hotel paling best mesra kanak kanak malaysia

Paling Top! Ini Senarai 12 Hotel Paling Best Untuk Kanak-Kanak di Malaysia

Untuk banyak family, cuti sekolah sahaja waktunya untuk bonding dengan anak-anak tanpa gangguan kerja.

Jadi menginap kat hotel yang bagus amat penting. Lagipun zaman anak kecil tak boleh diputar kembali.

Adventure Zone - tempat menarik utk kanak-kanak di pulau pinang

Kat sini, kami senaraikan resort dan hotel paling top, paling best dalam Malaysia untuk kanak-kanak yang ada. Jom tengok. 

Doubletree Hilton Putrajaya

suasana kolam air kat hotel mesra kanak kanak putrajaya - doubletree hilton putrajaya

Harga : RM 480 ++

Harga BiasaRM 480 ++
Tempah
Tempah

Untuk orang KL yang nak staycation dengan family, pilih hotel ini.

Kolam air kat hotel ini ada 3 — satu macam taman tema, dan 2 lagi untuk anak berendam santai dengan keluarga. Confirm anak excited bila nampak kolam airnya.

Dipendekkan cerita, dengan bilik selesa, dan fasiliti yang ada, ini antara hotel terbaik untuk anak kecil anda kalau nak cuti kat Putrajaya.

Tips : Untuk anak remaja, mereka boleh ke taman tema District 21 atau main ice skating di IOI Mall, 20 minit dari sini.

Shangri la Golden Sands Penang

adventure zone di golden sands resort - antara sebab ini hotel paling best untuk anak di penang

Harga : RM 290++

Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi antara hotel paling best untuk kanak-kanak dalam Malaysia.

Hotel kat Batu Feringghi ini bukan saja ada swimming pool yang buat anak tak mahu keluar, ini juga ada tempat anak beraktiviti. Anak boleh buat layang layang sampai lepak movie night dengan kanak-kanak lain masa cuti.

Cuti lama pun tak apa, sebab Kids Club sini ada aktiviti berbeza setiap hari.

Dan kalau nak berseronok indoor pula, ada taman mini Adventure Zone untuk layan slide dalam guni.

Legoland Hotel

hotel legoland malaysia yang ada bilik mesra kanak-kanak

Harga : RM 890 ++

Harga BiasaRM 890 ++
Tempah
Tempah

Tak mau hotel besha-besha? 

Okay, kalau anda nak bagi anak kecil rasa hotel unik dan power, Legoland Hotel di Johor Bahru ini tempatnya. Tapi harganya seram juga.

Bilik anda mesra anak — dengan toiletries khas untuk mereka, katil bertingkat, dan set lego untuk mereka main kat bilik. 

Hotel ini bukan saja ada bilik-bilik bertema untuk buat anak seronok, tapi kalau nak ke masuk ke Legoland  atau tengok ikan kat Sealife memang dekat.

Kolam airnya kecil saja. Jadi bersedialah untuk beli tiket ke Legoland waterpark kalau main air penting untuk si kecil anda.

Hard Rock Penang

kolam air dengan slide yang best untuk anak di hard rock penang

Harga : RM 390 ++

Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Ini hotelnya yang ada pilihan ruang tidur khas untuk anak anda. Bilik Roxity Suite kat sini buat anak rasa macam rockstar — sebab mereka siap ada playstation, TV dan ruang main sendiri.

Anak nak main air? Swimming pool Hard Rock antara paling best kat Penang. Kalau belum puas air kolam, boleh main pasir dan air masin kat pantai Batu Ferringhi belakang hotel ini.

Nak practise main gitar? Boleh pinjam saja dari front desk nya.

Tips : Taman tema Escape cuma 10 minit berkereta dari sini.

Shangri la Rasa Ria

resort shang ri la yang luas amat best untuk anak yang cergas dan suka explore pantai dan hutannya

Harga : RM 390 ++

Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Hotel kat Tuaran, Sabah ini ada pool besar untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Kalau tak cukup, kawasan pantainya ada — dengan pasir landai yang sangat luas sampai mereka boleh lari sini sana.

Adventure Point kat sini pula macam playground untuk anak kecil anda. Ada mini adventure macam flying fox yang simple dan tempat buai untuk dilayan. Untuk yang nak masuk hutan, ia ada 6 jungle trail untuk diteroka.

Resort ini saiznya sama macam saiz 300 padang bola. Pendek kata, anak bakal tidur lena dengan fasiliti yang ada dan sebab banyak berjalan dalam kawasan resort saja.

Tips : Hotel ini dalam 1 jam ke airport. Pastikan jadual flight anda ambil kira faktor ini.

Shangri la Tanjung Aru

kolam mandi di shang ri la tanjung aru ada swimming pool macam mini theme park

Harga : RM 350 ++

Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Resort tepi laut Kota Kinabalu ini memang antara resort paling popular untuk keluarga kat Sabah.

Swimming pool kat sini besar, dengan beberapa water slide yang buat tempatnya rasa macam waterpark mini. 

Kalau datang hujung minggu, Kids Camp nya ada kelas pastry sampai lah ke movie night bawah bintang Tanjung Aru ini. Untuk anak kecil, ada Babyland.

Nak layan laut? Kalau setakat nak berkayak atau main air, laut kat tepi. Dan untuk snorkeling kat sekitar taman laut Tunku Abdul Rahman, Star Marina kat sini boleh bawa naik bot satu family.

Amverton Heritage Melaka

swimming pool di amverton melaka dibuat macam taman air kecil

Harga : RM 180 ++

Harga BiasaRM 180 ++
Tempah
Tempah

Kalau Melaka, ini antara hotel paling best untuk anak sebab ia ada taman air yang besar masa cuti.

Suasana biliknya biasa saja. Tapi dengan harga sederhana ia antara hotel mampu milik yang luas dan mesra poket kebanyakan family kat Malaysia.

Dan dari sini ke tarikan Melaka yang menarik untuk anak anda macam Zoo Melaka atau Taman Buaya pun tak jauh mana.

Meritus Pelangi Langkawi

dengan fasiliti yang ada, meritus pelangi di langkawi ini antara hotel paling menarik dan bagus untuk anak di malaysia

Harga : RM 450 ++

Harga BiasaRM 450 ++
Tempah
Tempah

Susah nak kalahkan Meritus Pelangi kalau anda mahukan hotel menarik untuk anak masa cuti kat Langkawi nanti.

Swimming pool kat sini luas. Pantai Cenang ada kat tepi. Dan kalau setakat nak pegang arnab atau naik kuda pony, hotel ini ada zoo mini.

Bila anak lapar, nak mencari tempat makan, easy peasy. Ia cuma 5 minit ke kawasan pekan Cenang Langkawi.

Four Seasons Langkawi

harganya mahal tapi four season reasons ini cukup ideal untuk anak-anak kecil

Harga : RM 2100 ++

Harga BiasaRM 2500 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel untuk anak-anak kelas bangsawan. Dan khas untuk anda yang nak anak bercuti, dan tak mahu keluar resort masa kat Langkawi.

Spa kat sini bukan saja untuk mak, tapi ada untuk anak — boleh gunting rambut atau rapikan kuku atau minta bubble bath untuk anak nanti.

Aktiviti untuk anak banyak — dari rock climbing dan memanah, sampailah ke mangrove tour dengan bot hanya untuk anak-anak saja. 

Kalau kolam air keluarganya yang luas tak sibukkan anak, Kids Clubnya yang ada kelas batik, memasak dan playground bakal penuhkan aktiviti mereka masa cuti. 

Pantai? Private beach antara tercantik dalam pulau terbentang kat depan mata.

Lost World Hotel

hotel lost world biasa saja tapi dekat dengan taman tema

Harga : RM 270 ++

Booking.comTempah
Agoda.comTempah

Hotel Lost World of Tambun kat Ipoh ini, biliknya biasa-biasa saja. Tapi yang buat ia best ialah sebab ia dekat dengan taman tema Lost World.

Dari hotel ke pintu masuk taman tema Lost World boleh jalan kaki. Anak boleh main air, tengok zirafah atau naik pirate ship dari buka sampai ke petang.

Bila malam, satu family boleh mandi air panas. Atau teroka dunia magical kat Night Spring sampai tutup nanti.

Kalau plan nak tidur dan masuk taman tema ini, boleh beli tiket murah Lost World kat sini.

Sunway Resort

kolam renang sunway resort ini memang best untuk anak dan ada akses ke sunway lagoon

Harga : RM 590 ++

Harga BiasaRM 490 ++
Tempah
Tempah

Sunway Resort ini satu lagi hotel staycation best untuk family. Tapi hotel mewah ini harganya tinggi.

Kat sini, kalau setakat nak main air, anak boleh main kat pool hotel yang gayanya macam kawasan air terjun. 

Bila nak shopping atau main ice skate, boleh ke mall Sunway Pyramid. Ia dalam jarak jalan kaki.

Nak tengok binatang, masuk rumah hantu atau main air lagi power? Boleh beli tiket ke taman tema Sunway Lagoon.

Tips : Laluan ke Sunway Lagoon boleh diakses dari kawasan pool resort ini. Tapi ia mungkin berubah kerana Sunway Resort ini ada proses naiktaraf pada tahun 2021.

KSL Hotel

kolam untuk anak di KSL Resort Johor Bahru ini memang best untuk anak main air satu hari

Harga : RM 170 ++

Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Kalau bajet anda sederhana, ini pula hotel mesra anak kecil yang mesra poket anda.

Hotel KSL kat Johor Bahru ini ada kolam randuk besar dengan tema dinosaur kat rooftop. Dan pool kat sini dibuat supaya mak ayah rasa selamat tengok anak main dari tepi.

Bonusnya lagi, hotel ini mesra mak-mak juga. Sebab ia ada mall dalam bangunan yang sama. Kak Yah boleh tekan lif saja kalau nak berbelanja.

Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel paling best, paling menarik, paling mesra kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Bolehlah berseronok, bonding, dan buat anak main air dan beraktiviti sekeluarga nanti.

Okay, kalau duit bukan masalahnya, hotel best mana yang anda nak bawa anak untuk bercuti?