Cuti Bajet : 17 Hotel Murah di Cameron Highlands Yg Paling Best dan Selesa

Nak cuti kat Cameron tapi mencari hotel murah sebab bajet anda tak besar?

No worries. Ada sebenarnya hotel-hotel bajet bagus kat sini.

Jom tengok pilihan terbaik yang ada.

Hotel Murah Terbaik Cameron

hotel bajet terbaik di pekan brinchang cameron highlands - hotel alyasa
1. Di Brichang

Hotel Wan Alyasa

 
hotel bajet paling menarik di tanah rata cameron highlands pahang -  hotel arundina
2. Di Tanah Rata

Hotel Arundina

 
hotel murah terbaik untuk keluarga di pekan cameron - hotel jasmine
3. Utk Keluarga

Hotel Jasmine

 

Anda Nak Menginap di Mana ?

Ini senarai hotel-hotel harga budget yang menarik di Brinchang. Kawasan ini sesuai untuk layan kebanyakan tarikan di Cameron.

Hotel Wan Alyasa

suasana bilik wan alyasa hotel yang murah di cameron
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat hotel Wan Alyasa di Brinchang ini kecil, tapi ia hotel murah bawah RM100 kat Cameron yang bagus untuk harganya.

Ia dalam kawasan shoplot.

Sebelum waktu Covid ada kedai 7 Eleven dan steamboat dalam kawasan sama.

Parking percuma ada di basementnya.

Lokasinya pun kat tepi jalan besar.

Mudah nak jumpa atau nak selalu drive masuk keluar.

Alamat : Jalan Brinchang Square, 39100 Brinchang, Pahang / 05-4914578

Tips : Ia dekat dengan Cameron Centrum Mall.

Hotel Cool Mama

suasana bilik di hotel cool mama brinchang cameron highlands yg dekat dengan mall cameron centrum
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah, baru dan lokasinya strategik?

Hotel ini kat mall Cameron Centrum. Dan mula dibuka pada 2022 saja.

Deko dalamnya moden tapi klasik.

Yang paling penting, senang cari makan dan jalan-jalan.

Turun bawah hotel saja sudah jumpa kedai-kedai kat Centrum Mall, cik adik.

Alamat : No A-1-13, Presint Cameron Centrum, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 0125823235

Tips : Biliknya terhad. Tempah awal utk dapatkan bilik jenis double yang murah harganya.

Snooze Too

bilik hotel murah di snooze too cameron highland yang ceria
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Hotel bajet satu ini harganya sederhana, dan bukan murah sangat.

Tapi kami letak kat sini sebab ia baru.

Dan kami suka gayanya yang moden, dan ceria.

Benda ini jarang ada kat hotel di Cameron Highlands yang selalunya gaya old school kebanyakannya.

Lokasinya pun kat tepi jalan besar.

Senanglah nak meronda.

Alamat : Lot 22, Brinchang Square, 39000 Brinchang, Pahang / 016-6662102

Tips : Ia dekat dengan Cameron Centrum Mall.

Haji Saudi

hotel bajet saudi brinchang
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini ada kat tepi hotel bajet Wan Alyasa.

Jadi ia pun dekat dengan 7 Eleven dan dobi.

Jalan besar bertentang hotel ini. Jadi senang nak ke mana-mana.

Bilik anda ringkas. Dan setiap tingkat perlukan akses dengan kad.

Dan hotel pun lazimnya ada guard.

Cuma lif tak ada. Tak sesuai kalau lutut tak sedia.

Alamat : 22, Jalan Angsana 1, Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang / 013-9213535

Tips : Ia dekat dengan Cameron Centrum Mall.

Hotel Titiwangsa

bilik keluarga hotel titiwangsa brinchang cameron highlands
Harga BiasaRM 110 ++
Tempah

Ini pula hotel harga murah kat Brinchang yang ada sarapan.

Bilik anda luas, walaupun tatahias dan kelengkapan bilik sudah berusia.

Parking ada di depan dan tepi hotel (berbayar).

Untuk ke mana-mana mudah sebab ia di tepi jalan besar.

Alamat : Lot 187 & 188, Jalan Besar Cameron Highlands / 05-4901188

Hotel Flora Plus

keadaan bilik flora plus cameron yang murah untuk cuti bajet
Harga BiasaRM 118 ++
Tempah
Tempah

Bilik di Flora Plus ini kecil.

Jadi ia lebih ideal kepada solo traveller, dan kami tak nasihatkan datang menginap dengan keluarga.

Tapi bilik anda simple dan kemas.

Cukup untuk crash dan tidur lena. 

Dan disebabkan ia kat kompleks apartmen tepi jalan besar, senang nak masuk keluar.

Alamat : Block B3, 29-30 Brinchang Square,, Jalan Besar Brinchang, 39100 Cameron Highland / 05-4911297

Tips : Ia dekat dengan Cameron Centrum Mall.

Hotel Jasmine

hotel jasmine di pekan cameron highlands yang harga bajet untuk keluarga
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah yang kat tengah pekan Brinchang?

Hotel Jasmine ini antara yang ada.

Bilik anda gayanya lama.

Tapi saiznya boleh tampung anda yang datang dengan keluarga.

Cuma ingat. Sebab ia kat pekan, parking mungkin jadi masalah untuk anda.

Dan kalau cuti, bilik yang murah kat sini pun melambung-lambung naik harganya.

Alamat : No 29 & 32, Jalan Besar, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 05-4911588

Parkland Hotel

bilik hotel parkland yang ringkas dan murah
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Kat barisan shoplot sama dengan Jasmine ada hotel Parkland ini.

Ia murah dan lokasinya pun senang bila nak makan atau cari keperluan cuti.

Bilik di hotel Parkland ini kecil.

Jadi kami sarankan hanya untuk solo traveller.

Macam hotel Jasmine, sebab hotel ini di shop lot, parking mungkin masalah negara.

Alamat : No 45, Jalan Bandar, Brinchang, 39100 Brinchang, Pahang / 05-4911399

Nota : Anda juga akan jumpa Parkland Express di row sama. Ulasan kami untuk hotel ini hampir sama.

Tanah Rata

Ini pula senarai hotel-hotel bajet menarik kat kawasan Tanah Rata — untuk anda yang nak rehat tenangkan kepala di kawasan yang dekat dengan pekannya.

Rose Crest Hill

hotel bajet rose crest hill cameron highlands
Harga BiasaRM 80 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah yang ini pula dalam area pekan Tanah Rata. 

Dan biliknya walaupun gaya old-school, luas untuk harganya.

Ia juga ada lif, jadi senang untuk yang berkeluarga.

Disebabkan ia kat tepi jalan besar, nak cari kedai makan, cafe atau ATM sangat senang sebab boleh jalan kaki.

Tapi parking agak mencabar mencari kalau masa cuti. 

Alamat : 39, Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-4913939

Zetter Suites

bilik studio zetter suite yang dekat dengan pasar malam golden hill
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah yang dekat pasar malam Cameron?

Ini antara pilihan untuk anda.

Ya, harga biliknya tak semurah hotel bajet lain kat senarai kami.

Tapi kami senaraikan sebab ia satu-satunya hotel yang ada dekat dengan night market Golden Hill Cameron Highlands ini.

Bilik anda bilik studio yang luas.

Dan tatahias bilik memang selesa.

Nak ke pasar malam? Jalan kaki saja. 

Alamat : G-31, Barrington Square Apartments, Jalan Golden Hills 1, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-4851119

Tips : Selain bilik studio, Zetter Suites juga ada apartmen keluarga yg dekat dengan pasar malam.

Cameronian Inn

hotel cameronian inn ini dekat dengan kawasan pekan tanah rata cameron
Harga BiasaRM 69 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat penginapan bajet kat sini sederhana saiznya, sesuai dengan harga.

Parking ada walaupun jumlahnya terhad.

Dan bila petang ada kawasan taman kecil untuk bersantai layan teh dengan member.

Kalau nak ke pekan Tanah Rata, cuma  2-3 minit berkereta.

Alamat : 16, Jalan Camelia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-4911327

Tips : Bilik kat sini ada dua jenis. Ada yang bilik air sendiri, dan yang berkongsi.

Rovers Inn

kalau anda nak rehat di kawasan berbukit, ini antara homestay yang ada
Harga BiasaRM 85 ++
Tempah

Bilik kat Rovers Inn ini kemas dan selesa.

Kebanyakan bilik ada balkoni.

Tapi ia tiada TV – jadi mungkin kurang sesuai untuk yang ada anak kecil atau nak rehat banyak di bilik masa cuti.

Kalau nak ke pekan Tanah Rata, perlu memandu 5 minit keluar dari kawasannya.

Alamat : PT 1675, A), Bungalow, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-4915598

Tips : Ia tiada lif. Dan di kawasan berbukit. Kurang sesuai kalau lutut anda ada masalah.

Gerards Place

gerards place ini guesthouse murah ala backpacker untuk cuti di cameron
Harga BiasaRM 110 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda tak kisah berkongsi bilik air, Gerards Place ini antara penginapan bajet kat Tanah Rata yang bagus.

Bilik anda luas. Sesetengahnya siap ada verandah.

Ngam untuk yang suka bercampur, suka bersembang dengan orang luar masa cuti.

Dan ianya khas untuk dewasa — jadi tak ada suara jerit anak dan tangisan anak kecil kat sini.

Kalau tak, Gerard’s Place ini kurang sesuai untuk short list anda nanti.

Alamat : C9 , C10, Block Carnation, Jln Greenhill Resort, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 012-585454

Fathers Guest House

father's guesthouse satu lagi hostel murah di cameron
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi guest house murah dengan bilik yang selesa kat Tanah Rata Cameron.

Ia dalam bangunan rumah.

Jadi anda memang akan jumpa tetamu lain.

So, kalau nak privacy atau ada anak kecil lagi, kurang sesuai tidur sini.

Alamat : Lot 110, Jalan Besar, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 016-5661111

Penting : Kebanyakan bilik kat sini berkongsi bilik airnya.  Tapi ada juga bilik dengan bilik air sendiri untuk privacy.

Hillview Inn

hillview inn ini murah dan dekat dengan pekan tanah rata cameron highlands
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Kat Hillview Inn ini bilik anda selesa.

Dan bilik paling murahnya pun ada balkoni.

Nak ke pekan Tanah Rata senang.

Boleh keluar jalan kaki.

Tapi sebab harga dan lokasi, bilik murahnya yang bawah RM 100 selalu sangat sold out sebelum cuti lagi. 

Alamat : 17, Jalan Mentigi Utama, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 05-4912915

Arundina Cameron

arundina cameron yang selesa dan dekat pekan tanah rata
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Ini penginapan murah di area yang sama dengan Hillview Inn.

Jadi nak ke pekan Tanah Rata pun dalam jarak jalan kaki.

Guest house kecil yang dibuat dalam banglow ini aman suasananya.

Dan sesetengah bilik ada balkoni kecil untuk duduk santai sembang dengan partner.

Cuma sayangnya, penginapan simple ini memang popular. 

Jadi bila cuti harganya boleh meletup-letup dari biasa.

Alamat : 17a, Jalan Mentigi Utama, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 013-5306081

Suria Cameron B

bilik suria cameron b yang biasa tapi kat bawah nya dekat dengan kedai makan
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah

Ini hotel bajet di Cameron Highlands yang harganya bawah RM 100.

Dan suasana bilik di dalam hotel ini sesuai dengan harganya.

Highlight utama hotel ini bukanlah dekorasi, tapi lokasi.

Mini mart macam 7 Eleven, kedai makan dan kedai kopi macam Old Town dan Starbucks dekat saja dengan hotel ini.

Cuma ia tak sesuai untuk family. Yang berusia pun sama.

Sebab bilik anda mungkin kat tingkat 3 dan perlu naik tangga.

Dan parking pun tepi jalan saja.

Alamat : 66, 3, Persiaran Camellia, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata, Pahang / 019-5758383

NOTA : Versi bahasa Inggeris utk artikel ini boleh dibaca di sini.

Okay, setakat ini saja senarai hotel-hotel murah di Cameron Highlands yang best yang ada.

Soalan Lazim

Mengapa harga hotel tak sama macam kat atas?

Kalau anda datang pada hari minggu atau bukan cuti, anda akan dapat harga di atas.

Tapi memang lazim untuk harga bilik melambung berkali ganda dari di atas bila tiba Jumaat, hujung minggu dan cuti sekolah.

Bukan apa, demand tinggi manakala jumlah hotel terhad.

Ada tak hotel murah kat Cameron Highlands yang ada pool?

Tak ada.

Kalau itu penting, anda kena cari hotel 4 dan 5 bintang.

Antara hotel yang ada pool ialah Copthorne dan Zenith Cameron Highlands.

Ada tak hotel murah yang dekat dengan pasar malam Cameron Highlands?

Kalau hotel bajet bawah RM 100, tak ada.

Hotel termurah dan terdekat ke pasar malam adalah Smurf Inn dan harga nya sekitar RM 150 satu malam.

Dan untuk makluman, kebanyakan penginapan yg berada dalam jarak jalan kaki ke kawasan pasar malam Cameron adalah jenis homestay.

Mana bagus – ambil hotel kat Tanah Rata atau Brinchang?

Ada beberapa faktor kena difikirkan.

Pertama dari segi plan anda.

Kalau anda memang nak ronda ke kebanyakan tarikan Cameron Highlands, Brinchang lebih dekat.

Lavender Garden, Ladang Teh Boh, Centrum Mall, Kea Farm, Sheep Sanctuary sampai ke Flora Park ada kat area ini.

Ia juga lokasi yang sesuai kalau anda nak balik melalui jalan Simpang Pulai.

Pekan Brinchang lebih dekat dan dapat kurangkan jem waktu balik nanti.

Tapi kalau anda nak tempat tidur lebih baik dan lebih tenang, Tanah Rata lebih sesuai.

Ia ada tarikan macam Mardi dan Taman Sedia (untuk makan pagi).

Kawasan ini pun bagus kalau anda nak balik melalui jalan Tapah.

Boleh ke dapat hotel bajet kat Cameron bawah RM 100?

Ya boleh. Tapi selalunya semasa hari biasa dan bukan cuti sekolah.

Hotel bajet kat sini tak ada aircond ke?

Sebab cuaca yang memang sudah sejuk, bukan sahaja hotel bajet, malahan hotel lebih mewah di Cameron Highlands pun ada yang tidak dilengkapi aircond.

Ia perkara biasa dan tidak menjadi masalah untuk kebanyakan pengunjung biasa ke tanah tinggi ini.

Akan tetapi kalau anda memerlukan aircond disebabkan faktor kesihatan dan lain-lain, anda mungkin perlu berbelanja lebih untuk hotel bertaraf lebih tinggi.

Kalau anda datang masa cuti sekolah, harga yang kami letak mungkin sangat jauh berbeza dari harga yang anda jumpa. 

Apapun, hotel dalam senarai kami ini adalah yang paling bagus untuk cuti bajet anda nanti.

So, ada yang berkenan di hati?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia
Layan kedai makan sedap kat Cameron Highlands
Jomjalan