8 Hotel Terbaik di Pantai Desaru, Johor Yang Paling Best Utk Book Cuti Nanti

Nak layan pantai Desaru masa cuti kat Desaru?

Ini senarai hotel-hotel terbaik yang ada kat situ.

Jom tengok apa yang sesuai dengan you.

Hotel Best di Pantai Desaru

Hotel Keluarga

Di bawah ini adalah hotel-hotel menarik untuk keluarga di kawasan Desaru yang sederhana harganya.

Hard Rock Desaru

bilik hotel hard rock desaru di johor
Harga BiasaRM 690 ++
Tempah
Tempah

Ini hotelnya kalau anda ingin senang akses ke taman tema air Desaru Coast Adventureland.

Hotel ini popular di kalangan keluarga. Sebab facilitinya yang mesra si kecil anda.

Kalau nak bilik lebih special dari biasa, boleh ambil suite kat sini.

Ada plunge pool untuk layan bila-bila rasa nak mandi.

Cuma walaupun ia dekat dengan pantai, ia tiada pantai peribadi sendiri.

Anda perlu ambil shuttle percumanya atau berkereta untuk mandi manda atau layan suasana senja.

Tips : Alternatif lain ke pantai ialah dengan jalan kaki ke pantai di hotel Westin.

Westin Desaru

suasana dalam bilik resort westin desaru yang menarik
Harga BiasaRM 780 ++
Tempah
Tempah

Bilik hotel ini luas dan moden.

Dan terkenal dengan katil Heavenly Bed Westin yang buat anda tidur lena.

Untuk ke pantai peribadi hotel ini, boleh jalan kaki sahaja.

Kalau pool dan pantai belum cukup, nak layan taman tema Desaru Coast Adventureland, dekat saja.

Kalau tak mahu berkereta, boleh naik shuttle percuma.

Tips : Pool di sini agak kecil untuk saiz hotel yang banyak bilik sepertinya.

Lotus Desaru

suasana luar lotus desaru
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini sudah berusia tapi bersih dan rapi biliknya.

Dan ia juga best untuk anak kecil sebab poolnya macam mini taman tema.

Siap ada slide untuk mereka layan mandi manda.

Dari hotel ke pantai pun mudah.

Sebab pantai tak jauh dari tempat sarapan anda.

Nota : Jangan mandi kat pantai Desaru pada waktu malam. Pertama sebab ombak Desaru ada waktunya sangat bahaya. Kedua sebab obor-obor mungkin banyak bila malam tiba.

Sand & Sandals

kolam renang di sands and sandals resort desaru
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat hotel biasa-biasa sahaja tatahiasnya.

Tapi kebanyakan bilik memang besar untuk yang datang berdua.

Pool kat sini pun luas – dan ada kawasan untuk anak kecil dan dewasa.

Nak ambil angin senja?  Pantai peribadi ada kat tepi pool hotel ini saja.

Four Points by Sheraton

bangunan hotel four points desaru
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel moden yang terbaik dalam kawasan bandar Desaru.

Bilik anda luas dan ada balkoni. 

Senanglah nak ambil angin atau minum petang masa cuti.

Pool anak dan dewasa ada, walaupun saiznya kecil sahaja. 

Kalau nak ke pantai, dalam 10 minit dari hotel anda.

Dan kalau anda tak mahu memandu, ia ada shuttle percuma ke sana.

Sebana Cove

suasana senja di sebana cove desaru johor dengan pemandangan kapal layar berlabuh
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Sebana Cove ini pula tempat tenangkan jiwa sebab ia jauh dari jalan besar.

Yang menunggu anda, resort dengan pemandangan pelabuhan kapal orang kaya.

Bilik kat sini luas. 

Dan kawasan resort pun aman sentosa.

Untuk mandi-manda, ia ada pool besar yang berasingan untuk anak dan dewasa.

Cuma disebabkan lokasi, sambungan internet mungkin kurang baik di sini.

Nota : Pantai Desaru sekitar 30 minit dari sini.

Hotel Ultra Mewah

Berikut pula adalah 2 resort ultra mewah yang paling menarik dan yang meletakkan Desaru kat peta dunia.

Anantara Desaru

bangunan villa di annatara desaru johor yang merupakan resort terbaik di kawasan ini
Harga BiasaRM 1350
Tempah
Tempah

Resort Anantara ini adalah antara hotel paling best di Desaru, tapi dibuat untuk golongan kaya.

Dan jenama ini memang terkenal dengan servisnya yang bertaraf dunia.

Penginapan yang ada kat sini sesuai untuk datang honeymoon berdua ataupun yang berkeluarga.

Kesemuanya ada balkoni dan tub mandi. 

Dan pool serta pantai dalam mudah dari bilik anda yang dihias rapi.

Tak suka mandi dengan pengunjung lain di poolnya?

No problem. Pilih saja Pool Villa atau Beach Residence nya.

Sebab penginapan itu ada pool peribadi.

Senang cerita, untuk honeymoon atau sambutan birthday istimewa, Anantara adalah penginapan baru yang wajib dalam shortlist anda.

One & Only Desaru

swimming pool di hotel mewah one&only desaru johor
Harga BiasaRM 2970
Tempah
Tempah

Ini resort paling menarik, paling best, paling mewah di Desaru untuk manjakan diri berdua.

Dan ia satu-satunya resort jenama One&Only di seluruh Asia Tenggara semasa ia dibina.

Setiap satu penginapan kat sini ada private pool sendiri.

Spa di sini pula adalah Spa Chenot bertaraf dunia.

Chefnya pula diambil dari mereka yang bekerja dengan restoran bertaraf Michelin Star.

Nak gosok baju atau kilatkan kasut? No worries. Sebab anda ada butler.

Dan kalau nak main golf, padang golfnya direka oleh bekas juara  golf dunia.

Senang cerita, ini hotel di Desaru yang buat anda macam putera puteri dongeng Disney.

Sekaligus melonjakkan Desaru sampai jadi antara 100 destinasi terhebat dunia pada 2021 – yang semua orang berduit wajib pergi.

Okay guys, sampai sini sahaja senarai hotel-hotel terbaik di Pantai Desaru Johor.

Ya, kebanyakan hotel yang best kat sini memang lebih tinggi harganya dari biasa.

Sebab selain orang tempatan, ia spot untuk pelancong kaya dari Singapura.

Macam mana?

Dalam semua ini, anda nak pilih hotel yang mana?

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB
Jomjalan