Nak cari hotel romantik kat Kota Kinabalu untuk honeymoon nanti?
Kami ada senarai hotel terbaik kat sini untuk hari-hari terindah anda.
Jom tengok sama-sama.
Hotel Romantik di Kota Kinabalu (KK)
Hotel di Pulau
Ini adalah resort-resort dalam pulau Gaya yang cuma 30 minit perjalanannya dari jeti Jesselton KK. Pantai, matahari terbenam dan villa romantik tersedia untuk anda berdua.
Gayana Eco Resort
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak rasa menginap di villa mewah bulan madu nanti? Honeymoon saja kat Gayana Eco Resort.
Villa anda mewah dan luas, dengan pemandangan laut atau hutan.
Dan setiap villa nya istimewa.
Kalau anda ambil villa atas airnya, anda boleh turun saja ke laut dari private balkoni penginapan anda.
Untuk aktiviti, ada diving center di sini.
Jadi bukan saja anda boleh bersnorkeling atau berkayak tapi dapatkan sijil scuba diving semasa cuti.
Gaya Island Resort
Harga Biasa | RM 890 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Villa-villa mewah di Pulau Gaya ini luas.
Ia juga ada balkoni untuk pemandangan romantik hanya dari penginapan saja.
Kalau nak beraktiviti sama-sama, ada banyak yang boleh dibuat di sini.
Anda boleh bantu pulihkan batu karang di Marine Center, snorkeling di pulau-pulau sekitarnya ataupun belajar kraftangan Sabah dari pakarnya.
Nak manjakan diri?
Spa Village tersedia untuk anda.
Bunga Raya Island Resort
Harga Biasa | RM 1790 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi resort untuk pasangan yang nak berdua-duaan di resort tersorok lagi romantik.
Kolam infiniti, pantai dengan pasir memutih dan air membiru bakal buatkan anda rasa macam pulau ini khas untuk anda berdua.
Untuk aktiviti, kayak, paddle board sampailah ke zipline dan denai ada kat hutan belakang resort ini.
[static_content id=”38145″]
Hotel di Bandaraya
Hotel-hotel di bandaraya Kota Kinabalu juga ada yang ideal untuk cuti istimewa dan romantis bersama pasangan hidup anda. Ini senarai hotel terbaik untuk bulan madu di Kota Kinabalu untuk anda.
Shangri la Rasa Ria
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Resort bersaiz gergasi ini ini cukup ideal kalau anda sukakan nature.
Ia ada jungle trail, juga ada pantai landai yang cukup luas untuk anda layan sama-sama dengan cinta hati anda.
Untuk tambah best lagi, ambil bilik di Ocean Wing Junior Suite.
Ia ada tub mandi di balkoni untuk pemandangan paling romantik sepanjang kat sini.
Cuma ia 50 minit jaraknya dari airport.
Jadi kalau flight anda awal pagi, kena plan hati-hati.
Tips : Hotel ini ada lookout istimewa yang kalau nak tengok matahari terbit. Cuma anda dan si dia kena bangun awal pagi untuk tempah trip jungle trekking ke kawasan istimewa ini sama-sama.
Shangri la Tanjung Aru
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini satu lagi resort romantik tepi pantai yang istimewa dan dekat dengan bandaraya Kota Kinabalu.
Bilik anda selesa.
Dan anda boleh rehat di balkoni dengan pemandangan laut atau gunung bila-bila masa saja.
Kalau bersiar di luar bilik, pemandangan masa matahari terbit memang buat anda ingat cuti bersama pasangan anda sampai bila-bila.
Nak snorkeling?
Boleh tempah bot dan bertolak dari jeti peribadi dalam resort ini saja.
Pacific Sutera Hotel
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini ada pemandangan yang power untuk waktu-waktu istimewa anda.
Ia bukan saja pemandangan senja yang cantik, tapi view laut membiru dengan kapal persiaran mewah untuk waktu lainnya.
Ini antara hotel terbesar di Kota Kinabalu.
Dan ia lengkap dengan 4 swimming pool dan padang golf di tepi.
Suasananya memang tenang untuk berdua kat sini.
Dari sini nak ke bandar pun senang sebab nak ke kawasan bandaraya KK cuma 10 minit berkereta.
Nexus Karambunai
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah |
Ini hotel untuk anda yang nak habiskan masa berdua, dan mahu habiskan masa seluruhnya dalam resort saja.
Hotel ini ada pantai peribadi sejauh 6 km untuk anda dan pasangan anda bersiar jauh dari tetamu lain.
Dan 3 kolam untuk dilayan masa kat sini.
Tapi ia jauh dari airport — dalam 1 jam perjalanannya.
Jadi kurang ideal kalau fight anda awal pagi.
Le Meridien Kota Kinabalu
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini pula hotel yang betul-betul dalam bandaraya untuk pasangan muda yang berbulan madu dan cergas nak explore tarikan sekitarnya.
Hotel ini moden tata hiasnya. Dan biliknya pun selesa.
Untuk honeymoon, pilih bilik seaview supaya pemandangannya jadi memori manis untuk anda berdua.
Bila malam, boleh juga habiskan masa layan pasar malam, atau naik dinner cruise sama-sama.
Dari hotel ini ke tarikan sekitar bandaraya KK, cuma perjalanan sebentar saja.
Okay, lengkap sudah koleksi hotel-hotel best untuk honeymoon di Kota Kinabalu yang ada.
Mungkin senarai kami pendek. Tapi kami pastikan hanya yang terbaik dan istimewa sahaja yang ada dalam koleksi ini.
So, nak hotel di tepi laut, dalam pulau atau dalam bandaraya untuk bulan madu dengan pasangan anda nanti?