senarai hotel murah yang menarik dan best di ipoh perak

11 Hotel di Ipoh Yg Murah & Bagus (Sekitar RM 100 – RM 150)

Bagi anda yang nak explore Ipoh dan nak hotel murah bawah RM 100, ini post khas untuk anda.

Ini senarai hotel-hotel bajet Ipoh yang best dan selesa.

Jom tengok sama-sama.

Manhattan Hotel

suasana bilik hotel manhattan yang selesa walaupun murah harganya
Harga BiasaRM 139 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini antara hotel di Ipoh yang murah dan baru.

Jadi keadaan bilik dan fasiliti lebih baik dari banyak hotel dalam senarai ini.

Cuma lokasinya di pinggir pekan.

Jadi anda kena drive dalam 30 minit atau lebih untuk ke mana-mana tarikan.

Kalau lapar, anda boleh ke kawasan Station 18.

10 minit berkereta boleh jumpa kedai makan atau layan food court kat Aeon berdekatan.

Legacy Hotel

hotel legacy ipoh yang minimalis dan berbaloi dengan harga bajet bawah rm 100
Harga BiasaRM 85 ++
Tempah
Tempah

Hotel murah di Ipoh ini ada bilik besar untuk harganya.

Dan minimalis, selesa gaya dalamnya.

Ia ada lif. Jadi sesuai untuk yang datang dengan mak ayah atau mereka yang kurang sihat badan.

Nak cari makan? Anda perlu berkereta.

Tapi tak jauh pun berlegar, sebab hotel Legacy ini di tepi jalan besar.

Hotel Pi

hotel pi ipoh bukan saja murah tapi lokasinya bagus
Harga BiasaRM 109 ++
Tempah
Tempah

Hotel Pi ini sesuai untuk anda yang nak ke Pasar Loken masa hujung minggu.

Sebab pasar barang second hand ini tersedia kat luar pintu.

Bilik kat sini kecil tapi selesa.

Cuma pada kami, saiznya kurang sesuai untuk yang plan cuti kat Ipoh dengan keluarga.

Apapun, hotel bajet ini memang kat tengah pekan Ipoh.

Nak cari ATM, makan atau ke Gerbang Malam tak perlu jalan jauh.

Nota : Kalau anda menginap hujung minggu dan tak plan nak ke Loken, cari hotel lain. Anda akan ada masalah untuk keluar masuk disebabkan pasar ini.

French Hotel

french hotel ada gaya minimalis yang bagus untuk hotel bajet
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

French Hotel ini hotel murah Ipoh yang kecil biliknya.

Tapi selesa untuk harga bawah RM 100 saja. 

Ia ada lif kalau dapat bilik di tingkat atas.

Dan untuk parking kereta, ada open air parking 100 meter dari hotel.

Lokasinya bagus. Untuk ke pasar karat hujung minggu boleh jalan kaki.

Dan bila malam pun boleh ke Gerbang Malam 10 minit dari sini.

Hotel D Eastern

suasana klasik hotel d eastern
Harga BiasaRM 99 ++
Tempah
Tempah

D Eastern ini satu lagi hotel di Ipoh yang murah dan ada dalam kawasan town.

Ia bukan hotel baru, jadi tatahias bilik gaya lama.

Tapi saiz luas untuk harganya.

Parking ada di belakang hotel.

Dan kalau nak ke Gerbang Malam dan pasar karat memang easy.

Tak perlu kereta sebab boleh jalan kaki.

Zamburger Chariton

bilik selesa tapi ringkas di zamburger chariton hotel ipoh
Harga BiasaRM 87 ++
Tempah
Tempah

Lokasi hotel Zamburger ini bagus.

Ia di tepi jalan besar, tapi tersorok dari trafik.

Jadi nak ke sana-sini senang dan tidur anda pun tenang.

Bilik anda walaupun kecil, simple dan selesa.

Parking pun mudah sebab lokasinya.

Cuma kalau nak makan, anda kena drive keluar atau order dari Grab Food atau Food Panda.

Sebab kedai makan dalam jarak jalan kaki tak ada.

Untuk hotel murah harga bawah RM100, ini antara hotel bajet yang bagus yang dekat dengan area bandaraya Ipoh.

Palm Hotel

bilik palm hotel yang nampak klasik tapi stylo
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Palm Hotel ini memang nak ke bandaraya Ipoh perlu dalam 30 minit atau lebih memandu.

Tapi kalau itu bukan masalah, anda bakal dapat tidur di hotel yang luas dan selesa biliknya.

Suasana hotel pun ala hotel butik, walaupun harga bajet saja.

Kalau ada apa keperluan nak beli, Aeon ada beberapa minit memandu dari sini.

Art Cottage 

bilik di art cottage hotel ipoh
Harga BiasaRM 130 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel murah di pinggir bandaraya Ipoh yang bagus.

Anda kena memandu sedikit kalau nak ke tengah bandar, tapi untuk keperluan masa cuti, Aeon dalam 5 minit dari sini.

Saiz bilik kat sini sederhana.

Tapi hiasannya lebih baik dari banyak hotel pada harga serupanya.

Sayangnya hotel ini tiada lif.

Jadi kurang sesuai kalau datang dengan tetamu yang sudah berusia.

Indra Boutique Suites

suasana hotel butik indra ipoh yang murah tapi selesa
Harga BiasaRM 135 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik harga bajet ini kat kawasan yang luar dari bandaraya.

Jauh ke pekan, tapi senang untuk pergi dan balik sebab dekat dengan highway PLUS.

Bilik anda kecil saiznya.

Tapi simple dan minimalis hiasannya.

Untuk makan, ada beberapa restoran berdekatan.

Dan kalau ada keperluan nak dibeli, Tesco Extra ada kat seberang hotel ini.

Valya Meru

hotel valya ipoh di meru yang murah dan selesa
Harga BiasaRM 115 ++
Tempah
Tempah

Bilik hotel murah di Meru Ipoh ini agak kecil, tapi selesa.

Fasilitinya lengkap, dari cerek sampai ke seterika.

Kalau nak makan, senang.

Ada beberapa kedai makan makan dalam blok yang sama. Dan kat seberang jalan pun banyak kedai makan Melayu tersedia.

Untuk keperluan lain, pasaraya besar Mydin pun kat tepinya.

Parking kereta anda di tepi jalan, tapi mudah sebab bukan laluan utama.

Tips : Hotel ini tak jauh dari stesen bas Amanjaya dan lebuhraya Plus.

Cute Hotel Meru

suasana dalam bilik triple di cute hotel ipoh
Harga BiasaRM 95 ++
Tempah
Tempah

Untuk hotel bawah RM 100 kat Ipoh yang selesa, ini satu lagi pilihan yang ada.

Saiz bilik agak kecil, sesuai dengan namanya.

Kedai makan ada kat area sekelilingnya — dari McD dan KFC sampailah ke lauk Melayu dan Western ada.

Tapi perlu guna kereta untuk lebih selesa.

Nota : Bilik 1 single bed kat sini kecil. Pilih bilik lain untuk lebih selesa.

Tips : Hotel ini tak jauh dari stesen bas Amanjaya dan lebuhraya Plus.

Okay gais, lengkap sudah senarai hotel-hotel di Ipoh yang murah dan paling best untuk bajet bawah RM 100 dan RM 150.

Ada kat dalam town, dan banyak yang kat area pesisir bandaraya untuk anda yang nak cuti aman dari bunyi motor dan lori.

So, ada hotel budget yang berkenan di hati?