Anda nak cari hotel murah berdekatan KL Sentral yang bagus-bagus?
Okay, jom kami bantu anda.
Ini hotel-hotel terbaik pada harga bajet untuk anda kat sini.
Hotel Murah Best di KL Sentral
Nu Hotel



Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel murah yang dekat area KL Sentral ini luas.
Siap ada mini fridge dan peti keselamatan lagi.
Saiz bilik anda selesa untuk berdua.
Suasana hotel pun lebih moden dan baik dari kebanyakan hotel bajet kelilingnya.
Nak makan? Kedai mamak, 7 Eleven dan Dominos Pizza ada kat tepi.
Ke KL Sentral : 370 m
KENA TAHU : Hotel-hotel murah yang berdekatan dengan KL Sentral ada di sebelah kawasan Brickfields.
Untuk ke kawasan ini dari KL Sentral, anda perlu jalan kaki menerusi shopping mall Nu Sentral (mall ini melekat dengan KL Sentral). Dari dalam mall, cari signboard menghala ke arah stesen monorail.
Easy Hotel



Harga Biasa | RM 85 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel murah yang paling dekat dengan area KL Sentral.
Lokasinya betul-betul di tepi tangga stesen monorail KL Sentral (ini antara tempat OOTD di KL).
Biliknya bersih dan selesa. Cuma saiz biliknya tak sama.
Ada yang cuma muat seorang, ada yang luas untuk berdua.
Untuk makan pagi, anda diberi kupon makan kat mamak belakang hotel ini.
Ke KL Sentral : 350 m
Tips : Hotel paling dekat dengan KL Sentral ialah hotel Aloft. Tapi harganya bukan kategori bajet.
[static_content id=”25022″]
Hotel M & M



Harga Biasa | RM 75 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Bilik solo di M & M agak kecil tapi selesa.
Tapi ia ada bilik lebih besar untuk kumpulan dan keluarga.
Dari segi lokasi, nak ke KL Sentral, masih dalam jarak jalan kaki.
Seperti hotel bajet lain area ini, harganya kadangkala turun ke bawah RM 45 pada waktu low season – menjadikan harganya semurah hostel backpacker.
Ke KL Sentral : 400 m
Hotel Westree



Harga Biasa | RM 80 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini satu blok yang sama dengan Easy Hotel.
Jadi mall Nu Sentral kat seberang hotel saja.
Selain bilik biasa, Westree juga ada bilik keluarga.
Dan biliknya sederhana luasnya.
Kalau nak beli apa-apa, ada mart beberapa tapak jalan kaki dari pintu hotel anda.
Ke KL Sentral : 370 m
Cozy Hotel



Harga Biasa | RM 75 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Untuk harga sekitar RM 70, di Cozy Hotel anda dapat bilik yang sederhana luas, sarapan dan mini fridge di bilik.
Nak ke KL Sentral boleh jalan kaki sahaja.
Tapi sayangnya ia tiada lif.
Jadi memang tak sesuai untuk anda yang bawa beg berat atau sudah berusia.
Ke KL Sentral : 400 m
Metro Hotel



Harga Biasa | RM 50 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Metro Hotel ini antara hotel murah berdekatan KL Sentral yang harga biliknya memang harga bajet.
Ada waktu turun bawah RM 50.
Untuk harganya, saiz bilik kat sini agak besar.
Cuma untuk bilik-bilik tingkat bawah, bunyi trafik mungkin mengganggu keselesaan tidur anda.
Ke KL Sentral : 400 m
City Central



Harga Biasa | RM 70 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel murah berhampiran stesen KL Sentral yang boleh dipertimbangkan.
Saiz bilik anda selesa, dan lengkap dengan mini fridge dan meja tulis – sesuatu yang jarang ada pada kebanyakan hotel pada harga serupa.
Dan kalau nak ambil monorail ke Bukit Bintang, train dan hotel dalam row shoplot yang sama.
Ke KL Sentral : 350 m
Double M



Harga Biasa | RM 70 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Antara banyak hotel berhampiran KL Sentral dan mall Nu Sentral yang murah, ini hotel yang paling baru.
Bilik anda simple, tapi saiznya kecil.
Jadi cuma kami recommend untuk solo traveller.
Kalau berjalan kaki ke KL Sentral, ia lebih jauh dari kebanyakan hotel dalam senarai ini.
Tapi kalau berkereta ada parking berbayar kat sebelah hotel anda.
Ke KL Sentral : 900 m
Summerview Hotel



Harga Biasa | RM 145 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini saiz biliknya bagus – dan tak jauh dari KL Sentral Station.
Cuma kalau anda plan nak jalan kaki ke KL Sentral, memang meletihkan.
Kami senaraikan ia sebab saiz bilik di sini selesa untuk yang berkeluarga.
Senang cerita, ini hotel yang hampir dengan KL Sentral dan bagus biliknya.
Tapi jaraknya perlukan anda naik teksi (atau Grab) untuk ke sana.
Ke KL Sentral : 900 m
Lengkap sudah senarai hotel berhampiran KL Sentral Station dan mall Nu Sentral yang murah dan bagus untuk anda yang ada bajet terhad.
Kecuali 2 hotel terakhir, semuanya dalam jarak jalan kaki ke stesen ini.
Hotel-hotel bajet ini sesuai untuk lelaki yang travel solo ataupun yang datang berdua.
Tapi untuk wanita yang bersendirian dan mahukan hotel di area KL Sentral, kami sarankan hotel antarabangsa. Memang lebih mahal, tapi suasananya lebih terasa selamat untuk anda.
So, hotel murah kat KL Sentral mana yang kena dengan selera anda?
p/s Kalau lokasi tak berapa penting, ada banyak hotel murah kat Kuala Lumpur lain yang boleh anda pertimbangkan.