senarai hotel menarik terbaik dan best di port dickson negeri sembilan

Ini Sebenarnya! 14 Hotel Paling Best di Port Dickson Utk Cuti Tak Boleh Lupa

Nak cari hotel bagus untuk cuti kat Port Dickson nanti?

No worries.

Ini senarai hotel-hotel terbaik yang ada kat PD.

Klana Beach Resort

klana beach resort port dickson
Harga BiasaRM 225 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel tepi laut PD yang bagus dan harganya mampu inap untuk family.

Bilik anda biasa-biasa saja tatahiasnya.

Tapi kami suka pemandangannya sebab hotel anda berada di atas bukit.

Balai Cerap Teluk Kemang ada kat depan hotel.

Jadi anda boleh masuk untuk tengok bintang dengan teleskopnya.

Parking pun selesa. Dan kalau nak tengok senja memang syok lagi saujana pemandangannya.

Sebab ia dibawah Jabatan Agama, pool lelaki dan wanita diasingkan lokasinya.

Lexis Hibiscus

pemandangan hotel lexis hibiscus dari atas - antara hotel paling best di PD
Harga BiasaRM 1000 ++
Tempah
Tempah

Ini mungkin hotel yang paling mewah dan paling famous di Port Dickson disebabkan villa atas lautnya yang dibina macam bunga raya.

Dan best lagi, setiap satu villanya ada private pool sendiri.

Boleh berendam bila-bila tanpa perlu berkongsi.

Bilik anda luas.

Dan ia juga ada buggy untuk bawa anda dari bilik ke lobi.

Pantai juga dekat dan ada aktiviti, walaupun kami tak sarankan laut kat sini untuk mandi.

Tips : Pilih villa jenis Sea View untuk lebih privasi masa honeymoon atau anniversary.

Grand Lexis

suasana pool di grand lexis pd - satu lagi hotel menarik di PD
Harga BiasaRM 750 ++
Tempah
Tempah

Ini juga antara hotel paling best dan mewah kat PD sebab setiap penginapannya pun ada private pool sendiri.

Bilik anda luas.

Dan boleh pilih villa atas air ataupun jenis villa taman yang dibina di tepi pantai.

Untuk honeymoon berdua, Deluxe Pool Villa sudah mencukupi.

Untuk keluarga, villa yang lain memang datang dengan 2 katil atau lebih, bergantung kepada jenis villa yang anda pilih.

Kalau bawa anak kecil, hotel ini juga ada pool untuk mereka layan selain di dalam penginapan anda.

Lexis PD

hotel lexis port dickson
Harga BiasaRM 470 ++
Tempah
Tempah

Kat tepi hotel Grand Lexis, ada penginapan ini.

Ia hampir sama gaya dengan abang besarnya. 

Bezanya, chalet atas airnya tiada private pool. Jadi ia lebih murah.

Apapun, bilik-biliknya masih datang dengan balkoni dan tub mandi.

Swimming pool pun ada untuk anda dan anak layan masa cuti. 

Thistle PD Resort

suasana resort thistle port dickson yang di tepi laut
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Untuk rasa suasana ala resort masa cuti kat Port Dickson, pilih hotel ini.

Poolnya besar untuk mandi manda. 

Dan pool untuk anak kecil juga tersedia.

Kawasan pantai juga besar dari kebanyakan hotel sama taraf dengannya.

Bilik kat sini memang agak berusia.

Tapi kalau swimming pool dan pantai fokus anda, ia antara resort yang ngam untuk cuti keluarga.

Tasik Villa

kolam renang tasik villa
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Di Tasik Villa, semua penginapannya dibina mengelilingi tasik.

Bilik kat sini luas.

Dan sesetengahnya ada private pool dan bilik bulan bulan madu yang dekornya lebih bergaya.

Untuk mandi manda ia ada swimming pool luas yang cukup untuk keluarga.

Tapi hotel anda di dalam kawasan bandar dan bukan di tepi pantai PD.

Kalau itu bukan isunya, ini antara hotel dalam bandar PD yang bagus untuk cuti.

Tips : Kalau anda nak bilik yang ada private pool, pilih penginapan jenis villa.

Avillion Port Dickson

pantai di tepi resort avillion port dickson
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Hotel Avillion ini resort gaya chalet kayu Melayu.

Bilik kat sini banyak jenis – dari bilik untuk dua di tepi laut sampailah ke villa atas air.

Pool kat sini sederhana besar, tapi ia masih ada pool khas untuk anak.

Pantai pun dekat saja.

Bilik dan fasilitinya agak berusia, tapi ini antara resort tepi pantai PD yang lawa suasana sekelilingnya. 

DWharf

bangunan d wharf
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

D’Wharf ini hotel dalam bandar yang dekat dengan PD Waterfront.

Jadi kalau nak cari tempat makan dan keperluan masa cuti memang cukup senang sebab ia dekat saja dari hotel.

Bilik anda biasa sahaja.

Tapi sesetengahnya ada pemandangan laut untuk layan sama-sama.

Pool kat sini saiznya memang luas macam olimpik saiznya. Boleh mandi manda dengan lebih selesa. 

Pacific Regency

swimming pool di pacific regency port dickson yang luas
Harga BiasaRM 360 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel yang best kat tepi pantai Port Dickson.

Bilik kat sini luas dengan gaya minimalis. 

Dan swimming poolnya pun besar.

Satu pool bersaiz olimpik untuk dewasa dan kat tepinya untuk anak kecil anda.

Ke pantai senang. Boleh jalan kaki.

Untuk makan pula ada banyak kedai makan sekitar. Cuma dalam 5 – 10 minit berkereta.

Ancasa Residence

dalam apartmen ancasa residence port dickson
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Ini pula penginapan jenis apartmen kalau anda datang dengan keluarga.

Penginapan anda selesa dan siap dengan peti ais, meja makan dan sofa setiap satunya,

Bilik anda biasa saja tatahiasnya.

Tapi apartmen anda ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak.

Nak main air laut senang sebab pantai kat belakang hotel sahaja.

Pada kami, untuk mereka yang berkeluarga dan mahukan penginapan ala homestay yang dekat dengan laut, ini antara pilihan value for money yang ada.

Villea PD

kolam hotel villea port dickson
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Hotel Villea ini pula best kalau anda nak aman dari dari sesak pantai dan pekan PD.

Ia dekat dengan pantai Blue Lagoon, pantai Cermin dan hutan lipur Tanjung Tuan.

Jadi anda boleh masuk untuk layan hutan dan pantai dengan nyaman.

Bilik kat sini baru diubahsuai (sebab bertukar jenama dari Resort Ilham kepada Villea).

Dan untuk layan air, ada swimming pool dewasa dan kanak-kanak untuk keluarga.

Kelemahan tempat ini ialah kedai makan agak jauh darinya. Memang kena keluar berkereta.

The Guest Hotel & Spa

suasana bilik di teh guest port dickson hotel
Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang ada di pekan Lukut ini pula sesuai untuk business traveller.

Ia tiada pool. Pantai pun jauh juga. 

Tapi biliknya luas dan selesa untuk harganya.

Untuk makan-makan, anda perlu berkereta.

Tapi kalau setakat Burger King, ia ada di seberang jalan hotel anda.

TSR Seafront

hotel tsr yang tak jauh dari pantai teluk kemang
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

TSR ini hotel baru yang dalam jarak jalan kaki ke pantai Teluk Kemang.

Dibuka pada 2019, hotel ini ada bilik yang moden dan strategik lokasinya.

Tapi bilik anda terhad saiznya.

Dan tiada swimming pool untuk anda mandi-manda.

Tapi kalau anda datang solo atau berdua dan mahukan hotel yang dekat dengan tempat makan dan tumpuan ramai, ini antara hotel boleh dipertimbangkan bersama.

Avillion Admiral Cove

pemandangan hotel avillion admiral cove di port dickson yang ditepi laut
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Dari segi pemandangan bernostalgia tepi hotel, Avillion Admiral Cove ini memang ada view yang lawa.

Sebab bila senja anda dapat layan pemandangan laut dengan kapal peribadi berlabuh bak cuti oversea.

Bilik anda luas. Tapi sudah berusia tata hiasnya.

Ia ada pool sederhana dan pantai peribadi kecil kalau nak ambil angin dengan keluarga.

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel bagus kat PD yang boleh anda pilih untuk cuti.

PD memang ada banyak hotel.

Tapi dalam semuanya, hotel dan resort dalam list kami ini yang paling menarik dan best untuk cuti.

So, yang mana satu anda nak pilih nanti?