Hotel Olympic kat Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur ini dulunya sendu sahaja rupanya.
Tapi sekarang, selepas 9 bulan renovation, hotel ini bukan sahaja ada nafas baru, tapi warna baru yang hip dan muda.
Barulah hilang letih travel dan rasa bertenaga!
Dan sempena dengan pembukaan barunya, hotel ini pun ada promosi.
Kami tak tahu bila harganya akan bertukar, tapi buat masa sekarang, anda boleh tempah hotel ini dengan harga bilik serendah RM 70 sahaja.
Senang cerita, ini dah level hotel bajet sudah ini.
Kalau kita nak bandingkan hotel ini dengan hotel-hotel 4 bintang, tapi yang dah lama bertapak di KL, rasanya ada baik anda cuba tidur kat sini.
Sekarang sedang murah dan fasiliti masih baru.
Dan bilik pun besar untuk harga promosi ini.
Dan yang bagus lagi, bilik-bilik kat hotel ini warna dan temanya tak sama.
Jadi datang kali kedua, anda mungkin akan dapat tidur dalam bilik yang rasanya lain pula.
Kat kawasan lobi pun ada skrin besar.
Kami rasa kalau layan tidur kat sini masa tengok World Cup nanti pun best kot?
Hotel ini dekat dengan Petaling Street dan juga Bukit Bintang.
Tapi anda mungkin perlukan kereta nak ke 2 kawasan di KL ini.
Bukan apa, jaraknya tak mesra kaki dan cuaca KL yang kejap hujan kejap panas ini.
Kalau anda naik pengangkutan awam, stesen terdekat ialah MRT Merdeka.
Kalau nak naik LRT, kena jalan dalam 600 meter untuk sampai ke LRT Hang Tuah.
Amacam.
Apa pendapat anda dengan makeup baru hotel Olimpik Malaysia ini? Terasa nak book?
Tempah Sekarang
Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |