Anda nak cari hotel dekat KLCC dan Aquaria sebab nak cuti atau ada urusan sekitar sini?
Biar kami bantu.
Ini senarai hotel-hotel di Kuala Lumpur yang paling dekat dengan KLCC dan akuarium itu.
Hotel Berdekatan KLCC & Aquaria
Jarak Jalan Kaki
Ini hotel-hotel terdekat dengan kawasan KLCC kalau anda nak habiskan masa banyak di sini.
Mandarin Oriental



Harga Biasa | RM 580 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel 5 bintang ini hotel yang terdekat dengan KLCC.
Bila anda keluar dari pintu hotel, boleh terus shopping ke mall Suria KLCC.
Hotel ini ada minum petang yang popular, kolam infinity dan juga restoran makanan Cina yang halal (dan famous).
Disebabkan lokasinya, depan hotel anda ada air pancut dan taman untuk keluarga.
Boleh santai atau bawa anak kecil ke kolam randuk taman kalau ada masa.
Jalan kaki ke KLCC : kurang dari 1 minit
Grand Hyatt



Harga Biasa | RM 680 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel 5 bintang ini famous sebab makanannya yang sedap, ia ada bilik Barbie dan view dari tempat makannya power.
Dari segi mewah bilik dan layanan, ia antara yang terbaik di KL.
Banyak bilik pun ada view KLCC.
Nak ke KLCC boleh jalan kaki.
Tapi lebih selesa kalau ambil Grab dari lobi.
Jalan kaki ke KLCC : 12 minit
Tips : Jambatan pejalan kaki Pavillion Mall – KLCC Convention Center ada di seberang jalan hotel ini.
Hotel Traders



Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel yang famous untuk businessman yang datang ke KLCC ini, adalah hotel yang paling dekat dengan Aquaria KLCC.
Bilik anda moden dan sederhana saiznya.
Dan dari kebanyakan tingkap bilik anda, memang ada view KLCC.
Nak ke mall Suria KLCC? Tak perlu jalan kaki.
Ambil saja shuttle hotel yang free.
Jalan kaki ke KLCC : 10 minit
3 Tarikan Paling Top Kat KL
Four Seasons KLCC



Harga Biasa | RM 880 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel mewah ini ada di bangunan sebelah KLCC.
Nak ke mall Suria KLCC cuma perlu lintas jalan kat tepi.
Hotel ini famous dengan makan paginya yang banyak pilihan.
Ada yang kata buffetnya antara yang terbaik di bandaraya.
Dengan lokasinya, nak shopping kat Suria KLCC boleh pergi anytime dengan anak isteri.
Jalan kaki ke KLCC : 5 minit
Hotel Impiana



Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini dalam area KLCC, dan ada bilik yang luas untuk harganya.
Dari Impiana nak ke KLCC atau Bukit Bintang senang.
Anda boleh ambil jambatan Pavillion – KLCC Convention Center.
Jambatan pejalan kaki ini kat tepi hotel saja.
Jalan kaki ke KLCC : 15 minit
Tips : Parking hotel ini kecil dan terhad. Kalau datang waktu peak, anda mungkin perlu cari parking di kawasan berhampiran.
The Ascott



Harga Biasa | RM 380 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak cari apartmen sebab anda datang dengan keluarga?
Ascott ini apartmen keluarga paling hampir dengan KLCC yang ada.
Bilik anda besar.
Dan ada dapur serta ruang tamu untuk cuti yang selesa dengan family.
Untuk ke Aquaria atau Suria KLCC, boleh seberang jalan dari sini.
Jalan kaki ke KLCC : 10 minit
De King Boutique Hotel



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu-satunya hotel di KL yang harganya murah, dan dalam area KLCC.
Lokasinya bangsawan, harganya dermawan.
Bilik di sini sederhana tata hiasnya.
Tapi ia ada mall Avenue K di sebelahnya.
Nak makan? Food truck TAPAK dalam jarak 50 m.
Dan nak ke KLCC cuma perlu lintas dan ikut jalan utama.
Jalan kaki ke KLCC : 12 minit
Nota: Tempat parking hotel ini sangat terhad.
Corus Hotel KL



Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel 3 bintang ini ada kat sebelah hotel De King.
Dan ia agak popular di kalangan orang Malaysia disebabkan harganya.
Bilik air sederhana saiznya.
Tapi pool di sini ada untuk dewasa dan anak-anak anda.
Hotel ini masih dalam jarak jalan kaki ke KLCC.
Tapi sedikit jauh menapak dari semua hotel yang ada dalam list ini.
Food truck TAPAK ada kat sebelah hotel ini.
Jalan kaki ke KLCC : 13 minit
Sekitar KLCC
Ini pula senarai hotel-hotel di Kuala Lumpur area klcc atau sekitarnya, tapi lebih sesuai berkenderaan ke sana. Anda perlukan dalam 5 – 10 minit saja bila naik Grab/ berkereta.
Perdana KLCC



Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini penginapan yang ada bilik studio dan apartmen yang sesuai kalau anda yang datang berkeluarga.
Bilik anda ringkas dan berusia tapi luas saiznya.
Dan ini antara sebab ia popular di kalangan orang Melayu yang datang dengan keluarga.
Kalau hari Jumaat, boleh solat kat Masjid As Syakirin KLCC.
Ia cuma 10 minit jalan kaki dari sini.
Ke KLCC : 900 meter
Element by Westin



Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Bilik-bilik di Element berada di tingkat 39 ke 53 – jadi anda dapat pemandangan panorama bandaraya dari bilik anda.
Bilik pun besar dan selesa. Memang bagus untuk berehat cuti berdua.
Untuk ke KLCC, anda boleh ambil Grab untuk perjalanan yang sebentar saja.
Nak ke mana-mana, ada stesen Ampang Park dekat hotel anda.
Ke KLCC : 900 meter
Hotel Intercontinental



Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel yang saiz biliknya besar.
Lokasinya pun berhampiran dengan menara klcc.
Hotel ini buffet breakfast nya banyak pilihan.
Minum petangnya pun bakal buat anda kenyang.
Nak ronda KL? No worries sebab ia juga dekat dengan stesen LRT Ampang Park kalau anda nak ronda KL dengan train nanti.
Ke KLCC : 800 meter
The RuMa



Harga Biasa | RM 880 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel simple, tapi mewah – ini hotel The Ruma.
Hotel penuh classy ini juga pernah diletak sebagai antara hotel paling power dalam Asia.
Dan ia ada dalam area sekitar menara KLCC.
Tempah hotel ini hanya kalau anda sudah biasa dengan hotel kelas tinggi.
Kalau tidak, mungkin macam rusa masuk kampung nanti.
Ke KLCC : 1.7 km
W KL



Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel yang funky dan fresh ini pun tak jauh dari menara berkembar KLCC.
Untuk orang muda dan suka bergambar untuk IG, hotel instagrammable ini best untuk cuti nanti.
Pemandangan dari swimming pool hotel W waktu malam contohnya – memang luarbiasa.
Ia antara hotel ada view KLCC yang paling power, dan tak terhalang dengan bangunan sekitarnya.
Ke KLCC : 1.8 km
Tips: Sebenarnya anda boleh jalan kaki dari hotel W ke KLCC kalau tak kisah menapak. Tapi kalau berkeluarga, kami tak sarankan. Lagi-lagi kalau ada anak kecil sebab anda akan melintas jalan besar.
Hotel-hotel yang berdekatan dengan KLCC banyak sebenarnya.
Dan kebanyakan hotel berhampiran Menara Berkembar Petronas ini kebanyakannya 4 dan 5 star hotelnya.
Untuk hotel harga biasa-biasa, kami sarankan De King atau Corus.
Tapi kalau nak hotel paling hampir dengan menara KLCC, Mandarin Oriental jawapan jelas untuk anda.
So, hotel yang mana yang anda suka?