senarai hotel budget di port dickson negeri sembilan yang menarik

8 Hotel di Port Dickson Yang Murah Tapi Selesa Dari Hotel Bajet Lainnya

Nak cari hotel murah kat PD untuk rehat masa cuti?

Hotel yang murah dan bagus kat sini terhad sebenarnya.

Tapi antara semua yang ada, ini yang terbaik kat sini.

Bayfront Hotel

hotel bayfront hotel port dickson yang murah tapi selesa
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah

Antara banyak-banyak hotel murah di Port Dickson, ini antara hotel pilihan kami.

Bilik anda tatahiasnya biasa, tapi luas untuk harganya.

Yang bagus lagi, kebanyakan bilik ada balkoni. Dan sesetengahnya menghadap laut lagi.

Untuk jamu selera, Starbuck, Dominos Pizza dan McDonalds dalam jarak jalan kaki.

Dan bila malam, boleh turun makan di kawasan PD Waterfront Food Truck kat belakang hotel ini.

Sayangnya tiada lif. Tak sesuai untuk warga tua.

Tips : PD Waterfront cuma 5 minit saja dari hotel anda.

Zitro Hotel

suasana dalam bilik zitro port dickson
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah ini pun dekat dengan Hotel Bayfront kat atas.

Jadi ia pun punya lokasi hampir sama bagusnya. 

Senang nak cari makan sebab boleh jalan kaki saja.

Bezanya, biliknya lebih simple, dan ia ada lif untuk senangkan anda ke tingkat atasnya.

Kalau anda nak hotel murah di PD yang simple tapi dekat dengan PD Waterfront, ini antara calon terbaiknya.

1 Hotel Signature

bangunan hotel 1 signature pd
Harga BiasaRM 92 ++
Tempah
Tempah

Kalau kedua-dua hotel bajet kat atas penuh, ini satu lagi hotel murah dalam area yang sama.

Saiz bilik anda kecil, dan  sesetengah bilik tiada tingkap.

Biliknya ringkasnya. Dan lebih sesuai untuk yang datang solo atau berdua, dan bukan untuk keluarga.

Tempat makan, macam biasa, dekat sahaja.

WG Hotel

bangunan hotel budget WG Port Dickson
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah

Hotel budget kat Port Dickson yang satu ini biliknya simple saja.

Saiz bilik pun sesuai dengan harganya.

Pada kami  lokasinya strategik. 

Walaupun kedai makan Melayu kurang, tapi Burger King dan 99 Speedmart dekat.

Tarikan macam Alive 3D PD dan Wild West Cowboy Park pun cuma kat tepi.

PD London Bus

hotel port dickson london bus
Harga BiasaRM 110++
Tempah

Nak hotel murah yang ada vibe berbeza?

Kalau anda suka mencuba, boleh tempah PD London Bus masa cuti kat PD.

Untuk berdua, boleh pilih kabin saja.

Tapi kalau datang dengan member, cuba tempah untuk tidur dalam bas double decker.

Cuma pada kami, ia lebih sesuai untuk orang muda dan tak kisah privasi.

Sebab kebanyakan penginapannya jenis bilik air berkongsi.

Bayu Beach Resort

bayu beach resort port dickson
Harga BiasaRM 150 ++
Tempah
Tempah

Ini pula hotel mampu inap untuk anda yang mahukan hotel yang dekat dengan pantai.

Bilik anda sudah berusia. Tapi luas saiznya.

Dan ia juga ada swimming pool untuk berendam dengan anak anda.

Kalau tidak disebabkan fasiliti dan keadaan biliknya yang sudah agak lama, ia juga antara hotel harga murah kat Port Dickson yang best untuk keluarga.

Nota : Pantai Bayu ada kat tepi dan dalam jarak jalan kaki.

Mesra Hotel

bangunan hotel mesra port dickson
Harga BiasaRM 79++
Tempah
Tempah

Kat hotel bajet ini, kedai makan, dobi dan mart ada kat dalam blok bangunan yang sama.

Bilik anda kecil saiznya. Tapi sesuai dengan harganya yang di bawah RM 100 pada hari-hari biasa.

Pada kami, untuk sekadar tidur sehari, keadaan bilik mencukupi.

Lagipun, kalau nak cuci mata kat pantai Teluk Kemang, cuma 5 minit berkereta dari sini.

Ehsan Seaview

bangunan hotel ehsan port dickson
Harga BiasaRM 149 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini pula dikira murah untuk sebuah hotel dengan swimming pool dan pantai peribadi.

Bilik anda biasa sahaja tatahiasnya. Tapi luas untuk berdua.

Untuk cuti keluarga, dengan bajet sederhana, ini antara pilihan yang ada.

Cuma kalau nak cari makan, memang tiada kedai makan di sekitarnya.

Nota : Walaupun dekat pantai, air laut kawasan ini kurang sesuai untuk mandi.

Cukup kat sini senarai hotel murah PD kami.

Ya, senarai penginapan kami di kawasan ini memang pendek sahaja.

Walaupun PD ada banyak hotel bajet lain lagi, kebanyakannya bukan hotel yang kami sendiri ingin inapi, apa lagi sarankan pada pengunjung kami.

Senang cerita, kualiti hotel budget di Port Dickson jauh kalau dibandingkan dengan yang di Penang, KL ataupun JB.

Apapun, dari senarai pendek kami, yang mana sangkut di hati?