hotel best untuk honeymoon di penang harga sederhana

10 Hotel Romantik di Penang Yg Best Untuk Honeymoon (Dari RM135)

Anda nak sambut honeymoon atau anniversary kat Penang nanti?

Tak perlu habiskan beribu untuk itu.

Ini hotel-hotel terbaik untuk honeymoon pada harga yang sederhana untuk you.

Royale Chulan

bilik royal chulan pulau pinang yang mewah
Harga BiasaRM 240 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang nak honeymoon dan rasa tidur di hotel mewah ala kolonial, ambil hotel di Royale Chulan.

Bililknya luas, katilnya selesa.

Dan tempat tarikan di bandaraya Georgetown pun dalam jarak jalan kaki sahaja.

Di sini, kolam renangnya dibuat agar terlindung dari matahari.

Jadi kalau anda nak bergambar atau bersantai romantik bersama, tak takut rosak kulit nanti.

Muzium Wonderfood, Muzium 3D, Padang Kota cuma dalam 5 minit berkereta.

Dan kalau nak sambung cuti ke Langkawi, boleh naik feri di jeti yang cuma 700m hotel anda.

Cititel Express Penang

bilik yang simple di cititel express untuk honeymoon yang murah dan selesa
Harga BiasaRM 135 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang mahu berbulan madu di Penang dan mahukan hotel yang harganya berpatutan, pilih Cititel Express ini.

Bilik anda saiznya sederhana, tapi dihias kemas. 

Lokasinya pun strategik.

Untuk shopping, Komtar dan Perangin mall dalam jarak 300 meter.

Untuk makan kat kedai mamak, ada cawangan Sup Hameed berdekatan.

Cuma ia ada satu kelemahan — parking anda di bahu jalan.

Loop On Leith

bilik yang simple di loop on leith
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda mahu hotel untuk honeymoon  yang bergaya tapi tak rosakkan bajet anda, ini antara  hotelnya.

Hotel butik ini  datang dengan gaya minimalist. 

Dan lokasinya strategik.

Kalau anda lapar tengah malam, 7 Eleven dekat.

Untuk makan tengahari, kedai nasi kandar (macam Line Clear dan Sup Hameed) pun dalam jarak 5 minit jalan kaki. 

Tarikan Penang seperti rumah Cheong Fatt Tze, pasar Chowrasta dan Dark Mansion pula dalam 12 minit dari sini.

[static_content id=”38145″]

Neo+

suasana bilik di neo+ penang
Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Bilik di hotel Neo+ ini moden.

Begitu juga fasiliti di bilik airnya.

Di sini parkingnya berbumbung.

Jadi anda tak perlu risaukan keselamatan Ferrari merah anda itu.

Dari segi lokasi, Neo+ ini memang strategik.

Untuk ke Komtar atau nak bershopping di Perangin Mall dan 1st Avenue cuma 5 minit berkereta. 

Kalau nak makan, ada branch Sup Hameed dekat dengan hotel anda.

McDonalds Birch House yang dibuat dalam bangunan kolonial pun tak jauh mana.

Voux Hotel Suites

suasana tenang yang sesuai untuk honeymoon di voux hotel pulau pinang
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Hotel Voux ini ditatahias dengan bilik yang bertemakan kayu.

Anda bakal tidur di katil yang empuk di bilik dengan dinding kayu pine yang cukup elegan dan menenangkan.

Kalau anda nak lebih special, ambil Executive Suite.

Ia hadir dengan bath tub dan walk-in shower di bilik.

Tarikan Pulau Pinang seperti Komtar dan lain-lain sekitar 2 km dari sini.

Untuk ke mall besar dan shopping, ada shuttle percuma ke Plaza Gurney.

Walaupun sarapan dan kopinya mencukupi, kalau anda peminat kopi, ada Starbucks di belakang untuk anda kunjungi setiap hari.

Victoria Garden 

gaya banguan hotel victoria garden pulau pinang yang sesuai untuk bergambar
Harga BiasaRM 240 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini ada campuran gaya moden dan warisan.

Dan bilik-biliknya ringkas dari perhiasan.

Katilnya empuk, biliknya luas.

Dan makan paginya selalu dipuji.

Lokasi hotel ini juga cukup bagus untuk cuti. 

Kalau anda nak bergambar, street art Penang dekat.

Senang nak snap dan upload ke IG. 

Begitu juga dengan Padang Kota, Fort Cornwallis, Wonderfood Museum dan tarikan lain kat pulau ini.

Nak ke Langkawi dari sini?

Senang saja, sebab jeti feri ke Langkawi hanya 6 minit jalan kaki. 

Savv Hotel

bilik premium di savv pulau pinang yang cukup seuai untuk bulan madu romantis
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat hotel ini luas, moden dan ada pemandangan taman.

Bila kat sini terasa nyaman. 

Terasa dikelilingi suasana semulajadi dengan bunyi burung berkicau dan pohon merimbun.

Sesetengah bilik ada bath tub dan juga verandah.

Memang ideal untuk  pasangan baru yang nakkan memori bulan madu yang terindah.

Tarikan Penang seperti Chew Jetty, Khoo Kongsi, Wonderfood Museum pun boleh anda lawat dengan mudah.

Jazz Hotel

bilik di hotel jazz yang luas

NOTA: Hotel ini telah ditutup akibat kerugian dari Covid 19. Maklumat di sini untuk info sahaja

Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Hotel baru di Georgetown Penang ini cukup sesuai untuk anda yang mahu honeymoon di Penang. 

Bilik anda ada bath tub.

Saiz bilik besar dan katilnya selesa.

Cukup ideal kalau anda mahu duduk di bilik lama-lama.

Kat sini makan pagi gaya Continental. 

Jadi anda bakal terasa di luar negara walaupun bajet hanya ke Penang saja.

Bila senja boleh ke Straits Quay tak jauh dari sini untuk layan pemandangan laut.

Dan kalau anda sukakan muzik, malam-malam, naik ke tingkat atas untuk layan live band.

Hotel Jen Penang

bilik yang artistik di hotel jen yang ideal untuk honeymoon
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Untuk  pasangan berbulan madu yang mahu bercuti betul-betul di tengah bandaraya Georgetown, ini antara hotelnya.

Kat sini, biliknya bukan saja luas tetapi tatahiasnya simple tapi artistik — berbeza dari mana-mana hotel yang ada di negara ini.

Untuk pusing Penang tak ada masalah.

Ia dekat dengan Komtar, 1st Avenue mall dan Perangin mall. 

Nak ke Batu Ferringhi?

Tak perlu berkereta.

Ambil sahaja shuttle percuma dari hotelnya.

Nota : Kami dimaklumkan yg shuttle percuma ke Batu Ferringhi telah dihentikan sejak Covid / PKP.

Double Tree Resort

bilik di doubletree pulau pinang yang selesa dan dekat dengan pantai
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Kami tutup senarai ini dengan satu hotel di Batu Ferringhi.

Kalau anda nak hotel di Penang yang ada tilam yang empuk dan bantal yang selesa, Double Tree Hilton jawapannya. 

Bilik anda di sini luas.

Ia juga ada fasiliti lain seperti spa kalau anda mahu manjakan isteri tersayang anda.

Sarapan yang ada juga pelbagai pilihan, tetapi lebih kepada taste antarabangsa.

Kalau tak mahu berjalan ke tarikan luar, dalam hotel ada Muzium Teddy Bear.

Untuk ke tepi pantai, anda boleh ambil jejantas merentasi jalan besar.

Kelemahan hotel ini, ialah kalau lapar.

Kalau anda tak mahu berbelanja di restoran dalam hotel, anda perlu bergerak keluar dengan kereta.

Tak ada kedai berdekatan untuk anda makan dengan si dia.

BONUS : Hotel The Prestige

Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Hotel baru Penang ini memang classy — dan perfect untuk pasangan muda yang nak honeymoon kat sini.

Biliknya minimalis, dan macam namanya, penuh prestij.

Dengan warna putih dan gold, memang terasa di awang-awangan.

Sesuai sangat untuk moment manis dengan si yang tersayang.

Hotel ini kat Georgetown dan dekat dengan jeti.

Kalau bulan madu kat Penang belum cukup, boleh ambil feri terus pergi Langkawi — extend cuti lagi.

Okay, kami dah senaraikan hotel-hotel best untuk honeymoon kat Penang.

Dan semuanya pada harga sederhana.

Tapi power-power untuk pengalaman teristimewa dengan cinta hati anda.

So, dah buat keputusan yang mana satu pilihan jiwa?