11 Hotel Melaka Di Tepi Sungai Melaka & Ada View River Cruise Yg Best

Anda nak cari hotel dengan pemandangan sungai Melaka?

Kami boleh bantu.

Ini senarai hotel-hotel best di tepi area sungai Melaka itu.

Casa Del Rio

hotel casa del rio waktu malam yg cantik di tepi sungai melaka
Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini bukan saja kat tepi sungai Melaka dan ada pemandangan sungai, tapi juga gaya macam kat Sepanyol.

Bilik anda besar, dan taraf hotel ini 5 bintang.

Memang rasa homely, rasa mewah kat sini.

Dan bagus lagi, ia dekat dengan Jonker Walk.

Dan kalau hotel kawasan Bandar Hilir Melaka selalunya susah nak cari parking, yang ini ada parking besar depan hotel saja.

Alamat : 88, Jalan Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-289 6888

Penting : Walaupun semua hotel dalam list kami ini di tepi sungai, cuma sesetengah biliknya menghadap sungai Melaka. Semasa tempah bilik, pilih bilik River View untuk dapat bilik dengan pemandangan sungai.

RC Hotel

bangunan hotel rc melaka yang ada pemandangan melaka river cruise
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

RC Hotel atau River Cruise Hotel ini ada bilik dengan view sungai Melaka.

Ia tak jauh dari Jonker Walk, dan sesetengah biliknya besar untuk harganya.

Tapi seperti hotel tepi sungai Melaka yang lain, parking kereta anda adalah di tepi jalan – dan kalau cuti memang susah nak cari.

Alamat : No 36, Jalan Kampung Pantai, 75100 Melaka / 06-283 3233

Aava Hotel Melaka

verandah hotel aava melaka ada pemandangan sungai dan river cruise
Harga BiasaRM 220 ++
Tempah
Tempah

Aava ini hotel butik peranakan yang kecil kat riverside sungai Melaka.

Biliknya luas, dengan deko yang sesuai untuk anda yang nak merasa tinggal di rumah nyonya yang cantik.

Walaupun kecil, ia ada pool yang menghadap sungai.

Dan kalau anda nak layan panorama sungai Melaka, jalan ke belakang hotel saja.

Sebab ia sekitar kawasan Jonker Walk, parking payah, perkara biasa. 

Alamat : 10, 14 12, Jalan Kampung Hulu, 75200 Malacca / 06-288 3977

Nota : Ia dalam jalan yang sama dengan hotel 906 Riverside (yg ada dalam list ini). Jadi nak makan kat Makan Avenue pun sama senang.

The Shore Hotel

hotel the shore melaka di tepi sungai melaka
Harga BiasaRM 185 ++
Tempah
Tempah

Hotel The Shore ada kat tepi sungai Melaka.

Tapi selain hotel, ia juga ada mall, aquarium, jambatan tengok panorama dan muzium permainan untuk imbau zaman kecil anda. 

Bilik anda luas, dan ia ada swimming pool untuk anda layan.

Pool anak pun ada, dan siap dengan slide. Balkoni luas.

Parking pun tiada masalah.

Sayangnya hotel ini cuma ada beberapa lif.

Ia mungkin sesak bila cuti umum atau hujung minggu. 

Alamat : Level GF, 193, Pinggiran @Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100, Melaka / 06-282 8200

Nota : Dinding bilik airnya guna frosted glass. Tak sesuai untuk yang pentingkan privacy di bilik mandi.

Swiss Garden

suasana bilik the swiss garden bandar hilir melaka
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Hotel Swiss Garden ini ada di sebelah The Shore saja.

Bilik anda luas saiznya dan ada balkoni.

Jadi boleh layan pemandangan bila malam nanti.

Untuk mandi di swimming pool, ia ada pool bersaiz Olimpik yang dikongsikan dengan tetamu hotel The Shore.

Tapi seperti hotel The Shore, jumlah lif yang sedikit antara kelemahan terbesarnya.

Alamat : T2-4, The Shore @ Melaka River, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75300 Melaka / 06-288 3131

The Pines Melaka

suasana hotel the pines di muara sungai melaka yang ada pemandangan river cruise dan kg morten
Harga BiasaRM 260 ++
Tempah
Tempah

Moden dan luas, dan sesetengah bilik ada ruang tamu dan pantri – itu antara kelebihan di The Pines ini.

Bilik yang lebih mahal kat sini datang dengan balkoni.

Dan ia ada view sungai Melaka dan Kampung Morten kat tepi.

Hotel ini juga popular untuk keluarga.

Sebab ia juga ada pool dan playground untuk anak anda.

Alamat : 33, Jalan Tun Sri Lanang, 75100 Melaka / 06-240 2323

906 Riverside

suasana malam hotel 906 riverside melaka
Harga BiasaRM 98 ++
Tempah

Hotel 906 Riverside ini di belakangnya ada sungai Melaka.

Bilik anda biasa sahaja tata hiasnya.

Tapi nak ke Jonker Walk, dekat.

Dan kalau nak hirup Cendol Kg Hulu ia dalam jarak jalan kaki dan dalam Makan Avenue.

Masjid Kg Hulu pula, lintas jalan dah sampai situ.

Parking? Susah sebab hotel ini sekitar pesisir Jonker Walk Melaka.

Alamat : 52, Jalan Kampung Hulu, 75200 Melaka / 06-282 8906

Tips : Selain jalan utama, ada letak kereta kat belakang hotel ini (lorong tepi sungai).  

Backyard Rio

pemandangan sungai melaka dari verandah backyard rio hotel
Harga BiasaRM 320 ++
Tempah
Tempah

Hotel kecil yang diuruskan keluarga ini satu lagi penginapan yang ada pemandangan sungai Melaka.

Ia sesuai untuk keluarga atau kumpulan 4 – 6 orang.

Sebab ia ada 3 guesthouse – yang pertama ada 1 bilik, dan yang lain 2 bilik.

Penginapan anda simple tapi selesa.

Dan kalau nak ke area sekitar Jonker Walk, memang boleh jalan kaki saja.

Parking? Macam biasa, satu masalah macam hotel lain kawasan area Jonker.

Alamat : 19A, Lorong Jambatan, Kampung Jawa, 75100 Melaka / 017-656 5099

Quayside Hotel

hotel quayside melaka yang cantik dan dekat dengan jeti muara river cruise
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah

Nak hotel betul-betul di tepi sungai Melaka?

Hotel ini jawapannya.

Sebab ia bukan saja ada bilik dengan pemandangan sungai, tapi ia kat sebelah jeti Melaka River Cruise (jeti Muara).

Senang nak naik river cruise bila-bila masa.

Dan sebab ia di jalan utama, lebih rasa selamat berbanding hotel di kawasan lorong Jonker.

Tapi kelemahan hotel ini ada dua.

Satu, parking payah. Kedua, bilik yang menghadap jalan, agak bising dengan bunyi trafik jalanraya.

Alamat : Jln Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka / 06-284 1001

Tips : Ini hotel yang paling dekat dengan jeti River Cruise Melaka.

Cozy Riverside

hotel cozy riverside ini hotel murah dekat sungai melaka
Harga BiasaRM 88 ++
Tempah
Tempah

Cozy Riverside bukan saja ada pemandangan sungai Melaka tapi murah harganya.

Bilik anda simple saja – sesuailah dengan harga.

Tapi suasana sekitar agak tenang sebab ia di pesisir kawasan Jonker Walk.

Kalau nak ke tarikan di bandar Hilir Melaka drive tak jauh mana.

Dan parking macam biasa, berebut cari bay tepi jalan saja. 

Alamat : 30, Jalan Kota Laksamana 1/1, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka / 06-288 9779

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Riverside Bliss: 11 Melaka Hotels Along the Melaka River With Awesome River Cruise Views!

hotel best honeymoon melaka - 1825 hotel yang di tepi sungai melaka
Harga BiasaRM 120 ++
Tempah
Tempah

Hotel butik kecil ini ada di tepi kawasan river walk sungai Melaka.

Jadi kalau nak bergambar, nak cuci mata, dekat saja.

Bilik anda selesa. Dan sebelah sungai ada balkoni untuk lepak layan panorama sungai sama-sama.

Sesuai lah untuk yang berbulan madu kat Melaka.

Cuma kalau anda berkereta, parking lotnya terhad dan sempit.

Mungkin terpaksa park jauh, dan kurang ideal untuk yang ada anak kecil bersama.

Alamat : 27, Jln. Bunga Raya, Kampung Jawa, 75100 Melaka / 06-288 2868

Okay, complete sudah senarai hotel-hotel yang ada untuk anda yang nak beromantik layan view sungai Melaka.

Kalau anda nak view dari tempat tinggi, pilih hotel-hotel tinggi di bangunan macam The Shore, The Pines atau Swiss Garden.

Tapi kalau bajet tinggi dan nak yang panorama sungai Melaka yang lebih dekat lagi, Casa Del Rio hotel yang tepat untuk bercuti.

So, hotel mana yang dekat di hati?

JomJalan Seluruh Melaka

Senarai tempat tarikan best di Melaka
Hotel terbaik Melaka pilihan kami
Layan kedai makan sedap Melaka
Promo hotel, tarikan Melaka
Jomjalan