pagi.

Villa Abadi Resort

kolam villa abadi yang di depan bilik sahaja
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Tempat ini ideal kalau anda datang honeymoon dengan kapal terbang.

Dan anda berdua tak kisahkan shopping tapi cuma mahu dekat dengan tarikan utama Langkawi (kereta kabel) sebab masa suntuk.

Bilik anda besar.

Dan bila anda keluar, swimming pool ada di depan mata. 

Kalau anda nak pemandangan kapal layar berlabuh, Telaga Harbour dalam 10 minit dari sini.

Dan untuk ke cable car Langkawi, anda cuma perlu memandu dalam 15 minit sahaja.

Kelemahan lokasi satu.

Tak seperti di Kuah atau Cenang, kedai makan tidak semudah dan sebanyak di dua kawasan Langkawi itu.

Di Tepi Pantai

Untuk anda yang mahu penginapan berdekatan pantai di Langkawi masa honeymoon nanti, berikut hotel bulan madu harga mampu inap yang ada. 

Cenang Plaza Beach Hotel

bilik di cenang plaza yang ringkas tapi memang dekat dengan pantai cenang langkawi
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah di Langkawi yang dekat dengan pantai tapi selesa?

Pilih hotel ini sebab biliknya harga bajet tapi lokasinya power.

Kalau anda ada bilik mengadap pantai, anda boleh duduk di tepi pantai sambil melayan pemandangan matahari di pantai Cenang yang terbenam.

Atau anda boleh saja bersantai di balkoni bersama berdua (untuk bilik suite saja).

Lokasinya ideal.

Pantai di belakang hotel anda.

Dan Cenang Mall di depan mata.

ATM, Starbucks, KFC dan pelbagai kedai makan ada dalam jarak jalan kaki saja.

Tapi book awal.

Hotel ini cuma ada 43 bilik saja. 

Adya Express Chenang

bilik adya cenang yang baru dan selesa
Harga BiasaRM 195 ++
Tempah
Tempah

Hotel Adya Express Chenang ini ada bilik yang cukup selesa untuk anda berdua.

Ia luas, katilnya selesa dan tatahiasnya moden dan tidak macam kebanyakan hotel di Cenang yang berusia. 

Lokasinya cukup strategik.

Untuk makan-makan dan ke tarikan seperti Underwater World boleh sahaja jalan kaki.

Bila nak ke pantai, anda hanya perlu seberang jalan.

Dan disebabkan kawasan pantai terhidang di depan mata, anda boleh layan ombak bila saja yang anda suka.

Fave Hotel

Harga BiasaRM 190 ++
Tempah

FaveHotel ini ada bilik yang moden dan ringkas untuk honeymoon anda di Langkawi. 

Ia bukan di tengah kawasan Cenang.

Jadi anda perlu memandu dalam 5 minit kalau nak ke pantai.

Tapi baiknya, anda boleh pilih untuk ke Pantai Cenang atau Pantai Tengah.

Disebabkan lokasinya juga, tempat letak kereta bukan masalah.

Di sini, sarapan paginya ringkas tapi ada menu Continental dan Melayu.

Jadi anda tiada masalah untuk menjamu selera sebelum anda mulakan hari anda nanti.

Royale Chenang Resort

kawasan penginapan di royale cenang yang romantis untuk honeymoon di langkawi
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

Kami tutup senarai hotel honeymoon di Langkawi yang best dengan hotel Royale Chenang Resort.

Resort kecil ini dibuat dengan rapi.

Dan pemandangan sekitar resort tenang dengan taman, kolam renang dan warna dinding yang di cat pastel.

Ia terletak di tepi jalan besar, jadi senang untuk anda keluar ke mana-mana.

Pilihan pantai yang boleh anda main ombak di sini ada dua — samada pantai Cenang atau pantai Tengah, ikut selera anda.

Kalau ini belum cukup, kami sarankan anda tengok hotel-hotel honeymoon paling best di Langkawi (tapi harganya buat degup jantung terhenti).

Okay, kami sudah senaraikan hotel-hotel best untuk honeymoon di Langkawi (yang dalam bajet sederhana).

Jadi, yang mana satu yang anda rasa nak book nanti?

Hotel Terbaik Langkawi

JomJalan Seluruh Langkawi

Senarai tempat tarikan best di Langkawi
Layan kedai makan sedap Langkawi
Promo hotel, tarikan Langkawi

Jomjalan