Hotel-hotel murah dan bajet kat Kota Kinabalu memang power.
Sebab biliknya lawa dan luas selalunya.
Jom tengok hotel bajet terbaik di KK yang ada.
Hotel Murah Terbaik di Kota Kinabalu
Dekat Center Point
Nak senang shopping dan mudah ke mana-mana? Hotel murah dekat mall Center Point antara pilihan yang popular.
AC Residence



Harga Biasa | RM 97 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel ini, macam kata orang — don’t judge a book by it’s cover.
Walaupun dalam area shoplot dan bangunan luarnya tak lawa, bilik anda amat berbeza.
Bilik anda dihias elegan, berbaloi dengan harga bilik yang murah saja.
Dan lokasinya di tengah bandar, jadi senang untuk cari makan.
Hotel bajet ini dekat dengan Center Point Mall.
Dan untuk ke tarikan di KK macam pasar Filipina, pasar Gaya, KK Waterfront jaraknya cuma dalam 1 km.
Ke Center Point : 500 m (jalan kaki)
Nota : Ia tiada lif, kurang sesuai untuk yang berusia.
Cititel Express



Harga Biasa | RM 97 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Cititel Express ini letaknya di bangunan sebelah AC Residence.
Bilik anda kecil.
Jadi ia lebih sesuai untuk solo traveller.
Tapi masih kemas dan selesa untuk harga bawah RM 100.
Dari segi lokasi, nak ke mana-mana tarikan di bandaraya KK ini tak jauh mana.
Ke Center Point : 650 m (jalan kaki)
Hotel Dreamtel



Harga Biasa | RM 135 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak hotel murah dekat Center Point yang ada breakfast?
Ini antara pilihan yang ada.
Tatahias bilik anda sederhana.
Tapi agak luas saiznya.
Kalau nak cari teksi dan bas senang sebab depan hotel saja.
Cuma parking kereta memang kat tepi jalan.
Dan kedai makan pun agak jauh dari hotel anda.
Ke Center Point : 900 m
CJ Residence



Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel murah bagus yang ada kat tepi Center Point.
Ia dalam shoplot.
Tapi kemasan dalamnya memang luar dari expectation anda.
Saiz biliknya sesuai untuk yang datang solo atau berdua.
Dan bilik anda lengkap dengan mini fridge dan toiletries juga.
Nak makan senang. Sebab kedai makan ada dalam area sekitarnya.
Cuma ia tiada lif dan cuma bertangga.
Tak sesuai untuk yang dengan anak kecil atau warga berusia.
Ke Center Point : 150 m
AJ Residence



Harga Biasa | RM 125 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel murah ini pun ada vibe dan kemasan sama macam CJ residence.
Bilik anda kecil, tapi terasa mewah.
Mini fridge, hairdryer sampailah ke powerbank tersedia untuk anda gunakan.
Tapi seperti biasa, ia lebih sesuai untuk solo dan couple traveller.
Dan lif tiada.
Jadi lebih sesuai untuk anda yang muda belia.
Ke Center Point : 400 m
Dekat Airport
Ini pula hotel-hotel murah KK yang berdekatan dengan airport. Senang nak balik nanti.
Hotel Oceania



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel 3 bintang yang ada waktunya harga bilik jatuh di bawah RM 100.
Biliknya luas, moden dan selesa untuk harganya.
Ada beberapa kedai makan ada berdekatannya.
Dan airport dalam 8 km.
Tapi untuk ke tarikan sekitar bandaraya ini, anda perlukan kenderaan sendiri.
Ke Airport KK : 8 km
Putatan Platinum



Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel budget berdekatan airport KK yang aman sebab ia bukan di jalan besar.
Bilik pun luas untuk kelasnya.
Tatahias bilik biasa-biasa sahaja.
Tapi sebab saiz besar, memang ngam untuk keluarga.
Parking ada dan percuma, walaupun di bahu jalan saja.
Ke Airport KK : 5.5 km
The Atelier



Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel murah yang dekat airport ini pula kami suka sebab biliknya yang stylo.
Setiap bilik berbeza dekorasinya dan ada karakter sendiri.
Saiz bilik agak kecil. Jadi hanya sesuai untuk solo traveller.
Sayangnya ada pub berdekatan hotel.
Bunyi bising mungkin mengganggu tidur kalau anda jenis light sleeper.
Ke Airport KK : 3.5 km
Nota Penting : Ada bilik di sini yang berkongsi bilik air seperti hostel. Hati-hati pilih bilik jika tidak mahu berkongsi.
Hotel Flypod



Harga Biasa | RM 125 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Flypod ini dalam kawasan yang sama dengan The Atelier.
Bilik anda pun sama kemas dan selesa.
Cuma tambah istimewanya, sesetengah bilik kat sini ada view landasan kapal terbang.
Nak makan, ada beberapa kedai makan dalam blok yang sama.
Dan kalau nak ke mana-mana senang sebab ia kat tepi jalan besar saja.
Ke Airport KK : 3.6 km
Tips : Selain dekat dengan airport KK, hotel ini juga dekat dengan stesen keretapi Tanjung Aru yang baru.
Seven Boutique Hotel



Harga Biasa | RM 115 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel bajet yang satu ini simple tapi selesa.
Dan dekat dengan airport kalau anda perlu naik flight awal dari biasa.
Nak cari tempat makan senang.
Sebab ada fast food dan kedai-kedai berdekatan.
Cuma suasana hotel biasa-biasa, sebab ia dalam kawasan shoplot sahaja.
Ke Airport KK : 5 km
Dekat Pasar Gaya
Hotel murah di bawah pula dekat dengan kawasan pasar Gaya. Boleh jalan kaki nak ke pasar hujung minggu ini.
Hotel Gaya Center



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Gaya Center ini old school biliknya.
Tapi yang bagusnya, bukan bilik tapi lokasi.
Nak layan senja kat Todak waterfront atau ke jeti Jesselton 10 minit jalan kaki saja.
Mall Suria Sabah pula kat tepi hotel anda.
Dan kalau nak beli cenderamata, bertentang hotel ada Wisma Merdeka.
Hotel ini ada lif.
Tak risau menginap kalau bawa ibu bapa yang berusia.
Ke Pasar Gaya : 400 m (jalan kaki)
Eden 54



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Hotel murah di shop lot ini simple sahaja biliknya.
Tapi pada kami lokasinya bagus, walaupun kat depan sesak dengan kenderaan.
Untuk cari makan atau shopping, Suria Sabah mall ada di belakang hotel.
Dan untuk snorkeling ke pulau di taman laut Tunku Abd Rahman, jeti ke situ tak sampai 5 minit dengan kereta.
Ke Pasar Gaya : 300 m (jalan kaki)
Nota : Ia tiada lif.
Gaia 95



Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel murah di Gaya Street, Kota Kinabalu.
Jadi mudah nak ke pasar itu.
Bilik memang tak besar.
Tapi ia moden dan simple.
Kat sini, nak makan senang.
Sebab kedai makan ada dalam row yang sama, atau ada kat jalan seberang.
Ke Pasar Gaya : 100 m (jalan kaki)
Qlio Hotel



Harga Biasa | RM 97 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Saiz hotel bajet Kota Kinabalu yang ini kecil saja.
Tapi ia moden dan sesuai dengan harganya.
Lokasi Qlio strategik.
Ia tak jauh dari Todak Waterfront untuk anda layan suasana senja.
Dan dalam jarak jalan kaki ke pasar Gaya.
Lif dan pintu masuk perlukan keycard.
Jadi walaupun ia dalam kawasan shoplot, terasa lebih selamat.
Ke Pasar Gaya : 400 m (jalan kaki)
Sabha Gaya



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
Bilik di Sabha Gaya ini lebih besar dari kebanyakan hotel bajet di KK.
Biliknya pun simple dan moden.
Untuk ke tarikan bandaraya KK, anda perlukan kereta.
Tapi perjalanan anda selalunya sekitar 2 – 5 km.
Yang kurang bestnya, hotel ini menghadap jalan besar.
Sila bawa earplug untuk tidur tanpa hingar bingar.
Ke Pasar Gaya : 250 m (jalan kaki)
The Seraya



Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
The Seraya ini satu lagi hotel murah dekat area pasar Gaya, Kota Kinabalu yang bagus.
Ia dibuka pada waktu pandemik.
Jadi fasilitinya masih baru.
Kalau lapar, KFC, Burger King dalam jarak jalan kaki saja.
Untuk keluar duit, ATM Public Bank di seberang jalan hotel anda.
Ke Pasar Gaya : 250 m (jalan kaki)
Lain Lain Kawasan
Ini senarai hotel budget menarik lain di Kota Kinabalu yang tidak dalam kawasan tumpuan di atas.
Tune Hotel



Harga Biasa | RM 95 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Bagi anda yang nak hotel yang diketahui standard nya pada harga yang murah, Tune Hotel Kota Kinabalu jawapannya.
Bilik anda kecil.
Tapi sebab ia di sebelah 1 Borneo mall, senang nak cari keperluan masa cuti atau cari makan kat restoran segera.
Cuma lokasinya 30 minit dari airport.
Dan untuk ke tarikan sekitar bandar pun anda perlukan kenderaan sebab dalam 20 minit perjalanan.
The Palace



Harga Biasa | RM 99 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel di KK yang ada waktunya harga bilik turun ke bawah RM 100.
Dan ia ada bilik yang lebih luas dari kebanyakan hotel dalam senarai kami ini.
The Palace juga lengkap dengan pool dan gym kalau anda nak exercise masa cuti.
Hotelnya di luar kawasan sibuk pekan.
Jadi parking mudah dan suasana lebih tenang untuk anda cuti rehatkan diri.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Pocket-Friendly: 18 Best Budget Hotels in Kota Kinabalu for an Unbeatable Affordability and Coziness!
Okay, cukup setakat ini dulu senarai hotel-hotel di Kota Kinabalu, Sabah yang murah dan best untuk cuti anda nanti.
Pada kami, kualiti biliknya lebih baik dari kebanyakan hotel di Semenanjung pada harga yang sama. Sekarang terpulang pada anda nak pilih yang mana anda suka.
So, ada hotel yang sudah sangkut kat hati untuk cuti bajet anda nanti?