Terasa nak sambut honeymoon atau anniversary kat Kuala Lumpur?
Kat sini kami bantu anda cari hotel terbaik untuk anda sambut honeymoon ataupun anniversary kat dalam Kuala Lumpur pada harga sederhana.
Jom tengok apa pilihan hotel best yang ada.
Hotel Honeymoon Best di KL
Hotel di Bukit Bintang
Kalau cuci mata masa dan shopping sakan penting masa honeymoon anda, ini lokasi terbaik untuk itu.
Gold3
Harga Biasa | RM 199 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel butik dengan tema kamera ini memang syahdu.
Dan harga bilik pun ideal untuk bajet pasangan muda yang sedang berbulan madu.
Bilik anda datang dengan katil queen sahaja dan tak sebesar mana.
Tapi ia simple dan selesa.
Kawasan dalam hotel pun penuh dengan kamera, barangan antik dan seni.
Boleh bergambar buat memori atau upload ke IG.
Untuk shopping dan pusing sekitar KL, mudah dari sini.
Mall dan tren LRT dalam jarak jalan kaki.
KL Journal Hotel
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Butik hotel dengan tema retro ini cukup sesuai untuk pasangan muda yang berbulan madu.
Perabot biliknya moden dan biliknya luas.
Tingkapnya juga besar dan anda dapat pemandangan malam Kuala Lumpur.
Untuk bergambar, anda boleh naik the rooftop swimming pool yang cantik dan ceria.
Nak shopping? Mall hanya 5 minit berjalan kaki.
Dan untuk rehat di bilik, boleh layan Netflix di TV.
Senang cerita, ini antara hotel terbaik di Bukit Bintang untuk bulan madu di yang power– di bilik, ataupun di luar nanti.
The Westin
Harga Biasa | RM 490 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini letaknya betul-betul sebelah Pavilion.
Jadi ia cukup sesuai untuk anda yang mahu berbulan madu dan shopping puas-puas tanpa perlu berjalan jauh.
Bilik di Westin, mewah.
Tapi yang paling penting sekali semuanya datang dengan katil Westin Heavenly Bed — iaitu katil yang dibuat khas untuk Westin dan dianggap antara tilam terbaik dalam kelasnya.
Untuk anda yang mahu selesa, ini hotel terbaik untuk untuk honeymoon di KL buat anda.
Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia
Wolo
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Terletak betul-betul di tengah Bukit Bintang, hotel butik Wolo yang serba moden ini sesuai untuk pasangan yang mahu hotel penuh glamour sewaktu bulan madu mereka.
Untuk shopping, semuanya depan mata.
Anda hanya 3 minit dari Pavillion dan mall lain di Bukit Bintang.
Untuk bergerak ke kawasan lain di KL, tren monorail dan MRT di seberang jalan saja.
Sayangnya tak semua bilik di Wolo bertingkap.
Kalau anda nak bilik dengan pemandangan, anda perlu bayar lebih dari biasa.
Ia juga tak ada swimming pool untuk mandi manda.
Hotel di KLCC
Untuk yang mahu banyak bergambar dan bershopping, KLCC juga lokasi baik untuk honeymoon.
Traders KLCC
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini cukup diminati oleh pelancong asing.
Dan cukup sesuai untuk anda yang mahu hotel honeymoon yang dekat dengan KLCC.
Biliknya moden, dan kebanyakan bilik ada pemandangan Menara Berkembar Petronas, KLCC.
Nak shopping ke sini senang sebab ada buggy free.
Peluang bergambar cukup banyak.
Taman KLCC di depan mata, rooftop swimming pool ada pemandangan malam yang buat anda teruja, dan kawasan sekitar KLCC pun sesuai untuk OOTD kat semua follower.
Yang penting sekali, buffet sarapan paginya cukup classy.
Pilihan makanan banyak sampai terasa nak duduk makan satu hari.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Top 10 Budget-Friendly Honeymoon Hotels in Kuala Lumpur Starting at Only RM 199
Element by Westin
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik di hotel ini berada di tingkat 41 – 53.
Hasilnya pemandangan dari bilik anda seolah-olah pandangan dari atas menara.
Di sini, bukan sahaja anda akan dapat bilik yang luas dan moden, tapi juga anda akan mendapat saiz yang sama untuk bilik air anda.
Untuk makan pagi, anda ada pilihan buffet makan pagi yang pelbagai.
Untuk berenang, anda boleh mandi indoor poolnya yang simple.
Dan untuk ke mana-mana dengan tren, stesen Ampang Park hanya 100 meter sahaja dari sini.
Hotel di Pesisir Chow Kit
Kawasan pesisir Chow Kit tak se-glamor KLCC, tapi ia ada hotel dengan tarikannya sendiri.
Stripes KL
Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel serba stylo ini dihias dengan gaya industri yang unik.
Bilik dan bilik airnya cukup luas untuk anda berdua.
Untuk bergambar, rooftop poolnya ada pemandangan KL Tower.
Untuk ke mana-mana Stesen LRT Dang Wangi di depan mata.
Dan untuk layan kawasan hipster, Asian Heritage Row ada dekat saja.
Nak shopping? Quill City Mall pun tak jauh mana.
Kelemahan hotel ini satu.
Makan paginya sedap, tapi pilihan tidak sebanyak hotel lain seumpamanya (contohnya seperti Traders).
Red by Sirocco
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Red by Sirocco ada bilik moden dan juga luas kalau anda pilih hanya untuk terperap di sini.
Untuk lebih selesa, bilik anda ada bukan sahaja mesin kopi tapi juga set teh Cina untuk anda berdua layan sama-sama.
Bila petang, anda boleh tengok pemandangan malam Kuala Lumpur dari balkoni.
Tapi kalau pemandangan petang dari bilik belum cukup anda boleh naik ke rooftop pool untuk layan pemandangan malam dengan lebih luas lagi.
Kalau anda nak ke mana-mana, ada stesen Dang Wangi.
Kalau si isteri nak shopping tudung, Jalan Tar pun ada kat tepi.
The Chow Kit
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk yang nak ke New York, tapi bajet hanya mampu ke KL, hotel unik The Chow Kit ini bakal membawa pada anda feel honeymoon kat Amerika.
Bilik di hotel butik ini kecil tapi classy dan selesa.
Dan kawasan dalam hotel, dari lobi ke tempat makan, ia penuh dengan ruang untuk anda bergambar bergaya.
Tidur di sini selesa sebab selain katil yang empuk, ia kedap bunyi.
Cuma sayangnya, parking di sini tidak free (anda perlu bayar RM 15 ke atas sehari).
Hotel di KL Tower
Lebih aman, lebih nyaman. Ini lokasi ideal untuk anda yang mahu hotel bulan madu di KL yang berbeza.
Indie Hotel
Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk anda yang mahu hotel honeymoon yang tenang dalam Kuala Lumpur, anda boleh ke Indie Hotel.
Gaya bilik anda minimalis, dan cuma ada 48 bilik di sini.
Jadi suasananya lebih nyaman dan tenteram.
Pendek kata, ini tempat anda berehat di dalam bandaraya dan masih boleh keluar meneroka ke Bukit Bintang dan sekitarnya dengan trip pendek berkereta.
Ia tiada gym, tiada pool.
Tapi ia ada ruang mewah yang mesra poket pasangan muda.
Jadi, boleh buat keputusan antara semua hotel best untuk honeymoon KL ini anda nak tidur kat mana?
Ataupun sekarang dah makin jadi rambang mata?