Omai! 17 Hotel Terkenal di Malaysia Dah DiTutup Kerana Covid-19 (Dikemaskini)

Industri hotel di Malaysia tenat sejak adanya homestay dan Airbnb. Akan tetapi Covid-19 menekan kewangan hotel sehingga banyak yang dijangka bakal menutup pintu mereka tahun ini.

Hotel-hotel melalui waktu sukar terutama pada waktu Covid-19 kerana tiada lagi tetamu yang bermalam di premis mereka.

Berikut adalah senarai hotel-hotel terkemuka di Malaysia itu yang terpaksa mengambil keputusan perit, menutup terus operasi akibat impak wabak Covid-19.

Syeun Hotel, Ipoh

hotel syeun ipoh

Hotel 4 bintang yang dibuka pada 1993 ini adalah antara hotel tertua di Ipoh. Ia sebenarnya rugi sejak 3 tahun sebelum wabak Covid-19. Ia dibuka mengharapkan untung sempena tahun melawat Malaysia 2020. Akan tetapi sebaliknya yang berlaku.

Hari terakhir buat 155 pekerjanya di sini adalah pada 31 Mei 2020. 

Travelodge, Ipoh

travelodge ipoh

Hotel ini pula baru sahaja dibuka pada bulan Januari 2020. Dan bertahan tidak sampai 6 bulan kerana bakal ditutup pada bulan May 2020. Hotel dengan lebih 250 bilik ini sebenarnya adalah satu-satunya hotel jenama antarabangsa yang ada di bandar Ipoh.

Ada beberapa lagi hotel dengan jenama Travelodge di Malaysia, termasuk di Penang dan Kuala Lumpur. Tidak diketahui jika hotel-hotel di lokasi tersebut juga bakal tutup.

Kinta Riverfront, Ipoh

kinta riverfront

Dibuka pada 2012, hotel ini telah rugi berbulan sebelum Covid. Akan tetapi menurut pihak hotel, sejak PKP, hotel ini rugi berjuta ringgit kerana tempahan yang dibatalkan.

Hotel 318 bilik ini ditutup pada 30 April, dan notis penutupan disebarkan kepada 150 pekerjanya menyatakan yang hotel ini tiada pilihan lain akibat “krisis kewangan yang mendalam”.

Tower Regency, Ipoh

tower regency

Memo dalaman hotel mendakwa bahawa ia bergelut dengan kerugian berjuta ringgit sejak 3 tahun lalu. Akan tetapi 140 kakitangannya tidak mengetahui keadaan kewangan pihak hotel yang bermasalah.

Hotel yang dibuka pada 2009 ini dilaporkan menutup pintunya pada hujung April 2020.

Jazz Hotel, Penang

jazz hotel

Hotel 30 tingkat yang dibuka dengan konsep hotel muzik ini, hanya baru setahun beroperasi. Ia telah mengumumkan yang tidak akan menyambung operasi walaupun selepas tempoh PKP. 

Hotel 4 bintang yang dianggap antara hotel honeymoon terbaik di Penang ini dikatakan berusaha mencari pelabur baru untuk meneruskan operasinya tetapi gagal.

Jerejak Resort, Penang

jerejak resort

Sebelum wabak Covid, resort ini sebenarnya merancang untuk membina jambatan terus dari pulau ini ke Pulau Pinang. Ia juga berura-ura membina kondominium, hotel dan taman tema dalam pulau Jerejak.

Perancangan lain ialah menjadikannya bebas kereta, dan hanya basikal dan kenderaan elektrik sahaja dibenarkan di sini.

Kini, ia tidak akan menjadi realiti akibat Covid-19.

Mercure, Penang

hotel mercure penang

Hotel 4 bintang di Tanjung Bungah yang menghadap laut Andaman ini diumumkan ditutup pada waktu yang sama seperti hotel Jazz.

Menurut pihak hotel, mereka tiada alternatif lain kerana serangan wabak Covid-19 di seluruh dunia menyebabkan ia tiada tetamu.

Hotel Penaga, Penang

hotel penaga

Hotel butik 4 bintang yang dibuat dalam bangunan kolonial 2 tingkat ini menutup pintunya sejak 30 April. 

Ada yang menyatakan ianya penutupan terus. Dan ada ura-ura mengatakan yang ia bakal dibuka semula pada Ogos, jika mood melancong kembali semula seperti di China.

Gurney Resort, Penang

Hotel 4 bintang di Georgetown ini menutup 259 biliknya dari operasi mulai hujung April 2020.

Hotel yang popular di kalangan keluarga yang bercuti ke Penang ini, walaubagaimanapun mungkin ditutup sementara sahaja.

G Tower, KL

Hotel dengan 180 bilik ini menutup pintunya selepas lebih 10 tahun menapak dalam kawasan segitiga emas Kuala Lumpur.

Menurut pihak hotel, pihak hotel tiada jalan lain, kerana kadar tetamunya rendah disebabkan adanya hotel-hotel baru di sekitar KLCC dan juga bilangan homestay dalam apartmen yang meningkat di kawasan berkenaan.

Invito Residence, Kuala Lumpur

Penginapan apartmen di Bangsar ini yang ada lebih 204 unit ini bakal menutup pintunya mulai Jun 2020.

Menurut pengumuman syarikat, walaupun pemotongan belanja yang ketat dibuat, ia masih gagal untuk meneruskan operasi.

Para pekerja telah dinasihatkan untuk memohon Elaun Mencari Pekerjaan dari Perkeso.

Park Royal Kuala Lumpur

Hotel ini tidak ditutup selama-lamanya. Akan tetapi, mengambil peluang penutupan Covid, Park Royal mengambil keputusan menutup hotelnya untuk pengubahsuaian dan naik taraf.

Untuk itu ia ditutup untuk 15 bulan dan kesemua pekerja diberikan VSS.

Ramada Plaza, Melaka

ramada melaka

Hotel 5 bintang yang dulu dikenal sebagai Renaissance Melaka adalah hotel antarabangsa pertama di Melaka, dan telah beroperasi di sini selama lebih 30 tahun.

Diuruskan oleh Wyndham Group dari Amerika, iaitu kumpulan hotel terbesar dunia, hotel ini baru sahaja menaiktaraf suraunya menjadi surau terbesar dalam mana-mana hotel Melaka.

Akibat impak dari Covid-19, ia telah pun memberi notis pemberhentian operasi mulai 30 Jun kepada para pekerjanya. Wyndham mempunyai beberapa lagi hotel di bawahnya di Malaysia. Nasib hotel lain ini belum dapat dipastikan buat masa ini.

Hotel Emperor, Melaka

Hotel lama dengan 228 bilik ini mengalami masalah kewangan sejak kes Covid-19 bermula di China lagi.

Walaupun notis penutupan hotel ini dihebahkan pada bulan Mei 2020, bangunannya sebenarnya telah disenaraikan oleh agensi penjual hartanah Hnery Butcher dari April lagi.

Ini bermakna hotel ini bakal tutup buat selama-lamanya.

Shah Beach Resort, Melaka

Hotel dekat dengan Klebang Melaka ini telah melaporkan kepada pihak Kesatuan Hotel yang ia menutup operasi hotel sepenuhnya.

Hotel bergaya Melayu ini sudah beroperasi di Melaka sejak 1971, menjadikan ia antara hotel paling tua di kawasan Tanjung Kling.

Keadaan kewangan hotel ini mungkin sangat buruk kerana cawangan hotel ini di Petaling Jaya juga dikatakan menerima nasib yang sama.

Four Points Sandakan

Hotel 5 bintang terkenal di Sandakan yang cukup dikenali kerana pemandangan indah dari bilik ini bakal menutup pintunya mulai Jun 2020.

Hotel yang dibuka sejak 2012 ini selalu digunakan oleh penjawat awam. Sayangnya, ia menjadi lebih terkenal kerana sebab yang buruk — iaitu kes skandal Azmin Ali yang menggemparkan seluruh Malaysia.

Maklumat rasmi dari Marriot International tentang penutupannya masih belum dikeluarkan. Akan tetapi memo dalamnnya tentang penutupan telahpun tular di media sosial.

Berjaya Tioman Resort, Pahang

Setelah lebih 50 tahun beroperasi di Pulau Tioman, Berjaya Tioman akhirnya tidak berjaya melawan kesan virus Covid-19.

Ia bakal ditutup mulai 15 Jun, sekaligus dinaiktaraf untuk satu masa yang belum dimaklumkan.

Oleh kerana waktu penutupan dijangka panjang, kesemua pekerja akan mula diberhentikan bermula 15 Jun, dengan pampasan dianggarkan berjumlah RM 8 juta.

Resort-resort lain milik Berjaya Group masih kekal dibuka.

Jumlah Yang Hilang Pekerjaan

Dalam kenyataan mereka, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) menyatakan bahawa sehingga bulan Mac, 2041 pekerja dari industri ini telah diberhentikan. 9,773 diberi cuti tanpa gaji manakala 5,054 dikenakan pemotongan gaji.

Melihat kepada trend, jumlah di atas akan terus meningkat kerana anggaran 15% hotel di Malaysia bakal ditutup terus akibat impak dari Covid-19. 

Beberapa hotel lain di Melaka seperti Estadia dan Hatten dikatakan telah pun memberi memo untuk cuti tanpa gaji kepada pekerja mereka.

Banyak Hotel Disenarai Untuk Dijual

Apa yang membimbangkan lagi, jumlah hotel yang diletak untuk dijual semakin bertambah dari hari ke hari.

Carian di Iproperty memperlihatkan pelbagai jenis hotel disenarai untuk dijual , dari bajet hingga ke 5 bintang. Lokasinya dari Ipoh sehinggalah kawasan tumpuan pelancong seperti Bukit Bintang.

Senarai hotel yang ditutup akibat Covid-19 ini akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

p/s Perlu ujian Covid? Dapatkan ujian swab test di rumah atau secara di drive thru

  1. Dengar citer ada hotel yg bg vss sehingga rm 100 ribu kepada staff yg 25 thn
    Untung la

  2. ada jer hotel yang ada kes covid kat kl ni tapi tak tutup..biasala……tengok siapa di belakangnya,,hu hu…aku tau sebab aku kerja kat situ.,,walaupun kes covid tapi kami kerja macam biasa malah lagi penat sebab, staf dah kurang kerja berlmabak…guest check in macam biasa,,cuma ada pengurangan sedikit sahaja…biasala tengok la sipa di belakangnya,,,bos aku bukan orang famous tapi property dia memang famous laaa…sebut nama semua orang kenal..

  3. Iskandar Suhaimi says:

    Aamiin. Ada ura-ura yang kata hotel kat atas ada yang rancang nak buka dalam July atau Ogos. Moga diorang dapat kerja semula.

  4. Moga mereka yang di berhantikan kerja mendapat kerja semula dan permudahkan urusan mereka..

  5. Iskandar Suhaimi says:

    Ya, Amir.

    Industri travel memang nampak naik sebelum Covid-19. Tapi untung hotel tak serancak dulu.

    Banyak yang bertahun rugi sbb bukan persaingan dari hotel. Persaingan terbesar hotel ini sebenarnya dari dari homestay dan airbnb.

    Tu sebab banyak hotel yang harga biliknya sekarang dengan 10 tahun lepas, sama je.

  6. Agak terkesan juga ya sehinggakan ada hotel yang terpaksa ditutup. Tetapi hotel di kawasan membangun dan pusat peranginan memang mempunyai persaingan yang agak tinggi.

Comments are closed.

Jomjalan