Untuk anda yang mahu ber honeymoon di Langkawi, ini hotel untuk honeymoon yang terbaik di pulau ini.
Romantik? Dah pasti.
Memori? Sampai bercucu pun ingat lagi.
Hotel Honeymoon Terbaik Langkawi
The Datai
Harga Biasa | RM 1300 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Dengan pantai persendirian taraf dunia, dan hotel yang dipeluk hutan dara, The Datai memang lokasi romantik di Langkawi yang sempurna.
Bath tub ada di dalam setiap bilik.
Untuk anda yang mahu lebih umphh, pilih villa yang ada private pool.
Boleh terus terjun dalam pool bila bangun dari katil.
4 restoran yang ada di sini cukup untuk selera semua.
Dari selera Melayu dan Eropah sehinggalah Thai dan makanan laut, semuanya mempunyai keistimewaan dan suasana mewah tersendiri.
Pendek kata, ini antara resort terkemuka dunia yang anda mahu duduk berdua di dalam nya sampai bila-bila.
Ada bekas honeymooners kat sini yang kata, ini resort yang wajib dirasa, dan jadi gold standard untuk resort-resort Malaysia.
Tanjung Rhu Resort
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini adalah yang paling murah dalam senarai kami.
Dan ia dibina di pantai persendirian Tanjung Rhu, iaitu antara pantai tercantik di Malaysia.
Bilik anda tatahiasnya berusia, tapi yang menjadikan ia romantis ialah suasana senjanya.
Hotel ini terpencil.
Jadi sesuai sangat untuk anda yang mahu sentiasa berdua sepanjang masa.
Dan anda berdua mahu pemandangan romantis sebagai elemen terpenting untuk honeymoon di Langkawi nanti.
Pelangi Beach Resort
Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda tak suka hotel terpencil untuk bulan madu, Pelangi Beach Resort di Pantai Cenang ini salah satu pilihan yang ada.
Hotel dengan gaya kampung Melayu ini ada lebih 300 bilik, jadi sesuai untuk anda yang tak mahu resort honeymoon yang sunyi di kawasan hutan.
Bila malam, anda berdua boleh berjalan ambil angin di tepi pantai Cenang.
Bila petang, boleh duduk di verandah sambil makan petang.
Dan bila malam, anda berdua boleh makan di restoran dalam resort atau keluar ke kedai makan yang banyak di kawasan ini.
Tempat tarikan seperti Underwater World dan Laman Padi juga dekat untuk anda pergi.
3 Tarikan Paling Top Kat Langkawi
The Andaman
Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda dan si dia mahu diulit kemewahan, mahu beraktiviti sosial, dan merasa istimewa hutan Langkawi, The Andaman ini tempatnya.
Di sini, anda boleh berbulan madu sambil menghidupkan batu karang yang dulunya musnah di kolam batu karang hotel.
Untuk jungle trekking, ada nature walk pada awal pagi atau senja.
Atau kalau cuma mahu berehat, duduk di verandah sahaja pun anda boleh nampak monyet lemur atau burung enggang sekitarnya.
4 restoran di sini ada menu pelbagai — dari makanan Western dan seafood sehingga sushi Jepun.
Untuk manjakan diri, anda boleh jenguk V Spa yang menghadap laut.
Dan kalau nak lebih bergaya, ada V Salon untuk anda cantikkan rambut.
Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia
Westin Langkawi
Harga Biasa | RM 690 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Westin ini khas untuk anda yang mahukan hotel honeymoon mewah yang dekat dengan pekan Kuah untuk anda membeli belah.
Ia juga untuk anda yang berhoneymoon, atau sambut anniversary dengan anak-anak yang nak ikut sekali.
Di sini, bilik anda datang dengan katil trademark Westin yang selalu dipuji-puji.
Dan anda boleh bilik untuk bilik berdua, atau ruang yang ada beberapa katil dan pool peribadi di penginapan anda sendiri.
Di sini ada 4 kolam renang untuk anda pilih, dan 3 restoran untuk anda jamu selera.
Untuk spa, ada Heavenly Spa untuk anda dimanjakan bak puteri raja.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini ada di sini : Unforgettable Getaway: 10 Best Honeymoon Hotels in Langkawi That Will Leave You Speechless!
Casa Del Mar
Harga Biasa | RM 890 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Casa Del Mar ini adalah hotel kecil gaya Mediterranean di pantai Cenang.
Tapi hotel butik ini kerapkali dinobatkan hotel terbaik di Malaysia.
Di sini hanya ada 34 villa sahaja.
Dan layanannya dikatakan kelas pertama.
Bila anda pulang dari sarapan pagi, bilik anda telah dikemas rapi.
Bila anda duduk di kolam, air jus, aiskrim dan potongan buah, dihantar tanpa anda meminta.
Dan menjelang senja, bilik anda dipasang wangian aromaterapi dan siap dengan ramalan cuaca untuk esok pagi.
Nak private picnic? Mereka ada servis untuk bawa anda ke pulau terpencil untuk anda dan si dia berpiknik berdua.
The Danna
Harga Biasa | RM 1100 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bayangkan diberi urutan tengkuk dan bahu bila anda tiba, sambil dihidangkan jus sejuk sementara suami anda menyelesaikan urusan check-in.
Dan bila pulang, anda diberikan buah tangan berupa coklat sebagai memori.
Bayangkan juga berendam di bath tub sambil melihat kapal mewah berlabuh bersebelahan kamar mandi.
Bila anda nak bersantai, ia ada infinity pool yang terbesar di Langkawi.
Dan bila melangkah keluar dari kolam, Pantai Kok tersedia depan mata.
Untuk makan, restoran The Planters, yang terkenal dengan hidangan Melayu dan Mediterranean ada untuk jamu selera.
Tips : Kereta kabel Langkawi cuma 10 minit memandu dari sini.
St Regis
Harga Biasa | RM 1500 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Di hotel ini, anda tinggal di penginapan mewah yang dikelilingi hutan dara.
Hotel ini gayanya seperti mahligai tepi pantai milik billionaire terkemuka.
Untuk main ombak, St Regis ada pantai persendirian untuk anda dan si dia.
Untuk exercise yang nyaman, jangan lupa berenang di kolam renang infiniti yang menghadap laut Andaman.
Nak manjakan diri? Ada spa. Nak makan dan minum?
Ada 5 pilihan tempat makan upscale, termasuk di Kayu Puti untuk makan malam dalam restoran antik yang cukup romantik.
Pendek kata, ini lokasi untuk anda yang mahu rasa seperti glamour sepanjang bulan madu anda di Langkawi.
The Ritz Carlton
Harga Biasa | RM 1700 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Tersorok di hutan, resort Ritz Carlton ini ada bilik mewah ala Nyonya dengan pemandangan laut Andaman, dan dikelilingi hutan dara.
Di sini, kolam infinitinya hanya untuk dewasa.
Dan pengalaman di spa-nya bukan biasa-biasa.
Anda bakal di belai di pavillion berbentuk bubu, menghadap laut, sambil diulit bayu malam.
Ritz Carlton adalah tempatnya kalau anda mahu bermewah, tapi pada masa masih berselera Asia.
Selain makanan western, anda ada pilihan untuk nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi.
Nak ke ke tarikan Langkawi? Kereta kabel, mangrove tour dan bersiar di pasar malam, cuma 15 minit memandu dari sini.
Four Seasons Langkawi
Harga Biasa | RM 2500 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik di Four Seasons Langkawi cukup luas untuk pasangan berbulan madu.
Dibuat bergaya rumah Moorish dan Melayu, resort ini menghadap pantai Tanjung Rhu,
Kalau wang bukan halangan, kami sarankan anda ambil Beach Villa.
Sebab ini memang penginapan yang dibuat khas untuk berdua.
Anda boleh merasa rawatan spa bersama, makan malam romantis atau berendam di pool — di villa anda sahaja.
Tak perlu pun bergerak ke mana-mana.
Okay, kami telah senaraikan 10 resort dan hotel terbaik untuk honeymoon di Langkawi. Kalau harga bikin kepala pusing, boleh pilih hotel honeymoon harga sederhana di sini.
Tapi kan, kalaulah wang bukan halangan untuk si hubby, yang mana satu pilihan hati?