hotel di ipoh ada kolam renang atau swimming pool

Ini 10 Hotel di Ipoh Yang Ada Swimming Pool Utk Layan Cuti Nanti

Bercadang nak cuti kat Ipoh dan nak hotel yang ada swimming pool?

Ini senarai hotel-hotel yang ada kolam renang untuk anda pilih kat sini.

Jom tengok mana yang anda suka.

Travelodge Ipoh

Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel di Ipoh yang ada swimming pool dewasa dan anak.

Dan ia hotel yang paling baru antara semua yang ada dalam list ini.

Kami suka sebab hotel ini moden.

Biliknya besar, dan fasiliti seperti gym dan bilik keluarga ada tersedia.

Lokasinya pun di pesisir bandar Ipoh.

Senang nak ronda, dan di kawasan yang senang untuk keluar dan masuk bila-bila anda suka.

The Banjaran Hotsprings Retreat

kolam renang di the banjarang hot sprng retreat ipoh
Harga BiasaRM 2100 ++
Tempah
Tempah

Nak resort bertaraf dunia yang ada swimming pool masa cuti kat Ipoh nanti?

Ini pilihan terbaik yang ada.

Penginapan kat hotel 5 bintang Ipoh ini jenis villa.

Keliling villa anda hutan dan gunung batu kapur.

Memang aman, memang tenang.

Kolam renang kat sini luas.

Ia juga ada kolam air panas dan gua steam semulajadi untuk dilayan.

Dan kalau tak cukup, boleh book villa dengan private pool untuk mandi tanpa gangguan sesiapa.

Harganya taraf bangsawan.

Tapi romantik memorinya teringat sampai anak dua, tiga.

TAHU TAK?
Pada tahun 2016, Ipoh diletak oleh Lonely Planet sebagai antara bandar terbaik Asia untuk dilawati.

The Haven All Suites

suasana kolam renang di hotel the haven ipoh waktu malam
Harga BiasaRM 840 ++
Tempah
Tempah

The Haven ini hotel di Ipoh yang ada swimming pool cukup luas.

Poolnya gaya infiniti dan menghadap gunung batu kapur.

Jadi pengalaman mandi kat sini memang epik.

Poolnya 5 tingkat – dengan jacuzzi, pool dewasa, pool anak dan kolam randuk, menjadikan kawasan kolamnya wajib cuba untuk semua usia.

Penginapan kat sini gaya apartment.

Jadi sesuai bukan saja untuk romantik berdua tapi untuk cuti santai dengan keluarga.

Tips : Hotel ini cuma 5 km dari taman tema Lost World of Tambun.

M Roof

rooftop pool di m roof ipoh
Harga BiasaRM 199 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik M Roof ini antara hotel moden dan hipster bagus kat Ipoh yang ada swimming pool.

Ia ada bilik hotel, dan juga apartmen untuk family.

Saiz kolam renang kat M Roof sederhana, tapi ia jenis infiniti dengan pemandangan menghadap Stadium Indera Mulia.

Untuk makan, ada Old Town kat bawah.

Dan kedai-kedai makan tepi stadium boleh anda lawat untuk sarapan pagi dengan berkereta atau jalan kaki.

Hotel Weil

infinity swimming pool di hotel weil ipoh perak
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel kat Ipoh yang ada pool dan dekat mall?

Ambil yang ini sebab ia kat sebelah mall Ipoh Parade – senang nak cari makan dan shopping masa cuti.

Bilik anda moden dan luas, dan saiz kolam renang pun sederhana, jenis infiniti.

Senang cerita, ini antara hotel terbaik dalam kawasan bandaraya Ipoh untuk pasangan dan family.

Kinta Riverfront

kolam di kinta riverfront
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang menghadap Sungai Kinta ini dulunya antara hotel paling popular kat Ipoh. 

Ia ada swimming pool bersaiz sederhana.

Bilik anda luas walaupun tatahias nya biasa-biasa saja.

Untuk ronda layan tarikan sekitar pekan Ipoh, bukan isu kat sini.

Dalam 10 – 15 minit pun sudah sampai destinasi. 

Hotel Impiana 

kolam renang di impiana hotel ipoh
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini fasiliti nya sudah berusia.

Walaupun begitu, ia lebih terjaga dari banyak hotel lama di Ipoh.

Ia ada kolam renang untuk dewasa dan satu kolam kecil untuk anak anda.

Dan kebanyakan bilik ada tub mandi kalau nak berendam nanti.

Kalau anda di bilik tingkat tinggi, dan kebetulan ada lumba minggu itu, anda boleh nampak lumba kuda di race course dekat hotel ini.

Untuk ke tarikan sekitar bandaraya, ia sekitar 10 – 15 minit berkereta.

Hotel Seri Malaysia

hotel seri malaysia yang ada kolam renang dewasa dan kanak kanak
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel yang sudah lama bertapak di Ipoh.

Ia juga ada swimming pool untuk dewasa dan juga satu lagi untuk anak walaupun saiznya kecil sahaja.

Bilik dan fasiliti di sini sudah berusia.

Dan hotel ini ada vibe klasik yang kurang sesuai untuk orang muda.

Ia tersorok dari jalan besar, jadi bising trafik bukan masalah kat sini. 

RPGC Garden Hotel

swimming pool luas di rpgc hotel
Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel kat Ipoh yang ada swimming pool besar untuk dewasa dan pool kecil untuk anak mandi manda.

Sebabnya ialah ia kat kelab golf Royal Perak.

Dan ia jenis apartmen, jadi anda dapat penginapan yang luas dengan bilik dan ruang tamu.

Untuk rehat dengan aman, lokasinya baik.

Dan untuk cari makan anda boleh memandu dalam 10 – 15 minit untuk ke kompleks Silveritage, pekan Ipoh atau Taman Cempaka.

Nota : Penginapan ini menganggap kanak-kanak sebagai tetamu dewasa. Jadi kalau anda suami isteri datang dengan 2 anak, anda dikira sebagai kumpulan 4 tetamu dewasa.

Meru Suites at Meru Valley Resort

meru suites valley hotel
Harga BiasaRM 420 ++
Tempah
Tempah

Ini apartmen kat Meru, Ipoh yang ada kolam renang dan terletak dalam kawasan yang tenang.

Kolam renang dewasa yang agak besar ada kat sebelah kolam anak.

Apartment anda pun dalam kawasan golf course.

Saiznya luas untuk satu family. 

Kelemahan penginapan ini adalah lokasi.

Walaupun senang untuk cari makan (di Taman Meru), tapi untuk ke bandaraya Ipoh mengambil masa 30 minit sekurang-kurangnya.

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel Ipoh yang ada kolam renang untuk anda layan nanti masa cuti.

Kat Ipoh, swimming pool kat hotelnya tak setaraf KL, Penang atau Langkawi. 

Tapi cukup kalau setakat nak hilangkan penat kerja masa cuti kat sini.

So, yang mana satu nak book nanti?