11 Hotel di Putrajaya Yang Ada Swimming Pool Best — Dari RM 180

Bagi anda yang mencari hotel di Putrajaya yang ada swimming pool, tak susah sebenarnya.

Putrajaya ada hotel-hotel antarabangsa dan mewah yang ada lengkap dengan kolam renang untuk cuti anda.

Jom kita tengok senarainya.

Marriott Putrajaya

kolam renang di marriott putrajaya yang besar
Harga BiasaRM 340 ++
Tempah
Tempah

Swimming pool kat Marriot Putrajaya ini ada 2. Satu yang siap slide air ada untuk anak, dan satu lagi yang saiznya lebih besar untuk orang dewasa.

Bilik di resort mewah ini luas dan selesa. Walaupun begitu fasilitinya bilik telah berusia.

Kalau main air di pool belum cukup, bilik anda ada bathtub.

Untuk shopping, ia dalam 5 – 10 minit berkereta ke IOI Mall dan De Centrum Mall.

Doubletree Hilton

swimming pool di hotel doubletree putrajaya
Harga BiasaRM 480 ++
Tempah
Tempah

Kalau ada satu hotel untuk anak main pool puas-puas di Putrajaya yang perlu kami pilih, inilah hotelnya.

Ada 2 swimming pool anak yang dibuat seakan taman tema mini di sini.

Dan untuk dewasa, ada kolam infiniti.

Terletak di Presint 5, nak ambil angin di tepi tasik pun boleh jalan kaki.

Pulse Grande

rooftop pool di pulse grande putrajaya
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang dibuat dalam kawasan taman ini ada infiniti pool yang besar dengan pemandangan hijau kawasan kelilingnya.

Pool untuk anak kecil ada di sebelah pool infiniti, tapi saiznya terhad saja.

Bilik di Pulse Grande pun kebanyakannya ada bathtub, kalau kolam renang hotel belum mencukupi.

Dan dengan saiz bilik yang besar, memang terasa lapang masa cuti kat hotel ini.

Zenith Putrajaya

swimming pool rooftop di zenith putrajaya
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang mahukan pool jenis moden, boleh pilih Zenith Putrajaya.

Saiz kolam renang rooftop ia sederhana, tapi pemandangannya memang power — dengan view tasik dan masjid Putra.

Untuk ke IOI Mall cuma 10 minit berkereta.

Dan selain dekat dengan pejabat kerajaan, nak bersiar-siar tepi tasik pun boleh jalan kaki saja.

Park Inn by Radisson

kolam renang di radisson park yang kecil saiznya
Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Hotel yang dekat dengan UNITEN dan Universiti Infrastruktur ini ada swimming pool kecil untuk dewasa.

Lokasi hotel ini di pesisir Putrajaya dan kalau anda nak ke tarikan atau pejabat di Putrajaya, perlu memandu dalam 15 minit ke sana.

Tapi pada harganya, dan biliknya yang moden dan selesa, ini antara hotel untuk traveller solo yang berbaloi untuk dicuba.

Dorsett Putrajaya

hotel dorsett putrajaya dengan infinity pool ada pemandangan cantik
Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini adalah hotel di Putrajaya yang ada swimming pool dewasa dan kanak-kanak di rooftop.

Dan kedua-duanya ada pemandangan Masjid Besi dan jambatan Seri Wawasan.

Untuk makan, tiada masalah kerana ia dekat kawasan Putrajaya Food Truck Hotspot. 

Bagi yang ada urusan rasmi kerajaan, lokasinya bagus.

Sebab ia dekat dengan pejabat-pejabat kerajaan macam pejabat Imigresen, pejabat Pendaftaran dan Jakim.

Le Meridien

swimming pool di hotel le meridien putrajaya yang cantik
Harga BiasaRM 430 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel di Putrajaya yang ada swimming pool jenis infinity.

Dan pool nya pun ada 2 — satu kanak-kanak dan satu dewasa, walaupun pool anak saiznya kecil sahaja.

Untuk cuci mata, hotel ini bersambung dengan IOI Mall.

Mak boleh membeli belah, dan anak remaja boleh main kat District 21 sampai lelah.

Kebanyakan bilik ada bathtub, jadi lepas puas shopping, boleh balik berendam pula nanti.

The Everly

suasana kolam renang di everly
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Bagi anda yang nak hotel di Putrajaya yang ada swimming pool, dan dekat dengan mall Alamanda, Everly jawapannya.

Pool nya kecil sahaja, dan kadar berseronok pun sederhana.

Tapi untuk senang shopping, mall Alamanda cuma di bangunan sebelahnya.  

Palm Garden Hotel

kolam di palm garden hotel putrajaya
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Hotel di sebelah IOI Mall ini ada 2 kolam renang — untuk dewasa dan untuk anak kecil anda.

Bilik anda di sini memang luas saiznya.

Dan ia ada samada tingkap besar dengan pemandangan ataupun balkoni untuk anda bersantai petang sambil minum teh panas bersama.

Untuk ke G2G Animal Gardens, Putrajaya Wetlands atau MEPS Serdang, sekitar 12 minit berkereta.

Stellar Putrajaya

stellar putrajaya yang ada kolam renang
Harga BiasaRM 380 ++
Tempah
Tempah

Nak duduk apartmen masa cuti kat Putrajaya?

Steller ini ada penginapan apartmen dan kolam renang untuk keluarga.

Kolam renang dewasanya besar.

Dan kolam untuk anak bersaiz sederhana ada kat sebelahnya.

Apartmen anda luas, dan datang dengan peralatan dapur. 

Kat Stellar, nak beli belah pun senang sebab apartmen ini berada dalam Shaftbury Mall. Mall ini pula di seberangnya ada mall Alamanda Putrajaya.

Cyberview Resort & Spa

3 kolam renang ala waterfall di cyberview resort di cyberjaya
Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini di pinggir Putrajaya, jadi anda perlu memandu dalam 15 minit kalau nak ke tarikan yang ada.

Tapi ia popular untuk keluarga sebab kolamnya yang macam kawasan kolam air dalam taman yang dalam kawasan air terjun rasanya.

Bilik di sini berusia, tapi ia masih popular disebabkan suasana hotelnya.

Pada kami, hotel-hotel yang kami telah senaraikan sudah cukup lengkap untuk anda pilih swimming pool mana yang kena dengan cuti.

Ada kolam yang untuk dewasa dan moden, ada pula yang best untuk anak main seharian sampai leka.

So, hotel Putrajaya mana satu yang anda suka?

JomJalan Seluruh Putrajaya

Senarai tarikan best di Putrajaya
Promo hotel, tarikan Malaysia
Jomjalan