Mencari hotel hotel murah tapi best dan selesa di JB untuk cuti nanti?
Ini hotelnya yang harga bajet tapi bagus dan strategik dari segi lokasi.
Jom tengok yang mana berkenan di hati.
Hotel Murah di Johor Bharu Yg Best
Di City Square
Ini hotel-hotel murah menarik di Johor Bahru yang dekat City Square. Jadi ia dekat dengan shopping mall dan juga CIQ — senang nak teroka bandaraya JB atau ke Singapore nanti.
Atelier JB
Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel butik bajet ini 5 km dari JB Sentral.
Dan tatahias hipsternya cukup lawa.
Memang selesa dan berbaloi untuk harganya.
Ia juga siap ada kawasan rooftop untuk santai ambil angin malam sama-sama.
Tapi kelemahan terbesarnya parking yang mencabar mencarinya.
Z Hotel
Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel butik yang moden tapi murah ini adalah antara hotel murah paling best yang dekat dengan City Square.
Disebabkan bilik-bilik hotelnya kat tingkat 11 ke atas, boleh layan view tambak atau bandaraya bila malam.
Dan saiz bilik sini luas.
Lapar? Kedai makan Korea Muko+ yang halal ada kat bawah hotel saja.
Kalau nak ke City Square cuma 3 km atau 7 minit berkereta.
Tapi kalau nak berjalan pun boleh, sebab ia cuma dalam 500 meter.
Nota : Sejak 2022 kami dapati harga bilik di sini telah meningkat banyak dari biasa.
Glex Hotel Signature
Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak hotel butik yang harganya murah masa cuti kat JB? Ini hotelnya.
Dengan bilik luas, selesa dan dihias kemas hotel ini memang berbaloi.
Kalau datang dengan family dan nak jimat, ini hotel yang bagus pada kami.
Dan ramai tak tahu yang kadang-kadang harganya turun bawah RM 100 satu malam.
Lokasinya pun kat kawasan perumahan.
Jadi aman dari sesak kenderaan.
Zamburger Grand Jade
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel yang baru diambil alih oleh Zamburger ini hotel kecil 3 tingkat yang dekat dengan City Square dan CIQ.
Bilik anda biasa saja, tapi agak luas saiznya.
Kalau anda nak ke mall, ada jejantas pejalan kaki kat depan hotel.
Anda boleh ke R&F mall di seberang jalan untuk layan kopi di Coffee Bean, beli barang kudap-kudap di Jaya Grocer atau tengok wayang di Emperor Cinema.
Jo Hotel
Harga Biasa | RM 100 ++ |
---|---|
Tempah |
Hotel Jo ini sudah berusia biliknya tapi saiznya agak luas untuk harganya yang murah.
Untuk yang tak suka bunyi bising motor dan kereta, tapi mahu dekat dengan City Center, ini antara pilihan yang ada.
Keliling hotel ini tak ada tempat makan.
Tapi bukan masalah sebab ia beberapa minit saja memandu dari Komtar dan City Center.
Saranan kami, tak perlu jalan kaki atau drive. Ambil Grab saja.
Berdekatan Legoland
Sebab utama datang ke Johor Bharu ialah sebab nak ke Legoland? Ini hotel hotel murah yang bagus yang dekat dengan kawasan taman tema itu.
Hotel Natura
Harga Biasa | RM 70 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel bajet kat Gelang Patah ini kemas, moden dan simple saja bilik hotelnya.
Bilik tak besar mana, dan dibuat di kawasan shoplot saja.
Tapi biliknya selesa kalau datang berdua.
Parking percuma, lif ada walaupun ia 2 tingkat saja.
Dari hotel ke Legoland, jaraknya 10 km, atau 15 minit berkereta.
Hotel Ariana Iskandar
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi hotel bajet di JB yang dekat dengan Legoland.
Biliknya bersaiz sederhana, jadi lebih sesuai untuk yang datang berdua, dan kurang selesa untuk keluarga.
Untuk park kereta, ada banyak kawasan parking di depan hotel saja.
Dan dari sini ke Legoland cuma 8 km.
Hotel Geobay
Harga Biasa | RM 80 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Geobay ini adalah hotel murah di JB yang ada bilik-bilik yang selesa.
Kalau anda datang dengan anak-anak, depan dengan hotel ada Taman Rekreasi Bukit Indah.
Boleh mereka berlari sampai puas nanti.
Hotel ini juga dekat dengan Aeon Bukit Indah dan juga Mcdonalds.
Jadi senang untuk stock up kudapan atau saja cuci mata.
Dari sini ke Legoland, jaraknya 9 km.
3 Tarikan Paling Top Kat Johor
Di Danga Bay
Ada juga hotel-hotel budget bawah RM 100 sekitar Danga Bay yang boleh anda tempah kalau anda lebih suka lepak di kawasan ini.
Zoom Inn
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotelnya kalau anda nak hotel murah tapi selamat, selesa dan best biliknya masa cuti kat Johor Bharu nanti.
Bilik anda ringkas sahaja.
Tapi saiz agak besar dan mudah untuk letak kereta sebab ada ruang di depan hotel saja.
Ada 7-Eleven dalam jarak jalan kaki kalau lapar bila malam nanti.
Dan balai polis pun di tepi hotel, jadi memang rasa selamat sepanjang kat sini.
Cuma kelemahan hotel budget ini ialah tak ada mini fridge dan tak ada lif kat sini.
Kalau lutut tak bagus atau luggage berat memang ketar la nanti.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Affordable Gems: 27 Best Budget Hotels in Johor Bahru from Only RM 69!
Tune Hotel Danga Bay
Harga Biasa | RM 70 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel yang murah dan cukup popular di kalangan budget travellers yang nak ke Singapura.
Sebabnya ialah bas persiaran ulang alik ke Universal Studios Singapore bertolak dan pulang ke sini tiap-tiap hari.
Macam Tune Hotel lainnya dalam Malaysia, hotel kat sini harganya bermula rendah, dan boleh ditambah addon ikut bajet sendiri.
Dan bilik serta bilik airnya walaupun kecil, selesa dan bersih dari kebanyakan hotel pada harga ini.
Di Mount Austin
Untuk yang tak kisah lokasi, tapi nak hotel bajet JB yang bagus masa cuti nanti, kat bawah adalah hotel-hotel budget murah tapi best dan selesa kat kawasan Austin sana. Yang bagusnya kalau kat sini, IKEA dan Toppen Mall dekat saja.
Ardens Hotel
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel murah di JB yang bukan saja ada peti ais mini, tapi juga security guard yang menjaga kawasan hotel dan parking.
Bilik anda saiznya kecil saja.
Tapi dihias moden dan sedap dipandang mata.
Kalau anda datang berdua, dan berkereta, dan mahu hotel murah dan selesa di kawasan yang tenang ini antara pilihan yang ada.
Kalau nak ke taman tema Austin Height pun cuma 5-6 minit sahaja.
Miico Hotel Mount Austin
Harga Biasa | RM 79 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel bajet Miico di Mount Austen yang dibuat di kawasan shoplot ini ada bilik-bilik yang sederhana saiznya.
Apa yang baik tentang hotel ini ialah lokasinya untuk mereka yang berkereta.
Hotel ini cuma 500 meter dari Aeon Tebrau dan 2 km dari Toppen Mall dan IKEA.
Jadi kalau nak shopping dan cari makan memang tak jauh mana.
Hotel Insuna
Harga Biasa | RM 75 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel dengan kemasan Scandinavian ini ada bilik-bilik yang luas untuk harganya.
Bilik di sini bersih dengan fasiliti baru disebabkan hotelnya pun baru dibuka sekitar 2018.
Kalau anda nak bilik gaya butik yang selesa tapi murah, susah nak mencari hotel sebaik Insuna di JB.
Dekat dengan hotel ada 7-Eleven.
Dan kalau anda nak shopping, KSL cuma 2 km dari sini.
Di Pasir Gudang
Ini pula hotel-hotel murah yang best di Pasar Gudang. Dari ke sini ke tengah bandaraya JB mengambil masa dalam 20 minit.
Hotel Kyoto Boutique
Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Kyoto ini satu lagi hotel butik budget yang bagus di Pasir Gudang, JB.
Bilik anda gaya Jepun.
Tenang rehat masa cuti.
Cuma kalau nak makan, kena keluar dari kawasan hotel anda.
Dan parking pun di lot tepi-tepi kedai saja.
7 Heaven
Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik kat hotel ini biasa sahaja tatahiasnya.
Tapi luas, bersih dan selesa kebanyakannya.
Lif pun ada untuk bilik kat tingkat atas.
Parking selalunya senang, walaupun kat tepi jalan.
Dan nak makan pun senang.
Kedai makan banyak kat sekitar kawasannya.
Solid Hotel
Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk bilik murah bawah RM 100, ini antara pilihan lain yang ada di kawasan Pasir Gudang.
Bilik anda luas.
Katil dan kelengkapan bilik pun selesa.
Cuma bilik yang menghadap highway mungkin agak bising.
Dan kalau nak cari kedai makan, kena keluar dari area ini.
Di Permas
Kawasan Permas ini 30 minit dari bandaraya JB. Dan ada hotel-hotel bajet yang berkualiti.
I am Jazz
Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik kat sini ringkas.
Tapi bersih dan rapi.
Untuk bilik tingkat atas ada lif sekali.
Dan kebanyakan bilik ada tingkap, sesuatu yang jarang ada untuk hotel bajet harga sebegini.
Cuma kelemahan kawasan ini ialah makanan Melayu susah nak cari.
Hotel Yangtze
Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel murah di Permas yang ada tingkap besar dan mini fridge – sesuai untuk cuti beberapa hari kat JB.
Bilik anda pun simple dan kemas.
Dan lif ada kalau dapat bilik yang kat tingkat atas hotel ini.
Tapi macam hotel lain kawasan ini, kedai halal jauh dari sini.
Hotel Legend
Harga Biasa | RM 119 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik hotel butik bajet ini luas untuk harganya.
Yang bagusnya, kedai makan halal ada.
Medan selera Permas dekat depan hotel saja.
Dan kalau nak McD, Familymart dan Secret Recipe, pun dalam sekitar hotel anda.
Cuma parkingnya berbayar dan kat tepi jalan saja.
Zamburger Lavender
Harga Biasa | RM 119 ++ |
---|---|
Tempah |
Kalau anda nak hotel murah di Permas, JB yang di bawah RM 120, ini antara pilihan baik yang ada.
Bilik anda tatahiasnya biasa sahaja.
Tapi selesa untuk harganya.
Kedai makan Melayu ada dalam kawasan sekitar, walaupun anda perlu berkereta.
Untuk keperluan cuti, Aeon ada di depan hotel anda.
Miyabi Permas
Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
Tempah |
Nak hotel gaya Zen Jepun?
Bilik hotel Miyabi Permas ini antara pilihan yang ada.
Memang aman dan tenang biliknya.
Saiz bilik pun terasa lebih luas dan selesa untuk berdua.
Untuk makan-makan, anda masih perlu berkereta. Tapi tak jauh mana.
Medan selera Permas dan kedai makan lainnya dalam 2, 3 blok dari hotel anda saja.
Sekitar Skudai
Ini pula hotel-hotel murah yang bagus dan dekat dengan UTM Skudai. Dari Skudai ke bandaraya JB mengambil masa dalam 20 minit dan kawasan Legoland sekitar 30 minit.
Bzz Hotel
Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel bajet ini senang nak cari sebab kat tepi jalan utama.
Biliknya besar. Dan Ia ada lif, jadi memang sesuai kalau datang datang golongan berusia.
Parking senang dan ada depan hotel saja.
Cuma nak makan, tak ada kedai makan halal berdekatan nya.
The Point Boutique Hotel
Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel butik baru kat Skudai, JB ini yang murah harganya.
Bilik anda selesa dan luas untuk harganya.
Yang bagusnya, nak cari kedai makan dan mini mart senang.
Jalan kaki saja pun jumpa.
Tapi sebab dalam kawasan rumah kedai, parking kereta kat bahu jalan saja.
Hako Hotel
Harga Biasa | RM 135 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotelnya kat Skudai kalau anda nak bilik yang murah tapi ada kopi dan teh free sepanjang hari.
Bilik anda simple, tapi lokasinya memang bagus.
Sebab mall Tasek Sentral ada kat depan hotel.
Senang nak tengok wayang, layan Starbucks atau Texas Chicken bila-bila anda suka.
Family Mart dan McDonalds pun dekat saja.
The Square
Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
The Square ini termasuk antara hotel harga bajet yang bersih dan cantik biliknya kat Skudai ini.
Mall Tasek Sentral dekat saja.
Tapi kalau nak cari kedai makan Melayu memang payah.
Parking pun agak susah.
Nota : Tak jauh dari sini ada pub/ karaoke. Bunyi muzik dari situ mungkin mengganggu sesetengah bilik di hotel ini sehingga larut pagi.
Redpine Boutique Hotel
Harga Biasa | RM 155 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik kat hotel ini lawa dan berbaloi untuk harganya.
Mall Mydin, Lotus, KFC dan Mcdonalds dalam 3 minit dari sini.
Senang nak cari keperluan cuti.
Bila petang boleh ambil angin di Hutan Bandar yang tak jauh pun nak pergi.
Nota : Tandas dan bilik air guna cermin berkabus. Mungkin tidak selesa kalau kongsi bilik dengan member, atau warga tua.
The Leverage
Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Untuk solo traveller, ini satu lagi hotel harga murah menarik yang boleh ditempah kat Skudai.
Biliknya luas untuk harganya.
Dan Paradigm mall pun dalam 10 minit berkereta. Senang nak shopping atau beli keperluan cuti anda.
Tapi kami sarankan hotel ini untuk yang datang solo saja.
Sebab tandas dan bilik airnya berdinding kaca.
Okay, lengkap sudah list hotel-hotel best di Johor Bharu yang murah untuk anda book cuti nanti.
Kebanyakan hotel bajet ini di bawah RM 100 saja, dan saiznya comel-comel belaka biliknya.
Kalau anda datang dengan family, mungkin perlu berbelanja lebih sedikit untuk bilik lebih besar dengan lokasi yang buat semua happy.
Tapi kalau anda datang solo atau berdua, dari senarai kami yang mana satu yang anda nak book nanti?