hotel di kl yang breakfast sedap dan best

10 Hotel di Kuala Lumpur Yang Ada Breakfast Best & Power

Nak makan macam raja?

Jom book hotel kat KL yang ada breakfast best dan power — yang penuh pilihan dan dalam suasana syok untuk santai lama-lama.

Kat bawah ini kami senaraikan 10 hotel-hotel di Kuala Lumpur yang terkenal sebab makan paginya.

Hotel Four Seasons

makan pagi di the four seasons kuala lumpur best sebab penuh pilihan dan ruang makan nya macam dalam taman
Harga BiasaRM 1300 ++
Tempah
Tempah

Kalau makan sarapan yang power penting untuk anda, ini hotelnya.

Sarapan paginya dikatakan antara yang paling sedap antara hotel-hotel di KL yang ada.

Dari puri dan bubur kepada waffle, sampailah ke hidangan ringkas macam nasi goreng pun yummy belaka.

Dengan staf yang sentiasa mengisi cawan capuccino anda dan suasana restoran Curate yang penuh bunga, ini antara tempat sarapan di hotel KL yang power dan istimewa.

Hotel Shangri-La KL

aneka pilihan makanan semasa sarapan di Lemon Garden Cafe, Shangri-La Kuala Lumpur menjadikan ia antara hotel dengan breakfast paling best kat KL
Harga BiasaRM 570 ++
Tempah
Tempah


Makan pagi di Shangri-La bukan saja sedap, tapi juga terjamin.

Sebab restoran Lemon Garden ini ada sijil halal Jakim.

Kat restoran yang artistik ini, anda bukan saja boleh makan makanan warung macam roti canai dan nasi lemak sambal sotong, tapi juga lauk Western, Jepun dan Cina — macam sushi, dimsum dan salmon.

Untuk anda yang selera besar dan suka mencuba, ini antara hotel dengan breakfast power kat KL yang patut ada.

Grand Hyatt KL

sarapan pagi di Thirty8 Hotel Hyatt dengan pemandangan KLCC -- memang best!
Harga BiasaRM 510 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda bangun awal dan dapat tempat duduk di Thirty8, anda akan dapat makan sarapan dengan pemandangan cantik ibukota.

Sesuai sangatlah kalau datang berhoneymoon dengan yang tercinta.

Kebanyakan makanan disediakan oleh chef anda kat depan mata.

Jadi makanan anda panas, segar dengan bau yang buka selera.

Pilihan memang banyak.

Ada sashimi, ada pastry. Dan teh pun penuh variety.

Senang cerita, ini satu lagi hotel KL dengan breakfast power untuk anda yang nak cuba lauk dari seluruh dunia.

Tips : Ini antara hotel di Kuala Lumpur yang ada view KLCC paling best.

W Hotel KL

breakfast best dan sedap di w hotel kl. duduk kat sini pun ada class
Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

W Hotel KL ini satu lagi hotel yang buat anda tak sabar bangun pagi untuk layan sarapannnya.

Kat sini, makanannya dibuat fresh, unik dan berseni.

Ada cheese Malaysia, telur ayam kampung, madu tualang, sampailah salad organik untuk anda nikmati.

Pilihan banyak (dari makanan lokal dan luar negara).

Dan setiap satu pun dimasak dengan pemilihan bahan yang teliti.

Dengan suasana hotel yang cantik, makanan artistik, anda akan makan sarapan dalam suasana yang cukup fantastik.

Hotel Traders KLCC

Harga BiasaRM 450 ++
Tempah
Tempah

Hotel di sebelah KLCC ini terkenal dengan buffet makan pagi di Gobo Chit Chat yang penuh pilihan.

Tak kisah selera anda Melayu, Cina, Jepun ataupun Western, memang banyak yang boleh dicuba.

Suasana paginya agak sibuk sebab ini hotel yang dihuni ramai eksekutif luar yang menginap sebab kerja.

Tapi kalau anda datang dengan keluarga, boleh minta kawasan tepi yang lebih tenang untuk sarapan bersama.

Tips : Hotel ini diletak di tempat ke-3 untuk hotel dengan sarapan pagi terbaik dunia, mengikut data dan review pengunjung di Tripadvisor.

Hotel St Regis

 perancis yang banyak semasa makan breakfast di hotel st regis
Harga BiasaRM 900 ++
Tempah
Tempah

Nak makan macam kat Perancis? Datang sini.

Dari menu made to order, anda akan dapat sarapan cara orang kaya.

Contohnya, anda akan jumpa telur dikahwinkan dengan truffle atau caviar.

Tapi kalau tekak masih orang Malaysia, boleh juga order nasi lemak dan roti jala.

Kat kawasan buffet, ada roti-roti dan pilihan pastry.

Bau kat sini memang membuka selera pagi. Dan ada juga mee, yoghurt sampailah ke salmon untuk beri tenaga untuk ronda KL nanti.

Pilihan sarapan tak besar.

Tapi untuk yang nak rasa lauk Perancis pagi-pagi, datanglah menginap sini.

Mandarin Oriental

makan pagi mewah di hotel mandarin oriental klcc
Harga BiasaRM 850 ++
Tempah
Tempah

Pilihan di Mandarin Oriental, KLCC ini tak sebanyak yang anda jumpa di hotel 5 bintang lainnya.

Tapi kualiti makanan pagi dan petangnya top class.

Dan anda makan dalam suasana mewah.

Anda boleh custom telur di egg station, layan pastry sedap-sedap dan cuba dim sum yang halal masa di sini.

Kalau nak makan tenang-tenang, dan dilayan macam raja, bolehlah ke Mosaic dengan keluarga.

Tips : Ini hotel yg paling dekat dengan menara KLCC.

[static_content id=”25022″]

Hotel Le Meridien

Harga BiasaRM 250 ++
Tempah
Tempah

Kat restoran Latest Recipe ini makan pagi untuk hari biasa, anda pilih dari menu.

Tapi ia secara buffet kalau hujung minggu.

Kat sini, antara menu yang hot ialah grill Jepunnya.

Chefnya juga masak steak, udang dan ayam panas-panas sepan mata.

Yang nak makan seafood dan salad pagi-pagi pun boleh.

Yang lidah Malaysia, ada makanan Cina, Melayu, India yang boleh anda rasa.

Untuk buffet pagi, pilihan memang cukup besar.

Kalau tengah berdiet, bakal tersasar.

Hotel Istana

breakfast di hotel istana kuala lumpur yang banyak pilihan dan sedap
Harga BiasaRM 295 ++
Tempah
Tempah

Penting : Sayangnya hotel ini telah ditutup mulai Sep 2021 akibat wabak Covid. Info di bawah ditulis sebelum ia ditutup dan hanya utk rujukan sahaja.

Ini hotel yang sejak berzaman terkenal dengan breakfast buffet yang penuh pilihan.

Jumlah makanan untuk dipilih besar — dari India dan Melayu sampailah Eropah.

Jadi setiap pagi, pasti ada lauk baru yang boleh anda explore masa duduk di hotel ini.

Tak hairanlah yang ada yang menginap kat sini lama-lama.

Salah satu highlight kata mereka, ialah sarapannya yang tak jemu nak dicuba.

The Chow Kit

makan pagi best di the chow kit kuala lumpur
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Anda jenis lambat makan sarapan?

Kalau ya, hotel ini sesuai untuk anda dan seangkatan.

Sebab kalau hujung minggu, breakfast kat sini dibuka sampai masuk waktu brunch.

Boleh makan lewat, dan jimat duit lunch. 

Kat sini, makan paginya jenis ala carte. Ia ada 6 pilihan menu.

Ada menu Western, dan menu Melayu.

Restoran kat The Chow Kit ini sebenarnya antara restoran baru terbaik pilihan CNN.

Lauk dihidang pun penuh bergaya — memang sesuai di upload kat IG untuk tatapan semua.

Yang kami kurang gemar satu — tempat makannya kat tempat sama di bar hotel itu.

Okay, lengkap sudah koleksi 10 hotel di KL yang ada sarapan best-best dan power.

Ada hotel baru, dan ada hotel yang dah lama.

Tapi semuanya ada reputasi sebagai antara hotel dengan breakfast yang istimewa.

Yang mana satu yang anda nak cuba?