7 Hotel Paling Best Untuk Honeymoon di Cameron Highlands

Honeymoon kat Cameron memang idea bagus — lagi-lagi dengan sejuknya dan suasana sesetengah hotel yang memang macam oversea.

Ini 7 hotel terbaik di Cameron Highlands kalau anda mahu honeymoon di sini nanti. 

Jom tengok sama-sama.

Strawberry Park Resort

suasana romantik Strawberry Park Resort di cameron highlands yg sesuai untuk honeymoon

Harga : RM 650 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Ini antara hotel romantik untuk honeymoon kat Cameron yang tersorok dari jalan besar.

Bilik anda besar dan selesa. Dan ada verandah untuk layan view dari bilik sama-sama. Kawasan hotel pun tenang untuk rehat berdua.

Kalau di kawasan Brinchang, ini antara hotel paling mewah yang ada.

The Lakehouse

cottage The Lakehouse cameron highlands yang romantis dan sesuai untuk bulan madu

Harga : RM 790 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah  

Nak hotel untuk honeymoon di Cameron Highlands di lokasi yang jauh dari sesak pekan? Ini jawapannya.

Hotel gaya kolonial British ini cantik dan romantik. Kawasannya tenang, dengan gaya cottage di England.

Bila malam, anda berdua boleh duduk bersembang di pendiang api. Petang, bersama minum tea dan waktu lain duduk berdua di luar hotel sambil bergambar untuk IG atau memori.

Tips: Hotel ini lebih dekat kalau anda ikut Jalan Tapah – Cameron. Ia kurang ideal kalau anda nak explore Cameron, sebab anda perlu memandu agak jauh ke sana.

The Smokehouse Hotel

hotel best untuk honeymoon yg dekat pasar malam cameron highlands - the smokehouse

Harga : RM 420 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Hotel butik kecil dan mewah ini cukup ideal untuk honeymoon.

Ia aman dari dari sibuk kawasan Brinchang. Dan dekat dengan tarikannya, macam pasar malam di Golden Hill.

Biliknya klasik. Dan suasana hotel butik ini, dari dalam ke kawasan taman luar ada macam holiday kat England sana. 

Nova Highlands

suasana dalam hotel nova highlands di brinchang cameron yang moden

Harga : RM 175 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Kalau anda nak penginapan jenis apartmen untuk honeymoon di Cameron, ambil yang ini.

Bilik anda moden, luas dan siap fasiliti macam microwave dan ruang tamu.

Untuk keperluan cuti, 7-Eleven, Watson dan sebagainya ada kat bawah apartmen. Dan untuk ke ladang teh BOH, penginapan anda memang betul-betul dekat simpang masuk ke situ. 

Hotel de la Ferns

hotel de la fern cameron highlands yang dekat dengan jalan besar

Harga : RM 440 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Bila anda berbulan madu kat hotel ini, senang nak ke mana-mana. Sebab lokasinya kat tepi jalan besar beberapa minit dari Taman Sedia.

Bilik anda selesa, walaupun dekorasi bilik dan fasilitinya old school saja.

Yang bagus lagi, makanan kat hotel ini ada sijil halal Jakim. Untuk candle light atau layan tea petang, senang dan tenang.

Century Pines Resort

Century Pines Resort di cameron highlands yang cantik dan romantik untuk honeymoon

Harga : RM 250 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Ini antara hotel yang best kalau nak cuti romantik di kawasan Tanah Rata.

Bilik anda elegan dan selesa. Dan suasana hotel tenang, dikelilingi pokok pine dan dengan taman untuk jogging bertentang hotel anda.

Nak ke pekan Tanah Rata? No worries sebab lokasinya strategik — anda cuma perlu memandu dalam 5 minit sahaja.

Cameron Highlands Resort

cameron highlands resort milik ytl yang mewah

Harga : RM 690 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Kalau bajet anda tinggi, ini hotelnya untuk anda berbulan madu mewah kat Cameron Highlands.

Bilik, makan pagi dan suasana hotel cukup elegan. Dari makan pagi, malam dan tea, sampailah ke spa, suasana dan servisnya 5 bintang untuk diingat buat memori.

Nak tambah romantik lagi? Silakan tempah Signature Picnic Experience untuk layan piknik berdua kat bukit dengan panorama lembah teh di bawah anda.

Walaupun Cameron banyak hotel, kami sudah senaraikan hotel-hotel paling bagus dan romantis untuk bulan madu anda nanti.

Cuma yang perlu fikir adalah bajet dan kawasan mana yang sesuai untuk anda berdua — Brinchang atau Tanah Rata?

So, antara hotel kat atas, yang mana buat anda tak sabar nak ke Cameron dengan si dia?

JomJalan Seluruh Cameron

Senarai tarikan best di Cameron
Promo hotel, tarikan Malaysia