Masuk taman tema memang penat. Lagi-lagi kalau hotel jauh.
Tentang Tarikan Ini :
- 1 Lost World of Tambun, Ipoh
- 2 Sunway Lagoon, KL
- 3 Escape, Penang
- 4 Splashout, Langkawi
- 5 Berjaya Theme Park, KL
- 6 Kidzania, KL
- 7 The Rift, KL
- 8 Superpark, KL
- 9 iCity Shah Alam, Selangor
- 10 Bangi Wonderland, Selangor
- 11 District 21, Putrajaya
- 12 Bukit Gambang Resort, Pahang
- 13 Legoland, Johor
- 14 Adventure Coast Desaru, Johor
- 15 A Famosa Resort, Melaka
- 16 Genting Skyworlds
- 17 Bertam Waterpark, Penang
Habis bergembira layan air, boleh balik bilik mimpi bersama.
Okay, jom tengok sama-sama.
Lost World of Tambun, Ipoh
Hotel Terdekat : Hotel Lost World.
Harga : RM 270 ++
Booking.com | Tempah | ||
Agoda.com | Tempah |
Hotel Lost World ini dibuat kat seberang taman tema Lost World. Kalau tidur sini, anda dapat 2 tiket masuk free ke Nightpark nya malam nanti. Boleh lah layan kolam air panas.
Hotel ini ada sarapan percuma dan kalau nak layan spa dalam Lost World, boleh dapat 15% potongan harga.
Tapi kalau nak masuk ke Lost World of Tambun waktu siang, memang kena beli tiket lain.
Nota : Nak tidur kat kontena terapung? Book Malayana Floating Villa.
Sunway Lagoon, KL
Hotel Terdekat : Sunway Resort & Spa, Sunway Pyramid Hotel, Sunway Clio
Harga : RM 270 ++
Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ada 3 hotel yang dekat dengan taman tema Sunway Lagoon. Hotel yang mana lebih bagus, bergantung kepada bajet anda dan berapa ramai yang datang dengan anda.
Kalau nak yang mewah, boleh book Sunway Resort & Spa.
Nak hotel betul-betul dalam mall, supaya senang shopping? Book Sunway Pyramid Hotel.
Dan kalau anda nak yang senang ke pintu masuk utama Sunway Lagoon, ambil Sunway Clio.
Tiket masuk ke Sunway Lagoon semuanya kena beli berasingan.
Escape, Penang
Hotel Terdekat : Angsana Teluk Bahang
Harga : RM 320++
Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel 5 bintang, Angsana Teluk Bahang – ini dekat dengan taman tema Escape Penang, tak sampai 5 minit berkereta.
Hotel ini view setiap biliknya memang menghadap laut. Dan kalau rajin nak jenguk kawasan nelayan Teluk Bahang pun dekat.
Senang cerita, ini bukan saja hotel yang best dan dekat dengan Escape, tapi juga best untuk cuti dan ronda Pulau Mutiara.
Splashout, Langkawi
Hotel Terdekat : Bella Vista
Harga : RM 270 ++
Booking.com | Tempah | ||
Agoda.com | Tempah |
Kalau anda nak masuk taman tema air pertama kat Langkawi yang dipanggil Splashout dan tak mahu jalan jauh dari waterpark, boleh book hotel Bella Vista Waterfront.
Hotel yang dari luar macam istana ini standardnya 3 bintang. Sebab ia kat kawasan pekan Kuah, sesuai juga kalau tidur sini untuk layan shopping masa cuti.
Berjaya Theme Park, KL
Hotel Terdekat : Berjaya Hotel
Harga : RM 270++
Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak keluar bilik hotel, turun lif, dapat terus masuk taman tema dan naik roller coaster?
Kalau ya, book hotel kat dalam Berjaya Times Square. Sebab taman tema Berjaya cuma di tingkat bawah bilik hotel anda.
Ini antara hotel yang sesuai bukan saja untuk keluarga tapi orang yang nak hotel dalam mall kat kawasan Bukit Bintang.
Kidzania, KL
Hotel Terdekat : Royale Chulan Damansara / The Curve
Harga : RM 290++
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk anda yang nak bawa anak layan taman tema Kidzania KL, hotel paling dekat dengannya ialah hotel Royale Chulan Damansara.
Dari hotel ke taman tema boleh jalan kaki saja. Dan bonus bila dah di sini, bukan saja anak bleh seronok bermain, mak ayah pun boleh cuci mata dan poket. Sebabnya, Ikea Damansara dan mall The Curve dalam kawasan yang sama kak Ina.
The Rift, KL
Hotel Terdekat : Cititel Mid Valley
Harga : RM 180++
Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Pada anda yang muda belia, ataupun yang suka tech, dame dan gajet, taman tema The Rift ini wajib pergi.
Yang bagusnya, sebab The Rift kat dalam Mid Valley Megamall, nak shopping dan makan senang. Dan kalau nak datang main kat the Rift, hotel paling dekat ialah Cititel Mid Valley ini.
Hotel ini, lobinya pun dalam mall. Senang sangat nak main atau shopping sampai satu hari.
Superpark, KL
Hotel Terdekat : de King Hotel
Harga : RM 180 ++
Harga Biasa | RM 190 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Taman tema Superpark yang dibawa dari Finland ini memang tak ramai yang sedar wujud.
Tapi kalau anda dan anak-anak nak ke sini masa habis Covid nanti, hotel paling dekat ialah de King Hotel.
Hotel ini simple saja dan sesuai ianya hotel yang datang solo. Harga biliknya murah, dan selain nak ke Superpark senang, nak ke KLCC pun sama.
iCity Shah Alam, Selangor
Hotel Terdekat : Best Western iCity
Harga : RM 260++
Booking.com | Tempah | ||
Agoda.com | Tempah |
Best Western iCity ini memang dekat dengan taman tema iCity Shah Alam. Nak ke iCity, boleh jalan kaki ataupun naik trem free dari sini.
Dari hotel ini nak ke Sogo iCity, ataupun tengok wayang di TGV pun tak jauh mana.
Bilik hotel kemas, dan kalau dapat bilik dengan view iCity, dapatlah layan pemandangan lampu LED warna warni malam nanti.
Bangi Wonderland, Selangor
Hotel Terdekat : Avenue Garden Bangi
Harga : RM 190++
Booking.com | Tempah | ||
Agoda.com | Tempah |
Kalau anda nak bawa anak main air di Bangi Wonderland, hotel paling dekat untuk anda dan famili menginap ialah Avenue Garden Hotel Bangi
Hotel ini dalam kawasan Union Square, dan biliknya memang luas. Nak ke taman tema cuma 3 minit berkereta.
District 21, Putrajaya
Hotel Terdekat : Le Meridien Putrajaya
Harga : RM 430++
Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Pada anda yang nak lari dari taman air, dan nak masuk taman tema ekstrim macam District 21 ini , boleh book hotel Le Meridien.
Yang bagusnya, hotel ini bukan saja dekat dengan District 21 tapi juga di IOI Mall. Jadi nak berseronok boleh, nak shopping satu hari pun senang.
Bukit Gambang Resort, Pahang
Hotel Terdekat : Apartmen di Bukit Gambang Resort
Harga : RM 250++
Agoda.com | Tempah |
Untuk yang nak mandi air dengan family masa kat Kuantan, boleh ke sini.
Kat dalam resort sendiri ini ada beberapa pilihan apartmen untuk anda menginap. Bilik-bilik anda ringkas sahaja tatahiasnya, tapi saiznya memang untuk famili.
Dari apartmen ke taman air da safari cuma dalam 5 minit memandu.
Legoland, Johor
Hotel Terdekat : Legoland Hotel
Harga : RM 690++
Harga Biasa | RM 890 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Dalam banyak-banyak hotel dekat taman tema, hotel Legoland ini yang paling mewah, paling best suasananya.
Bilik ada tema pirate, ada tema istana. Dan dibuat dekat dengan Legoland, dan juga aquarium Sealife Malaysia.
Kalau nak shopping, Medini Mall pun bersambung dengan kawasan taman tema ini kat sebelah kawasan Sealife saja.
Adventure Coast Desaru, Johor
Hotel Terdekat : Hard Rock Desaru
Harga : RM 630++
Harga Biasa | RM 690 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau nak cuti kat Desaru dan nak layan taman air dengan pool gergasi kat Desaru Coast Adventureland, boleh book Hard Rock Desaru.
Macam mana-mana hotel Hard Rock, bilik memang selesa. Kalau anak belum puas main air kat Desaru Adventure Coast, hotel ini masih ada kolam air untuk mereka berendam.
Mak pun boleh pergi berurut kat spa dan abah pula boleh main golf bila ada masa.
A Famosa Resort, Melaka
Hotel Terdekat : Villa & Apartmen di A Famosa Resort
Harga : RM 230++
Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Taman tema A Famosa kat Melaka ini ada penginapan sendiri. Dan memang sesuai untuk yang solo, mahupun yang datang dengan family.
Selain villa sebuah sebuah yang lengkap dengan pool kat belakang lagi, tempat ini juga ada apartmen famili dan bilik hotel biasa untuk yang datang berdua.
Genting Skyworlds
Hotel Terdekat : Theme Park Hotel
Booking.com | Tempah | ||
Agoda.com | Tempah |
Ada beberapa hotel yang dekat dengan taman tema paling dinantikan tahun 2021 — taman tema Genting Skyworlds.
Kalau nak yang 5 bintang, boleh pilih Genting Grand.
Kalau nak gaya butik, pilih hotel Theme Park.
Selain Skyworlds, dua-dua hotel ini juga dekat dengan taman tema indoor kat Genting — yang dinamakan Skytropolis.
Bertam Waterpark, Penang
Hotel Terdekat : Bertam Waterpark Resort
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak ke Bertam Waterpark yang gaya macam kat Morocco?
Kalau ya, penginapan terdekat yang ada ialah Bertam Waterpark Resort.
Ia bersambung dengan tama tema air ini, dan memang senang nak main slide dan berendam satu hari.
Resort ini tarafnya 5 bintang, dan sebab baru dibuka pada 2023, fasilitinya memang tip-top lagi.
Tema hotelnya pun macam holiday kat oversea.
Orait! Cukup kat sini saja kami senaraikan hotel hotel yang paling dekat dengan taman tema Malaysia.
So, hotel mana nak di book lepas selesai Covid nanti?
Nak yang dalam kawasan sendiri atau dah tak sabar dah nak rentas negeri?