hotel zero swiss

OMG! Hotel kat Switzerland ini Cuma Berbumbungkan Bintang-Bintang

Lupakan tidur dalam kabin. Atau hotel butik. Ataupun glamping mewah masa cuti.

Hotel kat Alps ini beri anda peluang merasa suasana Switzerland dalam bilik hotel tanpa dinding, tanpa bumbung.

Tapi ia datang dengan butler — yang siapkan makanan kalau anda lapar.

Bantu tunjukkan trek untuk explore kawasan Alps untuk anda terjah, dan bawa anda ke penginapan yang berbumbung kalau-kalau hari hujan.

Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.

TV? Butler anda yang akan bersiaran.

Dan beliau akan beri anda ramalan cuaca, berita terkini dari frame TV.

Senang cerita, TV hanya ada satu channel.

Interaktif, tapi tanpa remote.

Zero Real Estate

hotel zero swiss

Nama hotel ini Zero Real Estate. Dan jumlah biliknya 12. Lokasinya bilik berbatu-batu jauh dari satu sama lain.

Waktu ia baru dibuka, hari kedua saja pun bilik hotel habis ditempah untuk sepanjang tahun.

Harga? 295 Swiss francs atau RM 1,350 satu malam.

Negara Jadi Hotel

Setiap bilik anda cuma ada katil queen dan lampu tidur.

Tandas? Anda perlu jalan kaki 5 minit turun bukit dari sini.

Bunyi setup hotel ini memang pelik. Tapi 3 founder hotel ini sebenarnya orang lama dalam bidang perhotelan.

Dan sebelum mereka buka hotel ini, mereka juga ada hotel bawah tanah — kat tempat perlindungan bom nuklear.

Kata mereka, orang sekarang lebih sukakan pengalaman. Dan bilik tak boleh sekadar untuk tidur.

Dan sambung mereka lagi, tidur di bawah bintang, dikeliling gunung dan ditiup angin bayu, membolehkan Switzerland itu sendiri menjadi hotel.

Pelik? Tak sanggup?

Orang kat Europe tak rasa begitu. Jadi bilik kat sini sebenarnya hampir sentiasa sold out. Waiting list pun lebih 9,000 tetamu.

Camna? Ada hotel Malaysia yang nak tiru?