Terfikir nak sambut honeymoon, anniversary kat Melaka?
Biar kami bantu.
Ini 13 hotel kat Melaka yang terbaik untuk itu.
Hotel Honeymoon Best Melaka
Treasures Hotel and Suites



Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel butik bergaya Cina, Bali dan industri.
Lokasinya cukup strategik — dengan Kg Morten, Jonker Walk dan Sungai Melaka hanya 5 minit dari sini.
Hampir setiap biliknya ada bath tub.
Dan kalau anda menginap di bilik jenis Premier Deluxe ( dan ke atas ) bilik anda lengkap dengan mesin kopi.
Senang cerita, ia antara jenis bilik yang bakal buat honeymoon teringat lama di hati.
Rosa Melaka



Harga Biasa | RM 220 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Untuk pasangan berhoneymoon yang mahu ke Amerika, tapi tak ada masa pilih Rosa Melaka.
Ia ada gaya industri dan hipster.
Bilik dan kemasan hotel pula buat anda terasa di luar Malaysia.
Untuk yang mahu banyak bergambar dalam hotel yang selesa, Rosa antara pilihannya.
Lokasinya sedikit di pinggir bandar.
Jadi anda mungkin perlukan kenderaan untuk ke tarikan sekitar Melaka.
The Majestic Malacca



Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel mewah gaya peranakan ini bukan untuk orang kebanyakan.
Ia ada spa di hotel, tub mandi di bilik, dan katil yang selesa.
Memang dapat pengalaman bercuti bak raja.
Kalau nak cari hotel untuk memanjakan diri masa anniversary, tak perlu cari yang lain lagi.
Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia
1825 Gallery Hotel



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel di tepi Sungai Melaka ini dihias sederhana biliknya — sesuai dengan harga.
Untuk view romantik, ambil bilik River Suite.
Anda berdua boleh duduk di verandah, minum kopi sambil layan suasana malam hari.
Kat sini, tarikan utama Melaka semua dalam jarak jalan kaki.
Nak bergambar untuk IG?
Area kat belakang hotel pun sudah cukup ranggi.
Nota : Parking di sini sangat terhad dan ruangnya sempit. Kurang sesuai kalau anda ke sini berkereta besar.
Ibis Melaka



Harga Biasa | RM 170 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel Melaka yang sesuai untuk anda yang berkereta dan mahu ke sini sana dengannya.
Sebab tempat letak keretanya luas dan percuma.
Ia ada kolam renang air masin yang besar untuk anda berdua, dan tatahias biliknya ringkas.
Kalau anda perlu basikal untuk ronda-ronda berdua, boleh disewa di hotel saja.
Pada kami, Ibis Melaka memang ideal untuk berdua — tak kisah samada nak terperap di bilik atau keluar ronda dengan si dia.
Hotel Timez



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak merasa hotel butik kat tengah Jonker Walk?
Ini hotelnya yang anda boleh datang berkali-kali untuk anniversary sebab setiap bilik yang ada berbeza temanya.
Dan setiap satu ada mesin kopi untuk layan hari-hari.
Nak ke pasar malam Jonker Walk atau Mamee House memang mudah.
Cuma parking payah.
Kena fikirkan sebelum anda tempah.
Estadia Melaka



Harga Biasa | RM 175 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Estadia ini hotel butik Peranakan yang mewah tapi mampu inap.
Bilik di Estadia kecil.
Tapi ia penuh dengan citarasa dan dekorasi penuh class dan katil yang selesa.
Lokasi tarikan, mall dan 7Eleven hanya dalam jarak jalan kaki dari hotel.
Kalau anda nak ke Jonker Walk, ada shuttle percuma ke sana.
Casa del Rio



Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel butik serba mewah ini khas untuk yang honeymoon dengan poket tebal.
Bilik anda besar.
Dan ada balkoni menghadap sungai Melaka.
Dengan bilik yang cantik, dan pemandangan malam yang romantik, anda berdua mungkin habiskan masa yang banyak berdua di bilik.
Ames Melaka



Harga Biasa | RM 220 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel baru Melaka ini terletak di Ayer Keroh — ideal untuk anda yang mahu cuti honeymoon yang tenang dan jauh dari jem bandar Melaka.
Biliknya baru dan stylo.
Begitu juga dengan kolam renang dan seluruh kawasan dalaman hotel.
Kalau cuti anda singkat, dan anda mahu hotel moden di Melaka, Ames Melaka jawapannya.
Hatten Place



Harga Biasa | RM 170 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hatten Place ini ada infiniti pool dengan pemandangan laut dan Skydeck di tingkat 44.
Jadi mudah untuk anda layan panorama Melaka atau menikmati makan malam yang romantis bersama.
Biliknya moden dan selesa.
Dengan sauna, gym dan Element mall di bawah hotel, Hatten antara pilihan selamat yang berada di antara lengkap dan selesa.
Tarikan Melaka seperti bangunan Stadthuys atau Jonker Walk dalam 5 km dari hotel.
Tapi ada shuttle percuma untuk ke sana.
Moty Hotel



Harga Biasa | RM 150 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Dengan bilik luas yang lengkap dengan tub mandi, dan lokasi di tengah kota, Moty Melaka ialah antara hotel paling sesuai untuk pasangan muda.
Kolam renangnya kecil, tapi ia dalam bangunan.
Jadi anda boleh mandi sampai malam hari.
Tarikan Melaka, dari Stadthuys hingga ke mall seperti Mahkota Parade cuma dalam jarak 6 minit jalan kaki.
Senang cerita, ini antara hotel honeymoon paling berbaloi untuk bajet sederhana dan dekat dengan tarikan Melaka.
Liu Men



Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kalau tak kisah berbelanja, hotel kat Jonker Walk ini untuk anda.
Ia hotel gaya nyonya.
Dan luas, mewas tapi masih minimalis tatahiasnya.
Nak layan pasar malam sampai tutup pun bukan masalah.
Sebab ia dalam jarak jalan kaki saja.
The Nines



Harga Biasa | RM 100 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kita tutup senarai ini dengan hotel minimalis terakhir di The Nines.
Sangat sesuai untuk orang muda sebab tatahiasnya yang ala Skandinavia.
Harganya kalau musim bukan peak, boleh dapat sekitar RM 100 sahaja.
Dan untuk ke makan, ia tak jauh dari tempat makan popular sekitar bandar Melaka.
Cuma anda masih perlu berkereta.
Okay guys, itu senarai hotel best untuk honeymoon di Melaka pilihan kami.
Ada hotel minimalis, ada gaya oversea dan banyak juga jenis butik untuk waktu istimewa dengan buah hati.
Dalam banyak-banyak hotel, yang mana satu anda termimpi-mimpi nak pergi?