Anda nak cari hotel-hotel yang dekat dengan pasar malam Cameron Highlands masa cuti nanti ?
No problem. Biar kami bantu.
Hotel dekat Pasar Malam Cameron
Kat bawah ini hotel-hotel yang berhampiran kawasan night market itu.
Zetter Suites



Harga : RM 250 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Kebanyakan orang ingat Zetter Suites ini cuma ada penginapan jenis apartmen atau homestay saja. Sebenarnya, ia juga ada bilik studio yang dibuat macam penginapan gaya hotel.
Bilik hotel anda dibuat gaya klasik Eropah. Boleh feel macam kat luar negara kejap bila tidur sini.
Antara semua hotel dalam senarai ini, Zetter Suites yang paling dekat dengan pasar malam Cameron. Buka pintu hotel, pasar malam depan mata.
Jarak Ke Pasar : 40 meter
Dreamscape Apartment



Harga : RM 170 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini satu lagi penginapan yang ada homestay dan juga bilik hotel yang dekat dengan pasar malam kat Golden Hill Cameron.
Ada bilik studio yang muat 2 dewasa dan 2 anak. Cumanya setahu kami ia tiada sarapan.
Untuk ke night market nanti, pun dalam jarak jalan kaki.
Jarak Ke Pasar : 180 meter
Casadela Rosa



Harga : RM 320 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel 3 bintang ini dekat dengan simpang masuk ke pasar malam.
Yang bagusnya, sebab ia kat jalan besar, senang nak jumpa. Dan nak drive keluar ke sini sana — macam ke Taman Sedia dan pekan Brinchang senang.
Nak ke pasar malam Brinchang, memang kena drive sikit. Tapi tak jauh pun. Kalau traffic lancar, kurang 5 minit dah boleh nampak kawasan pasar.
Jarak ke Pasar : 650 meter
Cameron Highlands Resort



Harga : RM 690 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Bagi anda yang berduit, ini pun antara hotel yang dekat dengan pasar malam Brinchang.
Waktu traffic lancar, boleh sampai ke kawasan pasar malam dalam 10 minit saja, sebab jarak antara keduanya tak sampai 1 km.
Bilik? Tak perlu risau. Sebab ini antara hotel termewah yang ada kat Cameron. Bilik 5 bintang, servis pun sama powernya.
Jarak ke Pasar: 800 meter
The Smokehouse



Harga : RM 420 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
The Smokehouse Cameron ini satu lagi hotel tahap legend kat area Brinchang ini. Dan ia pun dekat dengan kawasan pasar malam Cameron.
Nak ke pasar malam memang kena ada kereta. Tapi kalau jalan raya tak jem, tak sampai 10 minit pun sepatutnya dah sampai ke sana.
Harga bilik kat sini tinggi. Tapi ia selalu penuh. Jadi, kalau nak menginap, tempah awal supaya tak frust nanti.
Jarak ke Pasar: 850 meter
Dear Dino Villa



Harga : RM 180 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Dear Dino ini dibuat kat dalam kawasan bangunan yang tersorok dari jalan besar Cameron, jadi suasana sini aman tenteram.
Bilik anda dalam kawasan satu villa bertingkat — dan suasananya lebih macam tidur kat hostel dari tidur kat bilik hotel. Ia juga tiada sarapan.
Tapi setiap bilik ada toilet sekali.
Dari sini ke pasar malam, anda hanya perlu drive dalam 10 – 12 minit dari sini.
Jarak ke Pasar: 1.3 km
Hotel de La Ferns



Harga : RM 440 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel de la Ferns ini kat tepi jalan besar Brinchang. Dan kalau nak ke pasar malam Cameron, senang.
Jarak hotel ke pasar malam tak jauh mana, dalam 10 – 15 minit saja memandu biasanya.
Pada kami lokasi hotel ini memang strategik — sebab ia berada antara night market dan juga kawasan Taman Sedia.
Bonus satu lagi, makanan kat hotel ini pun ada halal Jakim. Memang senang nak candle light atau tea kalau datang masa honeymoon atau anniversary.
Jarak ke Pasar: 1.4 km
Ada beberapa hotel yang dekat dengan pasar malam Brinchang yang kami tak masukkan ke senarai ini. Antara sebabnya ialah walaupun jaraknya bagus, hotelnya tak selesa.
So, antara semua kat atas, ada hotel yang sesuai untuk anda?
p/s Kalau datang dengan keluarga, mungkin penginapan ada bilik lagi sesuai masa ke sini. Ini senarai homestay yang dekat dengan pasar malam untuk anda bawa bincang dengan family.