Tercari-cari hotel dengan swimming pool yang best untuk cuti kat KL nanti?
Biar kami bantu.
Ini hotel-hotelnya di KL yang ada kolam renang padu.
Hotel di Kuala Lumpur ada Swimming Pool Best
Yg Instagrammable : KL Journal, Hotel W, Ami Suite
Yg Romantik : Villa Samadhi
Pool Infiniti
Ini hotel-hotel kat Kuala Lumpur yang ada swimming pool jenis infiniti
Aloft Kuala Lumpur Sentral
Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel yang trendy kat KL Sentral.
Famous dengan infinity poolnya yang lawa bila malam.
Lokasi hotel pun power.
Nak ke mana-mana senang, sebab stesen train dekat dengan hotelnya.
Dan kalau setakat nak shopping, jalan kaki saja ke mall Nu Sentral.
Mall ini bersambung dengan hotel anda.
Sunway Velocity
Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi hotel dekat mall KL yang ada rooftop swimming pool infiniti yang best.
Saiz swimming pool anda sederhana.
Tapi suasana malamnya istimewa untuk hotel di sekitar areanya.
Bilik? Ceria dan muda.
Dan murah untuk saiznya.
Somerset Kuala Lumpur
Harga Biasa | RM 255 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Penginapan ini pula gaya apartmen.
Dan ia pun ada swimming pool dengan view puncak menara KLCC.
Dan bagus lagi, kat tepi pool infinity nya ada pool kanak-kanak dan jakuzzi.
Senang cerita, kalau datang dengan family, dan nak layan pool masa cuti, Somerset patut ada dalam list you nanti.
Mandarin Oriental
Harga Biasa | RM 850 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda nak hotel yang ada pool infiniti yang bagus, dan dekat dengan KLCC, Mandarin Oriental patut dalam shortlist nanti.
Poolnya besar dengan pemandangan area keliling Menara Berkembar Petronas itu.
Kalau sudah puas mandi, boleh ke mall Suria KLCC.
Makanan kat hotel mewah ini pun special.
Dari high tea ke dimsum Cina yang famous dan halal.
Tips : Hotel ini bukan saja dalam jarak jalan kaki ke mall Suria KLCC, tapi sesetengah bilik ada view lawa KLCC.
Capri by Fraser
Harga Biasa | RM 380 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kat Bukit Bintang ini hotel baru di Kuala Lumpur.
Dibuka hujung 2021 saja.
Selain bilik yang moden, ia juga ada infiniti pool best dengan view Menara TRX (juga dipanggil Exchange 106).
Yang best lagi, ia cosy.
Dan dengan mesin kopi dan microwave dalam setiap bilik, tempat ini terasa macam kat rumah mewah sendiri.
Tips : Parking kat sini jenis bertingkat dan naik lif. Sesuai untuk yang nak mencuba teknologi Jepun, tapi mungkin lambat menunggu bila waktu peak.
Pavilion Kuala Lumpur
Harga Biasa | RM 620 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Pavillion ini bukan saja ada kolam renang inifiniti, tapi juga dekat dengan mall kat area Bukit Bintang.
Bilik anda selesa, dan gayanya moden – sesuai untuk berdua atau dengan family.
Untuk akak-akak, hotel ini memang diidam-idam.
Sebab selain puas berendam, senang shopping dari pagi sampai malam.
EQ KL
Harga Biasa | RM 580 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel serba mewah ini memang best untuk honeymoon dan anniversary.
Dan ia pun ada pool power untuk anda layan masa cuti.
Dan sebab bilik-biliknya kat tingkat atas, pemandangan dari bilik memang cantik.
Harga memang boleh buat panik.
Tapi berbaloi untuk pengalaman sekali seumur hidup, cik adik.
Pool View KLCC
Ini pula senarai hotel-hotel di Kuala Lumpur yang ada swimming pool dengan view Menara Berkembar KLCC — tak kisah samada ia jenis inifinity atau di rooftop — untuk anda layan pemandangan masa mandi.
W KL
Harga Biasa | RM 1200 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak rasa hotel serba posh lagi glamour? Cuba yang ini.
Antara banyak pool di KL, ini mungkin antara hotel dengan view pool paling instagrammable yang ada.
Kalau tak mandi pun, boleh bergambar untuk para follower.
Cuma pada kami, ia lebih sesuai untuk couple yang nak honeymoon atau bercuti.
Kurang sesuai untuk family.
Tips 1 : Anda boleh jalan kaki dari hotel ini ke KLCC. Dan setelah anda menyeberang jalan menghadap KLCC, ada spot bagus untuk anda ambil foto dengan latarbelakang menara itu.
Tips 2 : Ada 2 kedai mamak popular berdekatan hotel ini. Nasi Kandar Pelita di sebelah kiri dan NZ Curry House di seberang jalan.
The FACE Suites
Harga Biasa | RM 255 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini penginapan gaya homestay apartmen dengan swimming pool yang boleh anda cuba kat KL nanti.
Pemandangan pool infiniti nya bila waktu malam memang cantik.
Menara KL terbentang depan mata.
Memang panoramik.
Cuma disebabkan pemandangan begini, kat pool ramai yang mandi – walaupun bukan hari cuti.
Banyan Tree Kuala Lumpur
Harga Biasa | RM 1300 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ultra mewah ini ada swimming pool dengan pemandangan power.
Tapi ada kemungkinan anda tak sempat menjenguknya pun.
Bukan apa, bilik anda pun sudah cozy.
Siap ada tub mandi dengan pemandangan cantik KLCC.
Disebabkan harganya luar biasa, ia memang cuma dalam radar orang berada.
Ngam sangat untuk sambut hari istimewa.
Tips : Anda kena layan hotel-hotel best lain sebelum ke sini. Sebab poolnya sederhana saiznya, dan biliknya pula antara yang paling mahal kat dalam negara ini.
IBIS KL City Center
Harga Biasa | RM 260 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau bajet sederhana, tapi nak hotel di KL yang ada swimming pool lawa, cuba IBIS pula.
Jenama hotel dari Australia ini memang hip biliknya.
Ceria sini, ceria sana.
Harga biliknya taraf ramai mampu.
Dan kalau nak ke area KLCC pun tak jauh memandu.
Pool Unik
Ini pula hotel Kuala Lumpur yang ada kolam renang yang unik — samada moden, gaya resort atau pun instagrammable untuk tatapan followers anda.
The KL Journal
Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda orang muda yang nak pool lebih kepada nak bergambar, ini hotelnya.
Kawasan pool kat hotel Bukit Bintang ini cantik.
Macam set video muzik.
Apapun, suasananya lebih pada untuk yang honeymoon berdua.
Ia kurang sesuai untuk keluarga.
Tips 1 : Kedai makanan Arab yang viral dengan kebabnya, Damascus Bukit Bintang cuma 6 minit jalan kaki dari hotel ini.
Le Meridien KL
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel mewah kat KL Sentral ini berkongsi pool dengan Hilton di sebelahnya.
Pool kat sini dibuat gaya resort.
Ia luas dengan pokok kelapa dan kawasan yang santai untuk anda rehat kat kerusi malasnya.
Bilik anda? Moden dan selesa.
Makanan kat sini pun ramai yang suka.
Villa Samadhi
Harga Biasa | RM 850 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Villa special yang ini tak jauh dari KLCC.
Ia ada swimming pool ala Bali.
Dan berbeza dengan hotel ada pool lain kat KL, yang ini hanya untuk dewasa sahaja.
Memang ngam untuk honeymoon atau sambut anniversary dengan cinta hati.
Sekali masuk, memang rasa macam holiday jauh kat pulau peribadi.
Dan memang dibuat untuk orang dewasa, dan bukan keluarga.
Dengan vibe begini, memang ada harapan satu hari memerap dalam villa jawabnya nanti.
Tips : Kami tekankan lagi yang penginapan ini adult-only. Jangan pula anda book kalau ada anak kecil sekali.
[static_content id=”25022″]
Hyatt House
Harga Biasa | RM 310 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel apartmen kat Mont Kiara ini bukan saja luas biliknya, tapi moden swimming poolnya.
Hotel ini dibuka sebelum saja Covid melanda.
Jadi fasilitinya moden dan baru-baru belaka.
Kalau nak shopping pun easy peasy. Mall 163 ada kat tepi.
Ami Suites
Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kami tutup list ini dengan hotel gaya Perancis.
Hotel ini ada pool macam alam bunian.
Bila malam, gaya artistik dan lampunya buat suasananya rasa out of your mind.
Tempat ini okay untuk datang dengan family.
Dan kalau untuk anniversary pun best datang sini.
Ia ada suasana oversea, tapi harga dalam negeri.
Tips : Kalau pool yang anda cari ialah untuk anak, mungkin lebih baik ke Putrajaya dan pilih hotel yg ada pool best di sana.
Okay, cukup sudah senarai hotel-hotel dengan pool best di Kuala Lumpur untuk anda pilih masa cuti ke sini.
Ada pool infiniti, dan ada juga kolam renang yang bagus untuk jadi kawasan bergambar buat instagram anda nanti.
So, yang mana tersangkut kat hati?