Tercari-cari hotel best kat Kota Kinabalu yang ada swimming pool?
Ini senarai hotel di KK yang bukan saja ada pool, tapi dekat dengan airport.
Jom tengok sama-sama.
Hotel Best di Kota Kinabalu Yg Ada Kolam Renang
Shangri la Tanjung Aru
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Shangri La Tanjung Aru ini adalah antara hotel paling best di Kota Kinabalu.
Hotel 5 bintang ini bukan saja ada kolam renang dewasa.
Tapi ada kolam renang anak yang siap dengan water slides.
Ia pun dekat dengan tepi laut.
Senang nak beraktiviti — dari jetski dan mini golf sampai ke main kayak dengan family.
Pemandangan waktu matahari terbenam memang cantik.
Boleh layan dari kawasan hotel atau balkoni bilik.
Dari Airport : 7 km / 12 minit
The Magellan Sutera Resort
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Resort The Magellan ini di tepi laut, jadi view senjanya memang best.
Ia juga ada kolam renang yang besar untuk anak dan keluarga.
Setiap bilik ada balkoni, dan hampir semua ada tab mandi.
Untuk ayah, ia dekat dengan golf course.
Untuk mak, spa tersedia.
Nak shopping? Imago mall cuma 3 km saja dari resort anda.
Dari Airport : 7 km / 12 minit
Le Meridien
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel bagus di Kota Kinabalu yang dekat dengan tarikan bandaraya ini.
Hotel ini lengkap dengan pool untuk anak dan dewasa.
Tapi macam style bilik anda, pool ini pun lebih moden dari kebanyakan hotel di KK.
Nak ambil angin?
Kota Kinabalu waterfront cuma 100 meter saja dari hotel anda.
Pasar Malam Sinsuran dan pasar Filipina pun kat depan hotel sahaja.
Dari Airport : 11 km / 15 minit
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Stay and Splash: 10 Best Hotels in Kota Kinabalu with Inviting Swimming Pools (+ Near to the Airport)
Pacific Sutera
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kat tepi Sutera Harbour ini pun antara hotel best kat Kota Kinabalu.
Dari segi view — anda boleh dapat pemandangan senja dan kapal mewah sepanjang di sini.
Walaupun bilik dan fasiliti sudah berusia, ia luas untuk keluarga.
Swimming pool? Saiznya besar, dengan pemandangan pulau berdekatan.
Untuk anda yang kaki golf, golf course ada kat sebelah saja, sama macam resort Magellan Sutera.
Dari Airport : 7 km / 12 minit
Hyatt Regency Kinabalu
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hyatt Regency Kinabalu ini lokasinya power.
Tempat makan dan tarikan bandaraya KK dekat-dekat saja.
Untuk main air, ia ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak walaupun saiznya kecil saja.
Nak beli souvenir? Kat belakang hotel ada Wisma Merdeka.
Dan untuk bergambar dan layan matahari terbenam, Todak Waterfront kat tepi hotel anda.
Dari Airport : 9 km / 18 minit
Sky Hotel
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bagi yang datang dengan family, dan nak hotel gaya apartment yang ada dapur mini, Sky Hotel antara pilihan kat Kota Kinabalu masa cuti.
Sebab ia penginapan jenis apartmen, saiz bilik anda luas untuk harganya.
Dan kebanyakannya ada ruang tamu dengan sofa.
Swimming pool inifiniti untuk dewasa dan anak ada.
Tapi saiznya kecil sahaja.
Dari Airport : 7 km / 12 minit
Hilton Kota Kinabalu
Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Hilton Kota Kinabalu ini ada rooftop pool dewasa bersaiz sederhana dan kolam anak yang kecil di tepinya.
Bilik anda dihias ringkas dan moden.
Saiznya pun selesa untuk yang datang berdua.
Tapi untuk layan tarikan di Kota Kinabalu, anda perlukan kereta.
Sebab walaupun hotel ini di tengah bandar, ia bukan berdekatan dengan kawasan tumpuan yang penuh dengan manusia.
Dari Airport : 7 km / 12 minit
Marriott Kota Kinabalu
Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel mewah tepi laut Kota Kinabalu yang simple tapi classy.
Ada 2 pool kat sini. Untuk dewasa ada pool infiniti, dan untuk anak pun saiz sederhana di tepi.
Viewnya pemandangan laut yang cantik untuk jadi memori.
Bilik anda cukup selesa untuk berdua.
Vibenya pun macam inspirasi dari gaya Muji.
Di sebelahnya ialah Oceanus Waterfront Mall (yang cantik tapi kosong masa PKP).
Untuk ke Pasar Filipina, dalam 3 km dari sini.
Dari Airport : 7 km / 10 minit
Hotel Horizon
Harga Biasa | RM 210 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi hotel di Kota Kinabalu yang ada swimming pool untuk anak dan dewasa.
Saiz biliknya pun besar untuk harganya — walaupun dekorasinya mungkin sedikit funky untuk anda.
Dari sini ke Pasar Gaya dan Todak Waterfront cuma dalam 500 meter.
Dan ke Pasar Filipina pun kurang 1 km.
Oh ! Kalau anda bercadang menginap kat sini, jangan lupa cuba dim sum halalnya.
Kata orang ini dim sum halal antara yang terbaik kat seluruh Kota Kinabalu.
Dari Airport : 8 km / 14 minit
Grandis Hotel
Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk anda yang nak hotel di Kota Kinabalu yang senang shopping, pilih Grandis Hotel.
Sebab Suria Sabah mall kat bawah hotel saja.
Rooftop poolnya ada untuk dewasa dan kanak-kanak walaupun kecil saiznya.
Tapi yang bagusnya pemandangan dari kedua-duanya memang cantik, tak kiralah waktu pagi ataupun senja.
Bilik anda luas.
Tapi kalau tempah yang ada sea view, boleh layan pemandangan laut puas-puas.
Terminal feri (jeti Jesselton) untuk ke pulau Manukan, Sapi dan lain-lain pun cuma 8 minit jalan kaki dari sini.
Dari Airport : 9 km / 18 minit
Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel best di Kota Kinabalu yang ada swimming pool.
Hampir semuanya ada 2 kolam renang — untuk kanak-kanak dan untuk dewasa. Dan kami pastikan yang jarak semua hotel ini ke airport dalam 7 – 12 km saja.
So, hotel menarik mana yang buat ada terpesona?