penyambut tetamu coupole - hotel terbaik dan ikonik dunia

Hotel kat Vietnam ini Adalah Hotel Paling Ikonik Dalam Dunia Untuk 2020

Ini hotel de la Coupole. 5 bintang. Letaknya di Sa Pa, Vietnam. Dan ia hotel paling ikonik dalam dunia untuk 2020.

Hotel ini direka oleh arkitek terkenal, Bill Bensley. Dan susun aturnya mewah dan bangsawan — campuran tema klasik Perancis dan suku kaum asli Vietnam.

Dan ia juga ada signature Bensley — sama macam hotel Capella, Bali, (hotel terbaik dunia 2020) ataupun istana Sultan Terengganu yang dibina olehnya.

Warna cerah, funky, antik, flamboyan dan glamour dikahwinkan semuanya. Hasilnya? Susun atur dalaman yang jadi gula-gula untuk mata.

Senang cerita, ini syurga dunia untuk akak-akak yang nak instagrammable hotel masa cuti dengan kesayangannya.

Dipanggil istana atas awan, hotel ini hotel 5 bintang pertama kat Sa Pa.

Kalau kita ada Cameron Highlands, Vietnam pula ada Sa Pa.

Bezanya kat kawasan kita ada ladang teh, mereka pula ada sawah padi lereng bukit macam kat Bali.

Dan kawasan Sa Pa pun sejuk — walaupun ia biasanya dalam 15 darjah Celcius, bila hujung tahun ia turun mencecah -3 darjah Celcius.

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Jadi hotel ini ada warmer, dan juga aircond untuk layan cuaca yang boleh bertukar ekstrem ikut bulan-bulannya.

Barang dalam hotel barang antik dari tahun 1900 yang dibawa khas dari Perancis, UK dan negara Eropah lain.

Tapi lampu-lampunya semua diinspirasi dari lampu orang asli kawasan ini.

Apapun, kalau nak ke sini, bukan senang cerita. Dari Hanoi ianya trip 8 jam dalam keretapi. Dan bila sampai ke stesen Lao Caianda perlu perjalanan 1 jam lagi nak ke sini.

Bila sampai barulah boleh layan pemandangan, rehat-rehat atau esoknya naik cable car dengan buah hati.

Yang datang dengan anak, boleh tinggalkan mereka main kat Kids Club paling funky pernah kami tengok dalam hidup kami.

Untuk akak yang sedih tak dapat travel masa Covid ni, jangan merajuk ke bucu katil lap air mata.

Kami ada 2 saranan hampir sama kat Malaysia. Ya, tak semewah atau sesejuk Sa Pa. Tapi dekat lokasinya.

Kat mana?

Kat Ami Suites ataupun Arte by Thomas Chan. Dua-dua kat KL saja. Tak perlu naik flight, dan harga pun suam-suam kuku saja.

Yang kat bawah ni pool kat Arte by Thomas Chan.

pool area arte thomas chan

Dah! jangan muncung-muncung. Start kemas baju.

Empuk katil hotel tertunggu-tunggu kedatanganmu.

NOTA: Anugerah hotel paling ikonik dunia ini diberikan oleh World Travel Awards.