hotel di ipoh yang viral, menarik dan best untuk cuti

12 Hotel Paling Best, Viral & Instagramable di Ipoh

Nak cuti kat Ipoh tapi nak tidur kat hotel viral, unik atau yang instagrammable supaya cuti anda memorable?

No worries sebab kami boleh tolong.

Ini senarai 12 hotel-hotel cantik, unik dan menarik yang ada kat Ipoh buat cik adik.

MU Hotel

hotel hip dan baru mu hotel ipoh
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Kat hotel ini, anda rasa muda berseri.

Biliknya ceria dan moden.

Sesuailah untuk orang yang nak rasa cuti kat Sweden.

Bilik agak kecil.

Tapi kalau dapat pada harga bawah RM 130, memang berbaloi untuk 2 orang tetamu. 

The Tudor

homestay villa the tudor ipoh yang viral
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini villa butik ala Inggeris kat Ipoh yang pernah viral kat social media satu masa dulu.

Dibuat supaya anda rasa macam owner rumah klasik kat oversea gitu.

Ia bungalow 2 tingkat, dengan 10 bilik.

Sesuailah untuk buat gathering dengan family atau adik beradik.

Lokasi? Kat kawasan yang aman.

Tapi masih dekat dengan pekan.

1969 Business Suites 

hotel hipster trendy ipoh - the 1969 business suite
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel butik baru?

Hotel 1969 Boutique Suite ini hotel menarik di Ipoh macam anda nak itu.

Dan ia campurkan gaya klasik dengan nostalgik untuk anda yang nak cuti ada gambar fotogenik.

Sapa sangka kan?

Hotel warna hitam dan kelabu pun sebenarnya cantik gitu.

Cuma lokasinya kat pinggir pekan.

Kena drive jauh sikit untuk ke tempat-tempat tarikan.

Hotel Merton

suasana hotel merton ipoh yang sesuai untuk ootd
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel menarik kat Ipoh dengan vibe British sana.

Best untuk OOTD kalau anda muda belia.

Bilik besar, deko unik, dan lobi pun klasik.

Yang bagus lagi harga biliknya ada waktu turun murah-murah yang buatkan tidur kat hotel ini lagi menarik.

Yang kurang sikit ialah lokasinya.

Kalau nak ke tempat tarikan, lama juga anda dalam kenderaan.

Hotel Bedrock

hotel bedrock yang simple tapi selesa
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini antara hotel pelik tapi menarik dalam Malaysia sebab ia hotel bertemakan batu.

Bilik anda selesa – dan bukan saja ada penapis air Coway, tapi mesin buat kopi.

Jadi memang cuti rasa cozy.

Cuma sebab bilik tak banyak, bilik pun cepat penuh kalau dekat masuk waktu cuti panjang nanti.

Banjaran Hot Springs

kawasan dalam gua the hotel banjaran retreat ipoh yang viral
Harga BiasaRM 2100 ++
Tempah
Tempah

Bayangkan mandi di kolam air sejuk dan kolam air panas dalam resort yang suasananya luar biasa.

Bayangkan juga makan romantik di kawasan gua, atau melayan spa dalam suasana tak pernah terbayang mata. 

Kalau anda mampu ini hotel terbaik dalam kawasan bandaraya Ipoh.

Dan antara paling romantik kat negeri ini untuk honeymoon anda nanti. 

Hotel Weil

kolam renang hotel weil yang ada panorama bandaraya ipoh
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini antara hotel dengan lokasi terbaik di Ipoh.

Kat tepinya mall Ipoh Parade yang letaknya kat tengah bandaraya.

Hiasan dalamnya moden.

Dan bukan saja biliknya selesa, tidur kat Hotel Weil buatkan anda senang nak ronda sekitar bandaraya.

The Haven

swimming pool di the haven apartmen -- antara hotel paling best di Ipoh
Harga BiasaRM 840 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang datang dengan keluarga, dan nak apartmen dalam suasana hutan dara, pilih the Haven.

Swimming pool kat sini luas dengan pemandangan bukit batu kapur dan tasik semulajadi.

Keliling resort memang hijau – rasa dalam kawasan gunung tanpa perlu panjat gunung dengan isteri.

Hotel M Boutique

m boutique hotel ipoh yang best untuk selfie dan upload ke IG
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Nak tidur, nak bergambar puas-puas masa cuti?

Try hotel Ipoh yang trendy dan best ini.

Bilik anda gaya hipster.

Tapi saiznya sesuai untuk couple daripada untuk keluarga.

Senang cerita, ngam untuk honeymoon kat Ipoh dan selfie untuk pasangan muda. 

Nak makan?

Kalau setakat kopi atau sarapan pagi, ada cafe Old Town White Coffee kat bawah hotel ini.

Hotel M Roof

kawasan pool di m roof pekan ipoh
Harga BiasaRM 199 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik ini kat dalam pekan Ipoh.

Dan lokasinya ngam sangat untuk yang datang nak tengok event kat Stadium Indera Mulia.

Bilik gaya hipster.

Tapi sederhana temanya, jadi sesuai untuk keluarga.

Kalau nak makan, ada deretan kedai kat kawasan Stadium Ipoh yang boleh anda lawat untuk sarapan.

Hotel Sarang Paloh

bilik di hotel sarang paloh ipoh yang menarik dan  nostalgik
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Nak rasa tidur kat hotel gaya tradisional masa cuti kat Ipoh?

Boleh tempah hotel best ini.

Bangunannya style kolonial, dan bawa anda imbau mewah kapitan Cina zaman dulu-dulu.

Lokasinya pun bagus sebab dalam kawasan pekan lama.

Senang nak bergambar kat mural sekitar bandaraya.

Hotel Ipoh Bali

bilik hotel ipoh bali yang best sebab macam kat pulau indonesia
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah  

Bagi anda yang nak lepaskan gian pi Bali, bolehlah ke sini.

Setiap inci kawasan dalam hotel butik kecil ini dihias macam kat kepulauan Indonesia.

Jadi terasa aman, terasa mewah macam kat sana.

Nak shopping senang saja sebab Aeon Mall cuma dalam 5 minit berkereta.

Hotel-hotel menarik di Ipoh yang viral ada tak banyak mana.

Tapi kami sudah senaraikannya kat atas untuk anda.

Ada untuk keluarga, ada juga buat honeymoon romantik untuk anda dan si dia yang tercinta.

So, hotel viral Ipoh mana yang anda nak cuba?