Mengapa tidur di hotel biasa masa cuti di KL — sedangkan hotel-hotel butik yang best, yang luar biasa banyak?
Hotel-hotel butik ada karakter tersendiri dan buat cuti makin manis untuk memori.
Jom tengok hotel butik yang terbaik kat Kuala Lumpur ini.
Hotel Butik di KL Yg Paling Best
Hotel Kloe



Harga Biasa | RM 490 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini ada bilik butik biasa dan ada bilik extra special untuk anda yang perlukan inspirasi.
5 jenis bilik itu direka oleh kurator berbeza.
Ia dipanggil Artists Loft.
Ada bilik bertema untuk kaki buku dan peminat muzik, sampailah ke pelukis yang nak cari idea.
Suasananya lain dari biasa.
Memang port power untuk bercuti solo ataupun berdua.
[static_content id=”25022″]
W KL



Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kalau hotel butik W ini seorang wanita — ia gadis genit yang sentiasa ceria, ada bergigabyte glamour dan mempesona dengan gayanya.
Bilik anda cukup selesa.
Sesetengah bilik air ada tub mandi.
Dan hiasan eklektik ada merata-rata, dari bilik sampailah ke tempat anda sarapan pagi.
Suka bergambar?
Ini hotel yang setiap inci sudutnya boleh jadi studio fotografi.
Gold 3



Harga Biasa | RM 199 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak hotel butik mampu milik yang ada kat tengah KL?
Book hotel Gold 3.
Sekali masuk sini dah rasa macam masuk dalam muzium dan kedai antik.
Gaya dan harga sesuai sangat untuk orang muda nak hotel honeymoon harga bajet — tapi romantik.
Yang bagusnya lagi hotel ni ialah lokasinya cantik.
Nak shopping kat mall Bukit Bintang senang untuk cik adik.
Hotel Maya



Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Maya ini pula ada bilik yang besar dan dekat dengan KLCC.
Ia juga adalah antara hotel butik pertama kat Kuala Lumpur ini.
Kami suka walking wardrobe nya, coffee maker di bilik yang tersedia dan bilik airnya dengan rain shower.
Bilik? Luas dari banyak hotel sekitarnya.
Hotel Wolo



Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel yang berada di tengah persimpangan Bukit Bintang ini dibuat supaya cuti KL anda penuh glamour.
Hiasan dalam hotel memang posh saja.
Kat bilik, nespresso tersedia.
Tingkapnya? Luas untuk anda layan pemandangan malam ibukota.
Yang bagus lagi lokasinya memang ideal.
Kat bawah Starbucks Reserve ada.
Nak shopping? Pavillion mall tak jauh mana.
CitizenM



Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini berwarna-warni kawasan lobi nya.
Tapi berbeza pula dalam biliknya.
Kalau hotel butik lain fokus pada susun hias bilik, CitizenM mahu lain segala-galanya.
Kat sini anda check in dan check out sendiri.
Ia tidak ada restoran tapi ada pantry.
Dan bilik kecil anda tidak ada suis, sebab semuanya dikawal dari tablet yang diberi.
Berbeza? Ya, luarbiasa dari mana-mana hotel yang pernah anda cuba.
The Chow Kit



Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel yang bawa vibe New York masuk Malaysia.
Dan buat anda rasa masuk ke era New York yang sudah tiada.
Kalau nak bermewah lebih, ambil bilik ataupun suite The Towkay.
Kat sini tak risau makanan habis masa sarapan.
Sebab tak ada line buffet.
Anda duduk dan pilih sajian dari menu untuk santapan.
Nota : Hotel ini dipilih antara tempat perlu lawat oleh akhbar New York Times pada 2020.
Hotel Momo



Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel butik khas yang konsepnya betul-betul minimalistic.
Semuanya simple.
Gaya Jepun. Hidup tenang. Rasa lapang.
Yang bagus lagi hotel Momo ini tak mahal mana.
Sebab harganya ada waktu tertentu di bawah RM 150 saja.
Memang ramai yang boleh cuba.
KL Journal



Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
KL Journal ini hotel butik Bukit Bintang yang terkenal dengan kolam renang nya yang ista-friendly.
Dari gambarnya pun saja dah buat ramai muda-mudi berangan nak menginap kat sini.
Bukan saja suasana hotel hip dan funky, bilik kat KL journal pun istimewa.
Siap ada dinding kaca dari lantai sampai ke silingnya.
Bila malam, pemandangan KL dari bilik pun susah nak lupa.
The Ruma



Harga Biasa | RM 780 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Diletak sebagai antara yang terbaik Asia, hotel butik mewah ini di luar kemampuan kebanyakan orang kita.
Bila masuk anda akan nampak bahawa ia membawa gaya tradisional Melayu ke dunia moden.
Kerusi rotan, besi hitam dan tembaga merakam sejarah Malaya — dari kawasan lombong bijih timah kepada bandaraya kosmopolitan Asia Tenggara.
Set toiletries kat sini jenama La Bottega dari Itali.
Dan kalau nak potong rambut, kedai gunting rambut mewah, Truefitt & Hill dari England ada untuk rapikan diri.
Senang cerita, ini hotel di KL yang dalam kelas tersendiri.
STEG KL



Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini pula hotel butik baru KL untuk orang-orang muda.
Dengan gabungan warna lembut, dan design gaya baru dan lama, hotel ini dalamnya istimewa.
Memang kat mana-mana kawasan dalam hotel ini comel-comel saja.
Dan ia juga ada 2 suite khas untuk anniversary dan honeymoon anda – Love Nest dan Sakura.
Selain tatahias berbeza, ia datang dengan jakuzzi untuk enjoy bersama.
Ami Suite



Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Kami tutup senarai ini dengan satu hotel yang gayanya macam kat Perancis.
Tenang, macam di awang-awangan.
Apa yang kami suka gayanya cukup berbeza.
Bilik anda bukan saja cantik tetapi susun atur nya macam dalam mimpi.
Untuk yang terasa nak sambut honeymoon atau anniversary, ini antara hotel yang boleh dibuat dalam shortlist nanti.
Okay, lengkap sudah 12 hotel-hotel butik paling best, paling cantik di Kuala Lumpur.
Kalau tanya kami, sekarang pilihan untuk hotel yang boleh anda tempah masuk cuti sikit nanti sudah bertambah mulai saat ini.
Rambang mata? Ya.
Tapi boleh plan untuk tempah satu-satu sampai habis semuanya.