Tercari-cari hotel best kat Johor Bahru untuk honeymoon nanti?
Bagi kami bantu.
Ini hotel-hotel romantik untuk hari terindah anda itu.
Hotel Best Utk Honeymoon di JB
Dekat Legoland
Plan nak pergi ke Legoland atau layan pemandangan sekitar Puteri Harbour masa honeymoon nanti? Ini hotel-hotel best untuk bulan madu di JB kat area sini.
Jen Puteri Harbour



Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini antara hotel best untuk honeymoon kat Johor Bahru yang selalu penuh — sebab lokasinya cantik dan romantik.
Hotel ini kat tepi pelabuhan dan boleh nampak kapal persiaran orang kaya-kaya.
Nak jalan kaki santai dengan tersayang pun tenang kat sini.
Bilik yang popular selalunya jenis Harbour View sebab pemandangan dari bilik memang power bila senja.
Hotel romantik ini pun dekat dengan terminal feri Puteri Harbour — kalau-kalau anda berdua nak terus ke Pulau Batam Indonesia pula.
PineTree Marina



Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kat Pinetree Marina, pemandangan biliknya pun menarik, dan biliknya pun gaya apartmen.
Siap ada dapur dan ruang tamu.
Kalau nak manjakan badan, kat sini ada bilik sauna dan steam.
Inifiniti poolnya pun power.
Dan kalau nak makan-makan, Bukit Indah dalam 15 minit dari sini.
Kalau honeymoon ke sini, minta bilik menghadap laut supaya dapat pemandangan romantik tiap-tiap hari.
Fraser Place



Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Bilik kat hotel Fraser Place ini besar.
Sesuailah kalau nak duduk honeymoon kat JB lama — sebab ia gaya apartmen dan siap ada washer dan dryer.
Hotel ini ada swimming pool dalam bangunan, jadi boleh anda berdua layan walaupun hujan.
Tapi saiznya kecil untuk anda yang suka berenang.
Nak ke Legoland, Sealife atau mall Sunway Big Box?
Naik saja shuttle percuma yang tersedia.
[static_content id=”35193″]
Pesisir Bandaraya
Khas untuk anda yang tak suka sesak bandaraya JB, ini beberapa pilihan hotel yang ada untuk honeymoon anda.
Amerin JB



Harga Biasa | RM 170 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotelnya kalau anda nak bilik honeymoon bagus tapi harganya murah di Johor Bahru.
Biliknya selesa, dan kawasan rooftopnya boleh dibuat tempat santai romantik bila malam.
Kat rooftop ini, ada kawasan lantai kaca kecil untuk anda bergambar.
Kat sebelah Amerin ada mall kecil, namanya Perling Mall.
Tapi kalau nak shopping lebih, boleh bawa kereta ke Sutera Mall atau Paradigm mall yang cuma 10 minit dari sini.
Kalau lapar malam-malam, 7-Eleven ada kat bawah hotel. McDonalds dan KFC pun dalam jarak jalan kaki.
[static_content id=”38145″]
Hotel Renaissance



Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel 5 bintang yang cukup mewah dan selesa untuk cuti romantik yang boleh ingat sampai bila-bila.
Bilik anda besar dan selesa.
Dan kalau sanggup berhabis masa cuti dengan si dia, bilik Executive Suite dan Terrace Room ada bath tub untuk anda layan bersama.
Yang bagusnya, Cafe BLD dalam hotel ini juga sedap dan selalu dipuji lauknya.
Jadi kalau nak makan tengahari atau makan malam istimewa, cuma perlu turun lif sahaja.
Nak ke mall? Anda boleh ke Midvalley Southkey dengan shuttle free.
Hotel Trove



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Trove ini gaya moden dengan 5 tema bilik berbeza.
Style bilik biasanya pun dah okay untuk honeymoon anda.
Tapi kalau tak kisah berbelanja, bilik Junior Suite, Executive Suite dan juga Honeymoon Suite, semuanya lebih besar.
Suite-suite ini ada tub mandi dan juga TV yg diletak pada dinding boleh putar — jadi nak tengok TV dari katil boleh, dari sofa boleh.
Apapun, antara 3 suite ini, honeymoon suite lebih power dari yang lain sebab ia ada jakuzi.
Nak shopping? 5 minit dari sini ada KSL City Mall dan Plaza Pelangi.
Dekat City Square
Hotel honeymoon best kat JB sebenarnya banyak sekitar kawasan bandaraya JB. Boleh duduk kat City Square kalau anda nak shopping ataupun seberang tambak dan pergi ke Singapore dengan buah hati masa honeymoon kat sini.
Holiday Villa



Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Holiday Villa Johor Bahru ini bilik biasanya sudah selesa.
Tapi kalau nak extra best masa bulan madu atau anniversary, dan nak layan bilik yang ada bath tub, bolehlah tempah Premium Suites.
Bila malam anda boleh boleh layan kawasan infinity pool nya. Pemandangan memang cantik dan romantik.
Nak shopping?
KSL Mall kat sebelah hotel ini saja.
Capri by Fraser



Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini baru dibuka pada 2019, jadi biliknya moden dan fasilitinya baru dari kebanyakan hotel di JB.
Kalau bajet untuk honeymoon tak tinggi, ambil bilik biasa.
Tapi kalau nak lebih selesa ambil bilik One Bedroom Deluxe King Sea View.
Dapat bilik lebih besar, tub mandi dalam bilik air dan juga pemandangan laut dari katil anda.
Kalau nak shopping kat JB City Square ada shuttle percuma untuk anda berdua.
Amari JB



Harga Biasa | RM 295 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak bilik yang besar dan moden, tapi harga sederhana?
Amari JB antara salah satu pilihan yang ada.
Kalau nak yang ada tab mandi, pilih bilik Junior Suite dan ke atas, cuma harganya tinggi berkali ganda dari bilik biasa.
Untuk shopping berdua, Komtar JBCC kat seberang jalan saja.
Kalau sudah puas membeli, boleh naik jambatan kaca Skyscape dan layan panorama JB dengan buah hati.
Holiday Inn



Harga Biasa | RM 215 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Holiday Inn ini bersambung dengan shopping mall Komtar JBCC.
Nak ke mall, nak makan, cuma perlu jalan kaki.
Bilik anda moden dan saiznya besar.
Tapi kalau nak yang ada tab mandi, boleh pilih samada Sky Suite atau Studio Suite, bergantung pada bajet anda nanti.
Kalau senja nak tengok view bandaraya, boleh lah ambil angin pi ke swimming pool kat tingkat 32.
Doubletree Hilton



Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Doubletree Hilton JB ini pun antara hotel best di JB untuk honeymoon nanti.
Swimming poolnya antara terbesar dalam bandaraya ini, makan paginya banyak pilihan, dan toiletries anda dari jenama terkenal USA, Crabtree and Evelyn.
Dari segi fasiliti ia memang lengkap — sebab selain gym dan pool ia juga ada sauna dan bilik steam.
Dan untuk tidur nyenyak, ada 4 pilihan bantal untuk anda pilih dari menu.
Lokasi? Komtar JBCC dan City Square dalam 10 minit jalan kaki.
Okay, lengkap sudah kami senaraikan hotel-hotel best untuk bulan madu di Johor Bahru sebagai cuti pertama anda berdua jadi suami isteri.
Bila dah di JB, dan kalau Covid reda, boleh juga ke Singapura dan balik hari saja.
Amacam, antara hotel-hotel best yang ada, yang mana satu rasanya pilihan anda dan si dia?