Ini 11 Hotel Murah Berdekatan KLIA / KLIA2 Utk Bajet Bawah RM 100

Plan nak book hotel dekat airport KLIA/KLIA 2, tapi bajet tak besar?

No problem.

Ini hotel-hotel terbaik berdekatan airport KLIA2/KLIA yang harga biliknya bawah RM 100 saja.

Hotel 99 Sepang

bilik hotel 99 yang simple tapi best selesa untuk traveller ke airport
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Bilik kat sini saiznya sederhana tapi selesa.

Kat tepinya ada KipMall – jadi nak cari barang keperluan last minute senang saja.

Kedai makan pun hampir dengan hotel anda.

Ia ada lif, jadi untuk mak ayah yang tua pun tak susahkan mereka.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

Orange Hotel

bilik di hotel orange yang murah tapi luas
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang nak senang cari makan, Orange Hotel ini antara hotel bajet berdekatan KLIA/KLIA2 yang ideal untuk anda.

Bilik anda pun besar, dan selesa kalau datang dengan keluarga atau member.

Lif bagasi pun ada.

Klinik, dobi, bank pun dalam kawasan yang sama dengan hotel anda.

Jadi tak perlu jalan jauh untuk keperluan sebelum flight anda.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

The Good Travellers Hostel

histel good traveller di sepang ini dekat aiport dan sesuai untuk backpacker
Harga BiasaRM 50 ++
Tempah
Tempah

Khas untuk anda yang nak travel backpacking dengan member, ini hostel bawah RM 100 yang berdekatan airport yang ada.

Hostel anda selesa.

Tapi sebab ia hostel, bilik air berkongsi.

Kedai makan ada sekelilingnya.

Bagus lagi, stesen tren ERL Salak Tinggi dalam 1 km.

Dekat kalau nak ambil tren terus ke airport saja.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 15 km

Hotel youniQ

hotel youniq sepang ringkas dan murah
Harga BiasaRM 85 ++
Tempah
Tempah

Hotel gaya moden ini simple dan tatahias bilik kena dengan harganya.

Saiz bilik anda biasa saja, dan lebih sesuai untuk solo traveller atau berdua, dan bukan untuk yang berkeluarga.

Kat bawah hotel ada kedai runcit, kalau nak beli biskut dan air untuk makan kat bilik.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

mTree Nilai

suasana bilik hotel mtree di nilai yang hampir dengan airport klia klia2
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Mtree ini hotel murah berhampiran KLIA / KLIA2 dengan bilik dan bilik air yang sedikit luas dari kebanyakan bilik bajet yang ada. 

Jadi sesuai untuk anda yang berkumpulan atau berkeluarga .

Ada 7 Eleven di bawah hotel.

Tapi untuk makan-minum, Grabfood atau Foodpanda adalah pilihan lebih baik.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 18 km

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Budget-Friendly: 10 Budget Hotels near KLIA/KLIA2 for a Room Under RM 100!

Victory Inn

victory inn yang simple hotelnya
Harga BiasaRM 55 ++
Tempah
Tempah

Hotel kat Kota Warisan, Sepang ini ringkas biliknya.

Tapi kelebihannya ialah harganya murah – ngam kalau bajet sangat-sangat terhad.

Kawasan kelilingnya kawasan shoplot baru, jadi kedai dan kedai makan jauh.

Dan sebab biliknya kecil, ia sesuai hanya untuk solo traveller dan couple saja.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 14 km

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

Hotel Double Star

hotel double star di sepang
Harga BiasaRM 70 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel murah dan ringkas dengan bilik yang bajet harganya.

Nak makan, ada kedai mamak kat sebelah. Jadi tak susah.

Dan sebab ia bukan di kawasan pekan utama, bunyi bising kenderaan tak menjadi masalah.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 11 km

S8 Boutique

s8 boutique ini ada sarapan
Harga BiasaRM 90 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah ini ada bilik selesa yang datang sekali dengan breakfast.

Ia juga ada lif, jadi senang kalau datang dengan yang kurang sihat atau berusia.

Nak makan, banyak kedai makan berhampiran.

Kalau nak biskut atau apa-apa, supermarket Ebit Liew kat blok belakangnya.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

City View Hotel

suasana hotel city view untuk ambil flight dekat airport
Harga BiasaRM 65 ++
Tempah
Tempah

Tata hias bilik kat sini mungkin sedikit old school.

Tapi nak cari makan senang sebab kedai dekat, 7 Eleven kat tepi.

Ia juga ada lif untuk senangkan anda atau mereka yang berusia.

Ia satu row dengan Orange Hotel.

Kalau hotel itu penuh, ini pilihan kedua.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 13 km

Tune Hotel KLIA Aeropolis

bilik tune hotel aeropolis yang kecil tapi lengkap
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel murah berdekatan area KLIA/KLIA2 yang ada shuttle free ke KLIA2 ? Ini hotelnya.

Cuma biliknya kecil, dan lebih kepada solo traveller.

Dan sebab lokasinya di bahagian kargo KLIA Sepang, tak ada kedai di sekitarnya.

Kelebihannya, ia ada shuttle percuma ke hotel Tune satu lagi yang kat KLIA 2.

Shuttle ini bertolak setiap 2 jam.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 20 km

Tips : Bila sampai ke Tune hotel di KLIA2, anda boleh berjalan ke terminal KLIA2. Guna ruang pejalan kaki berbumbung. Masa diambil sekitar 10 minit jalan kaki.

Eman Cottage at KIP Central

eman cottage adalah penginapan lebih hipster berhampiran airport
Harga BiasaRM 98 ++
Tempah
Tempah

Hotel gaya hipster ini murah dan tak jauh juga dari airport.

Sesuai untuk rehat sekejap kalau anda orang muda.

Tapi yang berusia mungkin tak suka gaya hiasannya.

Nak makan atau beli apa-apa, kedai makan dan shopping mall Kip Mall dalam jarak jalan kaki.

Jarak ke KLIA/KLIA2 : 14 km

Selain hotel-hotel murah berdekatan dengan KLIA 1 / KLIA2 ini, kami ada cover hotel dalam airport – in case anda flight anda awal-awal pagi.

Apapun, kalau anda ada kenderaan dan bajet pun bawah RM 100, pilihan hotel kat atas sudah mencukupi.

So? Yang hotel mana satu nak ambil nanti?

Jomjalan