Bagi yang tercari-cari hotel bagus di kawasan Tanah Rata Cameron Highlands, untuk book cuti nanti, biar kami bantu.
Ini senarai hotel-hotel best kat area ini, tak kisahlah anda datang solo ataupun dengan keluarga.
Hotel Terbaik di Tanah Rata Cameron
Jom pilih sama-sama.
Hotel Murah Selesa
Untuk yang datang cuti ke Cameron dan nak menginap kat hotel-hotel Tanah Rata yang murah, ini pilihan terbaik yang ada. Harga selalunya bawah RM 150 saja.
Gerard’s Place



Harga : RM 110++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini guest house bajet yang murah untuk yang datang berdua — dan tak kisah kongsi bilik air dengan tetamu lainnya.
Walaupun bilik saiz sederhana, ia selesa dan ada bilik yang datang dengan verandah untuk lepak sama-sama.
Penginapan anda tenang sebab bukan di jalan besar. Dan parking pun mudah.
Tapi bilik cuma ada 8. Jadi kalau datang tanpa booking dulu memang susah nak dapat.
Tips : Ia ada satu bilik double dengan bilik air sendiri.
Father’s Guesthouse



Harga : RM 120 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini antara hotel murah di Tanah Rata yang popular.
Penginapan kat sini di buat dalam bangunan, yang macam rumah besar. Biliknya selesa dengan saiz yang sesuai dengan harga.
Untuk yang datang dengan kawan ramai, boleh book bilik jenis dorm. Ada katil bertingkat dan bilik air berkongsi. Untuk family, boleh tempah di kawasan bungalow untuk bilik air dalam bilik untuk jaga privasi.
Hillview Inn



Harga : RM 150++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Penginapan ini letaknya dalam jarak jalan kaki ke kedai makan dan mall Cameron Fair. Tapi sebab di atas bukit, ia aman dari sibuk kawasan pekan.
Bilik anda ringkas. Tapi selesa samada datang dengan family atau berdua. Untuk yang datang dengan bas, hotel murah ini dekat dengan stesen bas Tanah Rata (1 km).
Cuma macam penginapan Cameron Highlands lain, sebab lokasi power, ada waktu harganya naik luar biasa secara tiba-tiba.
Hotel Sederhana Keluarga
Untuk yang datang dengan family, dan nak hotel yang sederhana dan selesa, ini senarai hotel best di Tanah Rata yang dalam standard 3 bintang.
Avillion Cameron Highlands



Harga : RM 290++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Nak bilik hotel moden dan ringkas kat Tanah Rata? Avillion antara pilihan yang ada untuk anda dan family.
Dari segi lokasi, memang ideal. Tempat makan, bank, farmasi dalam jarak jalan kaki. Nak cari apa-apa, Cameron Fair, iaitu mall terbesar kat Cameron kat bangunan yang sama.
Bilik anda antara paling luas kat Cameron. Sesuai untuk yang nak bilik yang lapang, atau cuti dengan family.
Century Pines Resort



Harga : RM 250++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Resort Cameron Highlands ini selalu penuh sebab suasananya tenang dan biliknya selesa. Memang sesuai untuk cuti dengan family.
Lokasi hotel ini strategik. Kat depan hotel ada taman untuk jogging atau anak bermain, dan sebab dekat dengan pekan Tanah Rata, kedai makan dan Starbucks, ATM semua nya dalam 5 minit berkereta.
Kalau berani berendam sejuk-sejuk, ini antara hotel rare dalam Cameron Highlands yang ada swimming pool.
Casa Loma



Harga : RM 230 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Bilik kat Casa Loma ini agak berusia. Tapi untuk harga dan suasananya yang tenang dan tersorok dari jalan besar, ia antara hotel terbaik untuk keluarga dengan bajet sederhana.
Kawasan taman kelilingnya aman. Dan dari hotel ke pekan Tanah Rata, cuma dalam 5 ke 10 minit berkereta.
Untuk lari dari suasana sesak Cameron, Casa Loma adalah pilihan yang baik.
Heritage Hotel



Harga : RM 230++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Heritage hotel ini salah satu hotel paling popular kat Tanah Rata Cameron. Antara sebabnya ialah harganya berbaloi dengan lokasinya di luar jalan besar, tapi 5 minit saja dari kawasan pekan.
Fasiliti dan biliknya sudah berusia. Tapi saiz biliknya besar. Dan kebanyakan bilik ada tub mandi, sesuai sangat untuk rehat masa cuti atau buat anak-anak berendam nanti.
Parking? Dalam kawasan hotel, jadi senang dan tenang.
Planters Country Hotel (Bala)



Harga : RM 250++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Nak rasa vibe bungalow luar negara? Ini satu lagi hotel popular kat area Tanah Rata.
Bilik anda sederhana saiznya. Tapi kolonial gayanya. Memang rasa macam duduk England masa belum Merdeka.
Suasana bilik dan perabot memang old-school. Kalau anda orang muda, mungkin kena pertimbangkan. Sebab walaupun popular, takut gaya hotel ini tak sesuai dengan jiwa.
Casadela Rosa



Harga : RM 320++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Datang dengan keluarga? Nak bilik hotel luas dan di tepi jalan besar? Pertimbangkan Casadela Rosa.
Bilik dan bangunannya berusia tapi selesa. Dan sesetengah bilik ada pemandangan padang golf di tepinya.
Nak ke mana-mana senang sebab ia di tepi jalan utama. Tapi kena ada kereta. Sebab letaknya di antara Brinchang dan Tanah Rata.
Tips : Hotel ini antara hotel Tanah Rata yang dekat dengan pasar malam Cameron (750 m).
Hotel Terbaik di Tanah Rata
Bagi anda yang nak cuti puas-puas dan nak selesa, ini hotel-hotel di Tanah Rata, Cameron Highlands yang paling power, paling popular.
De’la Ferns



Harga : RM 440++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini satu lagi hotel gaya Tudor yang best di Tanah Rata.
Kalau datang berdua, anda mesti kata biliknya luas. Dan bila petang boleh rehat di balkoni sambil layan pemandangan yang ada.
De la Ferns ini kat tepi jalan utama. Jadi senang nak jumpa. Dan kalau nak layan Abang Strawberry, anda cuma perlu berkereta 5 minit untuk ke area Taman Sedia.
The Smokehouse Hotel



Harga : RM 420++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel ini tarafnya 3 bintang. Tapi harga bilik hotel ini mahal sebab ia antara hotel paling popular kat seluruh Cameron Highland.
Dengan gaya bilik klasik dan taman di keliling bangunannya, memang rasa suasana Inggeris dari bangun pagi celik mata.
Pada kami, hotel ini memang sesuai sangat untuk yang datang honeymoon atau anda yang nak santai-santai ringankan kepala. Ia beri pengalaman terdekat rasa feel British kat Malaysia.
Tips : Ini juga antara hotel best di Tanah Rata yang dekat dengan pasar malam Cameron (850 m)
Cameron Highlands Resort



Harga : RM 690++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Nak rasa macam geng bangsawan yang duduk kat England? Pilih yang ini. Sebab dekorasi dan layanannya dibuat untuk yang taste tinggi-tinggi.
Ada 56 bilik yang mewah dan luas kat sini. Ruang hotel siap ada pendiang api. Nak manjakan diri ada spa. Dan kalau nak menghayun, ada padang golf 18 lubang untuk dilayan bersama.
Hotel ini dekat tepi jalan besar. Memang mudah keluar masuk sepanjang cuti.
Zenith Cameron Highlands (BARU)



Harga : RM 450 ++
![]() | Booking.com | Tempah |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini hotel di Tanah Rata Cameron Highlands yang baru. Taraf 5 bintang. Dan dibuka masa pandemik melanda.
Bilik kat sini luas. Ia datang dengan balkoni dan sesetengahnya ada tab mandi. Bilik air berdinding kaca, tapi dengan tirai untuk anda guna kalau datang dengan keluarga.
Kalau nak layan pool dan gym, tak ada masalah. Ia lengkap dengan fasiliti ini yang masih jarang tetamu guna.
Untuk makan minum, kalau tak mahu di hotel, pekan Tanah Rata dekat saja.
Okay semua, lengkap sudah senarai hotel-hotel di Tanah Rata Cameron Highlands yang terbaik boleh anda tempah untuk cuti.
Harga di Cameron memang lebih tinggi dari KL atau Penang. Tapi untuk suasana luar negeri, boleh berbelanja lebih dari biasa anda keluarkan masa cuti.
So, hotel Cameron yang mana satu pilihan hati?