senarai 10 hotel murah harga bajet di pekan kuah langkawi untuk senang shopping dan ke jeti

10 Hotel Murah Terbaik di Pekan Kuah Langkawi ( Bajet Tapi Selesa)

Mencari hotel murah tapi best dekat Pekan Kuah Langkawi?

Biar kami tolong cari.

Ini senarai hotel-hotel murah best dekat Kuah yang boleh anda book masa cuti.

Hotel Murah Best di Kuah Langkawi

Hotel Murah Keluarga : Adya
Hotel Murah Terbaik : Chill Suites
Hotel View Terbaik : Goldsands

Ada Swimming Pool

Ini hotel-hotel budget terbaik di pekan Kuah, Langkawi dan setiap satunya ada swimming pool.

Hotel Goldsands

hotel goldsands di pekan kuah yang murah dan bagus untuk keluarga dan couple
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Ini antara hotel harga murah di Kuah yang sesuai bukan saja kalau anda datang berdua, tapi juga untuk yang datang dengan famili.

Bilik di sini luas dan ia pun ada kolam renang.

Bezanya dekat sini kolam renang Infiniti dengan pemandangan laut.

Dari segi fasilitinya, memang ini antara hotel paling berbaloi untuk anda inapi.

Dan disebabkan lokasinya, nak shopping dan makan mudah, walaupun masih perlukan anda berkereta.

Bella Vista Waterfront

hotel murah di kuah yang macam istana -- bella vista waterfront
Harga BiasaRM 155 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini dibuat macam istana Disneyland.

Dan dekat dengan Taman Tema Splash Out Langkawi —  sesuai kalau anda datang dengan anak-anak yang memang nak masuk ke taman tema ini.

Kalau tak nak masuk taman tema tak apa.

Sebab hotel ini ada swimming pool sendiri. 

Dan sesetengah bilik ada pemandangan laut, walaupun pantainya bukan untuk mandi. 

Hotel Langkasuka

hotel langkasuka di pekan kuah ini murah dan dekat dengan mall
Harga BiasaRM 160 ++
Tempah
Tempah

Nak hotel harga bajet kat Kuah Langkawi yang dekat dengan mall?

Book hotel Langkasuka, sebab ia cuma kat sebelah Langkawi Parade saja.

Senang nak beli coklat, makan roti pagi-pagi atau beli Tealive hari-hari.

Ia pun ada swimming pool walaupun saiznya kecil saja.

Bilik anda agak berusia, tapi saiznya selesa untuk keluarga.

Langkawi Seaview

langkawi seaview ada bilik yang luas dan cantik untuk harga yang murah dan berpatutan
Harga BiasaRM 110 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah di Kuah yang satu ini ada bilik yang luas untuk harganya.

Dan kalau nasib anda baik anda akan dapat pemandangan laut.

Hotel ni pun ada swimming pool walaupun kecil. 

Cuma kalau nak makan, wajib memandu keluar sebab tak ada tempat makan berhampiran dalam jarak jalan kaki.

Kalau anda mahukan hotel yang ada pool dan juga murah harganya, ini antara pilihan yang ada.

Hotel Adya

suasana bilik hotel adya langkawi yang harganya murah untuk hotel ada pool
Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Hotel Adya ini ialah hotel mesra muslim kat Kuah, Langkawi

Jadi tak perlu risau status halal lauk sarapan di hotel nanti.

Dan kalau hotel lain ada swimming pool untuk semua, hotel Adya ini pula ada swimming pool khas untuk  wanita.

Bilik kat sini besar.

Dan kalau nak cari makan dan shopping dekat saja, walaupun masih kena berkereta.

Contohnya kalau nak shopping coklat last minute sebelum balik, Langkawi Parade ada, cuma 2 minit berkereta.

Tanpa Pool

Untuk anda yang tak perlu hotel yang ada swimming pool kat Pekan Kuah nanti, sebab tak ada siapa yang plan nak berendam nanti, ini senarai hotel-hotel murah di sini yang boleh anda book nanti. 

Chill Suites Langkawi

bilik chill suites di pekan langkawi yang harganya taraf harga bajet tapi selesa
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Untuk anda yang mahukan bilik moden dan luas kat Pekan Kuah anda boleh tempah Chill Suites Langkawi.

Harga bilik budget ini murah untuk saiznya. 

Ia juga datang dengan toiletries, peti keselamatan dan juga mini fridge untuk anda letakkan coklat yang anda beri waktu shopping nanti.

Nak shopping ke kat IG cuma 10 minit memandu. 

Taman Tema  Splash Out pun tak jauh mana. 

Hotel De Bleu

hotel bajet de blue kuah langkawi yang serba biru
Harga BiasaRM 115 ++
Tempah
Tempah

Hotel bajet dengan bangunan biru laut ini dibina pada 2018,  dan ia ada bilik-bilik yang ringkas tapi bersih.

Kalau anda malas memandu, nak shopping di Pekan Kuah tambang Grab pun lazimnya bawah RM 7. 

Kalau nak makan, ada kedai nyonya kat tepinya. 

Dan kalau nak kedai Siam,  kedai Wan Thai yang famous ada dalam kawasan yang sama.

Virtuez Inn

bilik murah di virtuez inn kuah
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah

 Hotel bajet kecil ini dibuat di atas rumah kedai yang baru dibuka pada 2019. 

Jadi bilik anda  memang baru dan selesa.

Dari segi lokasi yang memang bagus sebab kedai makan dekat.

Begitu juga  bank dan dobi.

Yang kami tak gemar cuma parking sebab anda perlu parking kereta kat tepi jalan. 

Jadi anda kena siapkan kupon parking majlis bandaran. 

Motel Seri Mutiara

bilik hotel harga bajet di kuah -- seri mutiara
Harga BiasaRM 79 ++
Tempah
Tempah

Ini penginapan budget di Kuah untuk orang yang tak kisah kan fasiliti dan lokasi.

Yang penting harga bilik murah dan dan biliknya besar.

Kalau ada datang berkumpulan atau dengan keluarga, saiz biliknya memang selesa.

Suasana kelilingnya kampung, dan sesuai untuk anda yang tak suka sibuk pekan Kuah dengan kereta sini sana.

Tapi kalau anda cuma datang solo, lebih baik cari penginapan lain dekat dengan jalan utama.

HIG Hotel

hig hotel hanya sebelah dengan hig mall di kuah langkawi
Harga BiasaRM 135 ++
Tempah
Tempah

Hotel HIG kat Kuah ini untuk anda yang nak senang shopping masa cuti kat Langkawi.

Sebab shopping mall Haji Ismail Group ada kat tepi. 

Bolehlah anda jadi orang yang pertama dan terakhir masuk keluar dari mall ini tiap-tiap hari.

Bilik kat sini luas.

Ia pun dekat dengan jalan utama.

Sesuai sangatlah untuk anda yang datang cuti kat sini, semuanya wanita.

Dan hati pun tenang saja sebab ayat Quran dibuka di luar bilik senantiasa.

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel dengan harga murah yang bagus di Pekan Kuah.

Kalau anda perlukan hotel harga bajet dan tak kisah lokasinya, anda boleh tengok hotel-hotel murah Langkawi kat sini.

So, dari senarai penginapan kat atas yang kami senaraikan, ada hotel yang nak book nanti?