Anda dan keluarga ada flight di airport KLIA / KLIA2 ?
Kalau anda nak menginap di hotel berdekatannya, ini hotel-hotel yang mesra keluarga.
Jom tengok sama-sama.
Hotel Mesra Keluarga Berdekatan KLIA/ KLIA2 Airport
Dekat KLIA / KLIA2
Ini senarai hotel-hotel berdekatan KLIA1 / KLIA2 yang sesuai untuk keluarga, dengan saiz bilik dan fasilitinya.
Movenpick KLIA



Harga : RM 468 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel ini antara yang paling selesa untuk keluarga dan dekat dengan lapangan terbang KLIA / KLIA2.
Tarafnya 5 bintang. Bilik anda besar, suasana hotel tenang. Kolam renang khas wanita pun ada kalau isteri nak berenang.
Dan untuk ke airport ia ada shuttle percuma 2 kali sehari (mungkin berbeza waktu masa wabak Covid).
Jarak ke KLIA / KLIA2 : 8 km
MTree Nilai



Harga : RM 130 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel ini jauh sikit dari semua hotel kat senarai ini. Tapi antara pilihan yang masih dalam hampir dengan airport untuk anda dan keluarga.
Kat sini biliknya moden. Dan walaupun harga bilik murah, saiz bilik selesa untuk keluarga.
Untuk rehat pun baik sebab lokasinya bukan di tengah bandar utama.
Jarak ke KLIA / KLIA2 : 18 km
Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.
Hotel 99 Sepang



Harga : RM 120 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Selain bilik biasa, hotel murah di Kota Warisan ini ada bilik untuk keluarga.
Ia dekat dengan kedai makan, dan kedai runcit. Jadi senang bila lapar.
Dan walaupun harga bilik murah, ia ada lif ke bilik tingkat atas kalau anda bawa luggage besar atau dengan mak ayah yang berusia.
Jarak ke KLIA / KLIA2 : 13 km
Orange Hotel



Harga : RM 130 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel Orange ini dekat dengan Hotel 99. Dan ia ada bilik ringkas untuk keluarga yang tak jauh dari airport.
Jadi ia pun dekat dengan kedai makan, mart dan klinik, jadi tak perlu pergi jauh untuk selesaikan keperluan.
Lif bagasi tersedia kalau bilik anda di tingkat atasnya.
Jarak ke KLIA / KLIA2 : 13 km
Dalam KLIA / KLIA2
Ini tempat terbaik untuk menginap dengan keluarga kalau anda nak dekat dengan airport di Sepang – tidur di dalam terminal saja.
Aerotel Airport Hotel



Harga : RM 650 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Nak hotel yang mesra keluarga dalam airport KLIA2 ? Ini hotelnya.
Tak macam kebanyakan hotel simple dalam KLIA2 yang sesetengahnya tiada bilik air, Aerotel ini macam hotel biasa, dan selesa untuk rehat dengan keluarga.
Dan disebabkan ia dalam airport, waktu menginap flexible dan boleh untuk 12 jam sahaja.
Sama Sama Hotel



Harga : RM 570 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel Sama Sama ini tarafnya 5 bintang. Dan ia ada kat tepi airport KLIA. Dari airport ke KLIA, ia disambungkan dengan ruang pejalan kaki.
Hotel ini cukup selesa, dan lengkap dengan pool – kalau anda dan keluarga tak kisah berbelanja untuk menginap di dalamnya.
Nak ke airport KLIA 1 pun senang. Naik saja shuttle percuma dari hotel ke sana.
Nota : Ada lagi dua hotel Sama Sama di dalam airport, dan dipanggil Sama Sama Express. Kedua-duanya hanya untuk penumpang transit sahaja.
Okay, cukup kat sini dulu hotel-hotel sesuai untuk keluarga yang ada berdekatan dengan lapangan terbang klia2/ KLIA.
Kami telah senaraikan dari hotel murah kepada yang mewah untuk anda.
So, anda pilih yang mana?