Nak tidur kat hotel yang dibuat dalam shopping mall masa cuti kat KL?
No worries. Biar kami bantu.
Ini 16 hotel yang bersambung atau kat dalam shopping mall untuk senang berbelanja hujung minggu.
Nak Hotel di Shopping Mall Area Mana?
Mall Bukit Bintang

Ini senarai hotel yang paling senang untuk shopping kat Bukit Bintang. Tak perlu jalan jauh sebab mall ada kat tepi atau bawah lif hotel.
The Ritz Carlton



Harga Biasa | RM 750 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini ada spa paling famous kat KL.
Dan ia bersambung dengan ke Starhill mall dengan jejambat pejalan kaki.
Ini hotelnya kalau anda memang nak di pamper, di ulit dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Dan shopping kat Starhill sayang oi, is easy peasy.
Lokasi: Bersambung dengan Starhill Mall Bukit Bintang
The Westin



Harga Biasa | RM 380 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel The Westin pula letaknya kat sebelah Starhill.
Dari pintu ke pintu cuma 5 minit berjalan saja.
Pavillion mall pula depan mata.
Nak shopping, seberang jalan saja.
Bilik kat Westin pun besar dan selesa.
Bila letih shopping, katil Westin Heavenly Bed nya bakal buat anda tidur puas gila.
Lokasi : Di tepi Starhill Mall Bukit Bintang
JW Marriott



Harga Biasa | RM 480 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel khas untuk anda yang nak shopping jenama atasan macam Fendi, Dior, LV dan Gucci.
Hotel anda ada kat atas Starhill mall.
Jadi bila nak ke mall ini anda cuma perlu turun lif saja.
Dan dah nama hotel 5 bintang, expect segalanya mewah dan classy feelnya.
Lokasi : Di dalam Starhill Mall Bukit Bintang
Pavillion Hotel



Harga Biasa | RM 620 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Pavillion ini dalam Pavillion Mall — tempat shopping paling famous kat Bukit Bintang.
Hotel anda dibuat 13 tingkat kat atas mall.
Bila nak shopping, cuma perlu turun lif.
Hotel mewah ini bukan saja ada pool infiniti, tapi juga restoran dengan pemandangan power bandaraya ini.
Lokasi : Di dalam Pavillion Mall Bukit Bintang
Fahrenheit Suite



Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Mall Fahrenheit 88 kat Bukit Bintang ini mungkin tak gah macam mula buka.
Tapi masih lagi tempat cari barang Jepun dan Korea.
Hotel Fahrenheit Suite ada kat atas mall.
Dan selain bilik biasa, ada juga apartmen 2 bilik untuk keluarga.
Dan bila sudah tidur sini, shopping mall lain macam Starhill dan juga Pavillion pun 2, 3 minit jalan kaki saja.
Lokasi : Di dalam Fahrenheit 88 Mall Bukit Bintang
Hotel Ansa



Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ansa Hotel ini dikepit oleh 2 shopping mall Bukit Bintang.
Lot 10 kat kiri, Fahrenheit 88 kat kanan.
Jadi kalau betul nak bershopping, lokasinya memang buat semuanya senang.
Yang bagus lagi, ini bukan hotel mewah.
Jadi anda yang nak senang shopping, dan nak bilik selesa pada harga sederhana, ini antara hotel bagus yang ada.
Lokasi : Di tepi Lot 10 Mall Bukit Bintang
Hotel Berjaya



Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ada anak kecil?
Kalau anda nak layan taman tema Berjaya Times Square dan shopping dalam mall ini puas-puas, tidur saja kat Berjaya Hotel.
Hotel ini memang dibuat dalam Berjaya Times shopping center.
Dan seberangnya ada Lalaport pula.
Dan kalau bosan ronda KL, anda satu family boleh juga bersejuk-sejuk ke Bukit Tinggi.
Ada bas ulang alik kat bawah hotel ini.
Lokasi : Di dalam Berjaya Times Square mall & tepi Lalaport mall Bukit Bintang
Mall Suria KLCC

Ini kawasan shopping paling popular dalam KL. Selain Suria KLCC, ada Avenue K mall dan jambatan jalan kaki ke Bukit Bintang untuk cuci poket lagi.
Mandarin Oriental



Harga Biasa | RM 850 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Mandarin Oriental ini pula kat tepi pintu masuk ke Suria KLCC Mall.
Kalau anda nak shopping sakan dalam mall KLCC dan tak mahu jalan jauh, ini hotel paling dekat.
Aquaria, Skybridge dan taman KLCC pun dalam jarak jalan kaki.
Kat sini, selain bilik yang classy, ia juga terkenal dengan makan pagi dan hi tea.
Restoran Cina, Lai Po Heen nya pun halal untuk dinikmati.
Lokasi : Di sebelah mall Suria KLCC
Mall Nu Sentral
Aloft KL Sentral



Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Aloft ini hotel yang melekat dengan shopping mall Nu Sentral.
Dan bila bersambung dengan Nu Sentral, anda juga dekat dengan KL Sentral.
Jadi kalau nak ronda KL dengan tren, atau terus ke KLIA dengan KLIA Express cukup senang.
Hotel pun segar dan trendy.
Sesuai untuk jiwa muda mudi.
Lokasi : Di dalam mall Nu Sentral
Mid Valley Mega Mall

Ini shopping mall gergasi yang penuh kedai yang buat kaki lesi satu hari. Kat bawah ini ada 2 hotel yang berada dalam mall ni kalau letih nak balik hari.
The Gardens



Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel St Giles the Gardens ini letaknya di sebelah bahagian The Gardens Mid Valley mall.
Dan ia bersambung ke mall ini di kawasan lobi.
Untuk yang datang berdua, ada bilik hotel biasa.
Tapi kalau datang dengan family, boleh pilih apartment 1 atau 2 bilik untuk lebih selesa.
Yang bagusnya, area ini tak sesak macam Mid Valley tapi masih senang nak shopping pagi atau malam hari.
Lokasi : Di dalam mall Midvalley
Hotel Cititel

Harga Biasa | RM 180 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Cititel ini ada dalam hotel Mid Valley.
Sesuai sangat untuk shop till you drop sebab tak perlu keluar dari mall untuk balik bilik.
Dan disebabkan ia hotel 3 bintang, harganya pun sederhana.
Pada kami kalau anda mahu hotel selesa untuk shopping di Mid Valley ini patut jadi pilihan pertama.
Lokasi : Di dalam mall Midvalley
Mall Sunway Putra
Hotel Sunway Putra

Harga Biasa | RM 199 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Sunway Putra ini dibuat dalam Sunway Putra Mall.
Mall ini tak terkenal macam shopping mall yang ada di Bukit Bintang.
Tapi depan mall ini ada bangunan PWTC.
Yang datang shopping dan tidur sini selalunya orang yang ke PWTC sebab expo, appointment vaksin Covid ataupun mesyuarat parti.
Lokasi : Di dalam Sunway Putra Mall
Mall di PJ

Ada 2 kawasan kat PJ dengan mall besar, dan hotel yang bersambung terus dengan tempat anda bershoppping.
Hotel One World

Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Bosan kat KL? Nak shopping kat PJ?
Book hotel One World sebab hotel ini bersambung dengan Mall 1 Utama.
Mall besar ini bukan saja anda macam-macam outlet, ia juga ada tempat nak buat indoor skydiving.
Dan kalau nak layan makanan Cina pun, restoran Zuan Yuan kat hotel ini halal.
Restoran ini kalau hujung minggu ada all-you-can-eat untuk makan tengahari.
Kenyang lah makan dimsum nanti.
Lokasi : Di dalam mall 1 Utama
Royale Chulan Damansara

Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Untuk anda yang nak shopping perabot kat Ikea Damansara dan nak layan mall The Curve, ini hotel yang patut anda book.
Hotel ini bersambung dengan the Curve.
Dan nak ke Ikea, dan tinggalkan anak main kat Kidzania, jalan kaki saja.
Pilih nak pergi yang mana.
Ada mall kat tepi, dan IKEA depan mata.
Lokasi : Di tepi mall The Curve & bertentangan IKEA Damansara
Sunway Pyramid Mall

Sunway Pyramid mall ini antara mall paling sibuk dan meriah — sebab ada 1000 kedai, ice skating rink, taman tema Sunway Lagoon dan pusat konvensyen.
Sunway Resort



Harga Biasa | RM 490 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Sunway Resort ini resort 5 bintang yang dekat dengan mall Sunway Pyramid.
Bilik kat sini bukan saja mewah, tapi pool untuk anaknya pun special.
Dia panggil kawasan poolnya Aquaventure playland.
Hotel ini bersambung terus ke Sunway Pyramid mall.
Cuma kena rajin sikit menapak dari bilik.
Lokasi : Bersambung ke mall Sunway Pyramid
[static_content id=”25022″]
Hotel Sunway Lagoon

Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel yang dibuat di tepi shopping mall Sunway Pyramid.
Dan memang dibuat bersambung terus ke Sunway Pyramid.
Sesetengah bilik ada view taman tema Sunway Lagoon.
Dan kalau nak ke situ pun boleh saja jalan kaki.
Lokasi : Bersambung ke mall Sunway Pyramid
Hotel Sunway Pyramid

Harga Biasa | RM 270 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Sunway Pyramid ini ada dalam mall Sunway Pyramid.
Kedua-duanya bersambung kat Ground Floor.
Ia juga ada bilik yang termurah di antara semua hotel yang bersambung terus dengan mall ini.
Jadi kalau memang nak shopping, dan nak jimat kat harga bilik, pilih yang ini.
Lokasi : Di dalam mall Sunway Pyramid
Tips : Nak masuk Sunway Lagoon? Ini dia tempat beli tiket Sunway Lagoon yang murah dari walk-in.
Mall IOI Putrajaya

Ada kursus kat Putrajaya, atau ada urusan kerajaan? Ini hotel yang dibuat dalam mall untuk family anda layan sementara anda settlekan urusan.
Hotel Le Meridien

Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Yang nak lepak cuti Putrajaya, dan nak shopping puas-puas, book hotel Le Meridien.
Hotel ini dibuat dalam IOI mall.
Dan bersambung dengan mall kat tingkat G.
Bila dah kat mall, bukan saja anda boleh shopping berhabis-habisan, tapi anak boleh layan ice skating atau main kat taman tema District 21.
Hubby? Padang golf ada kat tepi.
Senang cerita, tak perlu keluar dari kawasan ini kalau nak bercuti dan happy satu family.
Lokasi : Di dalam IOI City mall
Okay guys, ini semua kami sudah senaraikan semua hotel-hotel di KL & Putrajaya yang ada dalam mall, bersambung ataupun sebelah saja dengan shopping mall yang power-power.
Ada hotel 3 bintang sampailah 5 bintang.
Memang senanglah nak beli belah dan cuti power pada masa yang sama.
So, anda nak book hotel yang mana?