Tengah mencari hotel sesuai untuk keluarga di Penang yang harganya sedang-sedang sahaja?
Hotel Keluarga Penang
Yang penting, kami cuba cari yang hotel ada swimming pool supaya anak pun happy sekali.
Jom tengok penginapan best yang ada.
Bayview Hotel Georgetown

Hotel mesra keluarga di Georgetown ini ada bilik yang luas untuk anak-anak dan dekorasinya simple saja.
Tapi ia bagus untuk anak anda kerana ia ada swimming pool kanak-kanak di samping untuk dewasa. Fasilitinya juga lengkap dengan peti sejuk dan seterika.
Ia dekat dengan Padang Kota. Jadi tempat makan popular Penang macam pasembur padang kota, mee sotong Esplanade, dan nasi kandar line clear dalam jarak 5 minit berkereta.
Dari sini, tarikan Pulau Pinang seperti Muzium Wonderfood, Muzium Negeri dan Muzium 3D Penang pun dekat sahaja.
Harga : RM 170++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Wow Hotel

Kalau anda datang dengan anak yang di bawah 10 tahun dan mahukan hotel best untuk kanak-kanak yang dekat bandar, dan bawah RM 200 satu malam, ini antara pilihan yang ada.
Hotel di Georgetown ini tiada swimming pool. Akan tetapi ia ada gym atau kawasan permainan kanak-kanak. Dan bila malam, anda boleh naik ke rooftop dan layan suasana malam pekan.
Bilik anda sederhana luas, tapi simple dan bersih. Dan kalau anda nak ke tarikan-tarikan di Komtar, ia hanya 150 meter dari sini sahaja.
Harga : RM 180++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Neo+

Hotel bersih dan luas untuk keluarga ini dilengkapi dengan perabot moden dan bilik yang luas.
Untuk si kecil, ia ada swimming pool kanak-kanak di rooftop. Dan kalau itu tak cukup, anda boleh bawa mereka ke Komtar pula.
Lokasi Neo+ ini sempurna. Dari sini ke tarikan di Komtar atau nak bershopping di Perangin Mall dan 1st Avenue cuma 5 minit berkereta. Kalau jalan kaki pun tak jauh mana.
Untuk makan, ada branch Sup Hameed berdekatan dengan hotel ini. Dan kalau anda berjalan sedikit, McDonalds Birch House dalam 7 minit jalan kaki.
Harga : RM 180++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Capthorne Orchid Hotel

Hotel mesra keluarga di Georgetown ini ada bilik yang luas yang lengkap dengan verandah. Ia juga ada peti ais, sofa dan tempat untuk anda berehat di balkoni.
Kolam renang dewasa dan kanak-kanaknya bukan sahaja besar, tapi ada pemandangan laut. Dan anda boleh turun ke gigi laut walaupun ia tak sesuai untuk mandi.
Untuk ke tarikan Penang seperti pantai Batu Ferringghi, anda boleh naik shuttle percumanya kalau malas memandu.
Harga : RM 220++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Sunway Hotel Georgetown

Hotel moden yang luas ini cukup sesuai untuk anda yang ada seorang anak kecil, dan mahu penginapan keluarga yang selesa dan dekat dengan tarikan bandar Georgetown.
Di sini, seperti kebanyakan hotel keluarga lain dalam senarai kami, ada kolam renang kanak-kanak dan juga dewasa.
Kalau anda datang dengan anak kecil, McDonalds Birch House yang dibuat dalam bangunan bersejarah Penang pun dalam 250m dari hotel sahaja.
Nak ke tarikan best untuk kanak-kanak macam Avenue of Adventures dan The Top di Komtar, hanya 5 minit berkereta. Rumah Sun Yat Sen dan Muzium Penang pula cuma di kawasan belakang hotel sahaja.
Harga : RM 220++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Rainbow Paradise Beach Resort

Hotel keluarga di Tanjung Bungah ini datang dengan bilik dan swimming pool yang luas. Hotel anda di tepi pantai, jadi anda ada pemandangan laut (walaupun lautnya tak boleh mandi).
Biliknya berusia, tapi ia besar untuk family dan datang dengan balkoni. Setiap bilik datang dengan meja, sofa dan kemudahan membancuh teh dan kopi.
Kalau anda nak ke bandar Georgetown, anda kena memandu sedikit (15 minit). Begitu juga kalau anda nak ke Batu Ferringhi.
Harga : RM 250++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Flamingo by the Beach

Kalau anda bercuti di Penang dengan anak kecil, ini antara hotel family dengan pemandangan laut dan juga dekat dengan kawasan pekan Georgetown.
Bilik di sini luas, dan juga ada balkoni. Ia bukan sahaja ada swimming pool dewasa dan kanak-kanak, tapi juga kids club untuk si kecil berseronok masa cuti.
Kalau mereka betul-betul nak mandi, Batu Ferringhi cuma 8km dari sini. Taman tema Escape pula dalam 25 minit memandu.
Harga : RM 250++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Royale Chulan Penang

Kalau anda sukakan senibina, dan mahukan hotel mesra keluarga yang classy dan dekat dengan tarikan di bandar Georgetown, cuba Royale Chulan ini.
Bilik anda berkarpet penuh, jadi cukup sesuai untuk anda yang ada baby yang baru belajar berdiri.
Di sini, kolam renang kanak-kanaknya kecil. Tapi tarikan Penang yang mesra kanak-kanak seperti Muzium Wonderfood, Muzium 3D Trick Arts dan kawasan rehat tepi laut di Padang Kota Lama cuma 5 minit berkereta.
Dengan lokasi ini anda senang ke mana-mana. Dan kalau anda masuk ke Penang dengan feri memang senang. Sebab ia hanya 700m dari jeti.
Harga : RM 240++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Jazz Hotel

Kalau anda suka muzik, dan nak hotel berkonsep Jazz untuk keluarga, hotel di Georgetown ini jawapannya. Sebabnya, bila malam, anda boleh layan live band di executive lounge yang ada.
Hotel ini ada tub mandi untuk bilik-biliknya. Jadi selain layan swimming pool kanak-kanak, si kecil anda boleh berendam lama di bilik anda. Dan biliknya pun luas dan lengkap dengan sofa untuk anda layan pemandangan kota.
Walaupun begitu, sarapan di sini gaya continental. Kalau anda mahukan sarapan gaya Melayu, menginap di sini memang bikin haru.
Apapun Straits Quay Marina Mall cuma 5 minit dari sini. Jadi anda boleh shopping dan layan pemandangan laut bila terbenamnya matahari.
NOTA: Hotel ini telah ditutup akibat kerugian dari Covid 19. Maklumat di sini untuk info sahaja
Harga : RM 250++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Bayview Beach Resort

Kami lengkapkan senarai ini dengan hotel Bayview Beach Resort yang ada di Feringghi. Resort ini yang paling mahal dalam senarai di sini, dan kadang-kadang melebihi RM 300 sehari.
Apapun, kalau anda mencari hotel dengan bilik yang besar, dekat dengan pantai dan best untuk kanak-kanak, anda kena jenguk hotel ini.
Ia bukan sahaja ada kolam renang untuk kanak-kanak, tapi juga kawasan bermain untuk anak kecil anda. Senang cerita, resort ini buat anak puas sebab kawasannya luas.
Nak makan bukan masalah sebab ada banyak kedai makan di seberang jalan. Dan bila malam, pasar malam Batu Feringghi pun 15 minit dari sini.
Harga : RM 290++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Okay, ini semua senarai hotel untuk keluarga di Penang yang mesra kanak-kanak dengan bajet di bawah RM 290.
Kalau nak hotel terbaik untuk anak, dan tak kisah dengan harga yang tinggi, boleh tengok kat senarai hotel yang ini.
Tapi, dalam semua senarai ini mana yang anda paling suka sekali?
Baca Juga :
* 10 Hotel Bajet Best di Penang
* 7 Hotel Terbaik Untuk Anak-Anak di Penang
* 10 Hotel Best di Penang Untuk Anak-Anak dan Keluarga
* 10 Hotel Best di Penang Untuk Honeymoon, Anniversary
* 10 Hotel Warisan Cun di Penang Untuk IG