5 Hotel Yg Di Dalam Airport KLIA & klia2 Untuk Senang Ambil Flight

Anda nak bermalam di hotel dalam airport KLIA dan klia2 – sebab flight anda awal pagi, terlepas flight atau flight kena tunda?

Ini senarai hotel-hotel di dalam terminal airport (atau tepinya) supaya jimat masa dan tenaga.

Jom tengok hotel yang ada. 

Hotel Di Dalam Airport KLIA / KLIA 2

Hotel di KLIA 2

Bagi anda yang naik penerbangan tambang murah (low cost) ini senarai hotel untuk bermalam di dalam airport klia2 / tepi klia 2 yang ada.

Tune Hotel KLIA/ KLIA 2

hotel tune klia/klia2 di tepi airport
Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah

Tune Hotel ini ada kat tepi airport klia2 .

Dan ia bersambung dengan klia2 dengan ruang pejalan kaki yang berbumbung.

Jarak antara keduanya dalam 10 minit jalan kaki.

Kat sini semua biliknya ada bilik air sendiri, wifi dan tv.

Dan kalau lapar, restoran MAKAN dibuka sampai 12 tengah malam (sebelum Covid).

Cuma kalau Tune Hotel lain harganya bajet, di sini harganya lebih tinggi.

Lokasi Hotel : Di tepi terminal Airport klia2 (hotel ini bersambung dengan terminal lapangan terbang melalui ruang pejalan kaki berbumbung)

Tips : Jangan keliru dengan satu lagi Tune Hotel yang dipanggil Tune KLIA Aeropolis. Tune KLIA Aeropolis ini jauhnya dalam 25 minit dari klia2. Anda tak boleh jalan kaki. Perlu ambil shuttle kalau nak ke sana. Harganya lebih murah. Tapi ia bukan dekat/dalam kawasan terminal. 

Aerotel KL

bilik hotel aerotel yang ada dalam airport klia2
Harga BiasaRM 650 ++
Tempah
Tempah

Aerotel Hotel Kuala Lumpur ini pula lebih baru, lebih selesa dan ada letaknya di dalam airport klia2.

Tempoh menginap fleksibel.

Boleh book bilik minima 6 jam.

Ia ada bilik solo sampailah bilik yang besar untuk keluarga.

Dan ia macam hotel biasa – dari TV dan bilik air di bilik sampailah ke cerek air untuk bancuh kopi.

Bajet tak tinggi? Ada bilik solo.

Harganya sekitar RM 200. Tapi bilik solo ini, tandasnya berkongsi.

Lokasi Hotel : Di dalam Airport klia2 (Level 2M, Gateway @ klia2 Mall)

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Capsule Transit KLIA 2 (Landside)

hotel kapsul transit dalam airport klia2
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah
Tempah

Ini tempat bermalam termurah yang kat dalam terminal lapangan terbang klia2.

Ia hotel kapsul bajet gaya Jepun.

Dan boleh book ikut masa dari 6 hingga 12 jam.

Ia bukan untuk solo traveller saja.

Sebab ada kapsul yang muat untuk 3 orang. 

Cumanya kat sini bilik air berkongsi.

Lokasi Hotel : Di dalam Terminal Airport KLIA 2 ( Level 1, Gateway @ klia2 Mall)

Plaza Premium Lounge

premium lounge di lapangan terbang klia2
Harga BiasaRM 95 / jam
Tempah

Nak tempat duduk berehat di klia2 yang selesa dan ada makanan?

Ambil lounge premium.

Harganya bergantung kepada berapa jam anda mahu rehat di dalamnya. 

Ia sesuai kalau anda nak sofa buat berehat sebentar.

Kat sini selain tempat duduk, TV, wifi dan tempat mengecas phone, makanannya tak ada had dan dah dikira dalam harga.

Nak mandi? Anda perlu bayar extra.

Nak baring kat bilik? Ada Private Resting Suite untuk ditempah (ada sebelum Covid. Status sekarang tidak pasti). 

Lokasi Lounge : Di dalam Terminal klia2 ( Level 2M, Gateway @ klia2 Mall)

Tips : Ada sesetengah kad kredit beri anda akses percuma ke Plaza Premium Lounge. Boleh rujuk senarainya di sini. 

Hotel di KLIA

Untuk airport KLIA (juga dipanggil KLIA 1), hanya ada satu hotel dalam KLIA 1 yang boleh anda pilih.

Sama Sama KLIA

hotel mewah sama sama hotel di lapangan terbang antarabangsa klia
Harga BiasaRM 570 ++
Tempah
Tempah

Hotel 5 bintang ini bersambung dengan airport KLIA.

Ia lengkap dengan swimming pool, sauna dan jacuzzi.

Bilik anda jauh lebih selesa dari penginapan lain di airport dalam Malaysia.

Tapi harganya premium.

Untuk ke KLIA, anda boleh ke Main Terminal Building di KLIA melalui sky bridge.

Tunggu saja buggy percuma yang bertolak setiap 5 minit untuk ke sana.

Lokasi : Di tepi airport KLIA (ada jambatan sambungan).

Tips : Jangan keliru dengan hotel Sama Sama yang jenis Express. Hotel Sama Sama Express itu adalah untuk penumpang transit.

Okay, Lengkap sudah hotel-hotel dalam airport KLIA 1 dan klia 2 yang ada untuk anda yang perlukan tempat berehat atau bermalam sebentar.

Ada beberapa lagi lounges dan hotel di dalam KLIA/ klia2 tapi kami tak senaraikan di sini sebab ianya adalah untuk penumpang transit.

Maksudnya anda perlu berada di Airside untuk akses ke penginapan tersebut.

Apapun, kami harap senarai hotel di atas dapat membantu anda membuat planning untuk cuti anda nanti.

Tapi kalau perlukan hotel murah yang dekat KLIA dan klia2 boleh rujuk di sini.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Seamless Travel: 5 Hotels Inside KLIA & KLIA2 for Easy Flight Access

Jomjalan