Anda nak cari hotel di Seksyen 7 Shah Alam?
Tak kisahlah samada anda nak ke iCity atau Uitm, ataupun apa urusan lagi, kami boleh bantu.
Ini hotel-hotel terbaik yang ada kat area itu.
Hotel Berdekatan iCity, Uitm, Seksyen 7 Yg Bagus
Dekat ICT
Ini senarai hotel-hotel berdekatan iCity Shah Alam yang ada dekat Seksyen 7 atau berhampiran dengannya.
Doubletree Hilton Shah Alam




Ke iCity : 2.5 km | Ke Uitm : 2.7 km
Harga : RM 395 ++
![]() | Booking.com | Tempah |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Nak hotel yang paling baru yang dekat dengan i-City?
Pilih Doubletree Hilton ini.
Nak ke mall Central i-City senang sebab cuma kat tepi.
Dan i-City pun kat belakang hotel ini.
Kalau duit bukan halangan, ini antara hotel paling best yang ada dalam kawasan ini.
Cuma kat sini parking berbayar per entry.
Best Western iCity



Ke iCity : 50 m | Ke Uitm : 5 km
Harga : RM 170 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Tak mahu drive jauh?
Ambil Best Western sebab ia hotel dekat sangat dengan theme park iCity Shah Alam.
Bilik anda sederhana saiznya dan moden tatahiasnya.
Dan ia dilengkapi dengan mini fridge dan peti keselamatan.
Bila nak ke iCT boleh jalan kaki.
Jadi nak balik siang atau malam dari taman tema ke bilik hotel senang bila menginap di sini.
Hotel de Art iCity



Ke iCity : 2.2 km | Ke Uitm : 4 km
Harga : RM 120 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini pula hotel dengan bilik artistik yang dekat dengan taman tema iCity Shah Alam.
Harga bilik pun biasa-biasa saja.
Biliknya sederhana saiznya tapi ada tema setiap biliknya.
Dari segi lokasi, ia hotel yang dibina dalam kawasan shop lot Seksyen 7.
Dan dalam area industri.
Jadi tiada kedai atau restoran dalam jarak jalan kaki.
Tapi taman tema ICT memang tak jauh dari sini.
Mimilala Boutique Hotel



Ke iCity : 2 km | Ke Uitm : 6 km
Harga : RM 70 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini hotel murah terbaik di Seksyen 7 Shah Alam yang dekat dengan iCity ( 5 minit berkereta).
Bilik anda tatahiasnya ringkas tapi kemas.
Hotel ini juga ada surau kecil dan water dispenser untuk kegunaan tetamunya.
Mimilala ini di kawasan shoplot yang sekitarnya banyak bengkel kereta.
Mungkin ada yang kurang selesa dengan kawasannya.
Tapi ia lengkap dengan CCTV dan staff 24 jam sehari.
Dekat Uitm
Untuk anda yang nak hotel berdekatan dengan Universiti Teknologi Mara Shah Alam di Seksyen 7, ini senarai hotel terbaik pilihan kami.
Hotel Mardhiyyah



Ke Uitm : 4 km | Ke iCity : 7 km
Harga : RM 220 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Hotel yang dulu namanya Grand Bluewave ini, antara paling hotel bagus yang hampir dengan Uitm Shah Alam.
Nak ke sana tak sampai 10 minit berkereta (bila bukan waktu puncak).
Bilik di hotel 5 bintang ini antara yang terluas di Shah Alam.
Dan lengkap dengan swimming pool di rooftop dan kelengkapan hotel untuk standardnya.
Kalau nak makan atau beli apa-apa, SACC Mall, Plaza Alam Sentral dan PKNS Shah Alam dekat saja.
Nota : Minta bilik menghadap masjid Shah Alam. Bilik-bilik menghadap jalan besar mungkin bising dengan trafik.
Concorde Shah Alam



Ke Uitm : 5 km | Ke iCity : 8 km
Harga : RM 280 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Concorde ini juga antara hotel yang popular di Shah Alam.
Biliknya sederhana dan berusia.
Tapi ia ada kolam renang dan lokasinya pun strategik.
Nak makan atau beli barang keperluan, boleh seberang jalan tepi hotel.
Plaza Shah Alam ada kat situ.
Cumanya hotel ini di Seksyen 9.
Jadi anda perlu drive lebih lama sedikit dari hotel lain dalam list ini kalau nak ke Uitm dan iCity.
Nota : Hotel ini ada parking berbumbung dalam bangunannya. Tapi hati-hati sebab laluannya sempit.
Hotel Uitm Shah Alam



Ke Uitm : 0 km | Ke iCity : 4 km
Harga : RM 130 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Kalau anda nak penginapan yang paling dekat dengan Uitm Shah Alam, pilih hotel ini.
Dan yang handle hotel ini, pelajar Uitm yang ambil kursus perhotelan.
Parking kat sini senang, dan walaupun hotelnya sudah berusia, suasananya tenang.
Dan ia ada surau dan cafe untuk anda jamu selera.
Kalau ada urusan di Uitm Shah Alam, ini hotel paling selesa untuk anda dan keluarga kalau anda tak suka tempuh jem sekitar area nya.
Hotel De Art Seksyen 7



Ke Uitm : 4 km | Ke iCity : 2.2 km
Harga : RM 120 ++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |
Ini satu lagi hotel De Art, tapi kat Seksyen 7 Shah Alam.
Hotel ini biliknya bertema dan saiz biliknya sederhana.
Cuma tema biliknya ikut taste anda.
Sebab ada yang cuma mahukan bilik minimalis dan bukan penuh warna.
Untuk makan-makan ia dekat dengan kawasan kedai makan 2 blok dari sini.
Dan kalau nak ambil angin petang, boleh joging kat taman Seksyen 7 di seberang hotel.
Okay semua, lengkap sudah senarai hotel-hotel bagus berhampiran Uitm & iCity Shah Alam yang ada di Seksyen 7.
Kalau anda mahu hotel murah, de Art dan Mimilala mencukupi.
Tapi untuk hotel lebih mewah selesa dan lokasi lebih strategik, ada beberapa hotel berdekatan Seksyen 7 yang boleh dipilih dalam list kami.
So, hotel yang mana anda nak book nanti?