Nak tidur di hotel Bukit Bintang masa cuti di Kuala Lumpur nanti?
Ini 16 hotel paling best kat area Bukit Bintang untuk semua bajet.
Jom tengok semuanya.
Hotel Best kat Bukit Bintang
Hotel Murah
Ini senarai hotel bajet paling bagus kat Bukit Bintang yang ada.
Chill Box KL
Harga Biasa | RM 69 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel bajet serba minimalis ini letaknya di kawasan belakang Berjaya Times Square.
Dan kawasan dalamnya bersih dan kemas sebab hotel ini baru dibuka pada 2020.
Untuk ke sana-sini, tren terdekat ialah tren monorail Imbi.
Kawasan ini ada kedai mamak, dan kalau nak 7E, anda satu kat Berjaya Times Square yang dalam jarak jalan kaki.
Ceria Hotel
Harga Biasa | RM 65 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini pun jenis yang murah dan selesa.
Untuk ke mall Times Square Bukit Bintang dan Lalaport pun boleh jalan kaki saja.
Bilik anda ada singki di luar dan ada rain shower yang buat puas mandi.
Cuma bilik airnya jenis cermin kabus dan tak ada kunci.
Untuk ke mana-mana, boleh ambil tren LRT di Hang Tuah atau monorail Imbi.
Asia Like Boutique Hotel
Harga Biasa | RM 75 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel butik yang kecil ini menghadap jalan besar.
Jadi ada sesetengah bilik yang bising.
Akan tetapi untuk anda yang menginap untuk 1 malam dan mahu hotel dengan bilik ringkas dan dekat dengan tren, ini antara hotelnya.
Untuk shopping, Low Yat dan Berjaya Times Square dalam jarak jalan kaki.
Begitu juga tren monorail Imbi.
Hotel 3 Bintang
Kalau anda datang dengan family, atau bajet sederhana, ini senarai hotel 3 bintang paling best di Bukit Bintang, KL yang ada.
Chaos Hotel
Harga Biasa | RM 189 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik di hotel butik Bukit Bintang ini kecil, tapi dihias gaya industri.
Disebabkan ini, ia memang terbaik dan selesa untuk solo traveller atau pasangan muda berhoneymoon yang nak ke Bukit Bintang dan shopping puas-puas.
Pavillion, Starhill, Fahrenheit dan lain-lain mall, tak sampai 5 minit jalan kaki.
Pendek kata untuk yang nak merasa suasana kawasan ini sampai malam, ini antara lokasi yang ideal sekali.
Parking ada. Tapi anda perlu bayar RM 27/ sehari (harga ini tepat sehingga awal 2020).
Travelodge Bukit Bintang
Harga Biasa | RM 159 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini moden dan selesa.
Lokasinya cukup strategik, dan kedai makan popular (seperti Nasi Ayam Chee Meng dan TG’s Nasi Kandar dalam 5 minit jalan kaki sahaja).
Travelodge ada tempat letak kereta, tapi amat terhad jumlahnya.
Dan sebab ia di Jalan Alor (yang sesak dengan penjaja Cina waktu malam), payah juga kalau anda datang berkereta.
Hotel Capitol
Harga Biasa | RM 145 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Capitol di Bukit Bintang tatahiasnya ringkas, tapi bersih.
Lokasinya cukup ideal.
Untuk enjoy kawasan ini, memang senang sebab ia dekat dengan hampir semua mall di Bukit Bintang.
Ia tiada swimming pool, tapi anda boleh ke hotel sebelah (Federal Hotel) dan mandi manda tanpa masalah.
Kalau anda berkereta, ia juga ada parking percuma (di Lowyat Plaza).
Melange Hotel Bukit Bintang
Harga Biasa | RM 139 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini ada kat tengah Bukit Bintang, jadi dekat bila nak ke Lot 10, Pavillion dan mall lain kat sini.
Bilik anda kecil, tapi dihias simple dan moden.
Semasa post ini kami tulis, semua bilik datang dengan peti keselamatan, minibar dan room service.
Akan tetapi, pintu masuk Melange ini di lorong belakang Bukit Bintang.
Sebab itu, untuk wanita, kami tak sarankan pada anda.
Hotel Twenty 8B
Harga Biasa | RM 169 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kecil 5 tingkat ini biliknya kecil tapi stylo.
Tempat makan mamak memang senang di cari dari hotel ini.
KKMart dan Family Mart juga tak sampai 5 minit jalan kaki.
Cumanya ia di lorong belakang Bukit Bintang, dan ia dekat dengan kawasan kelab malam.
Parking hanya ada di tepi jalan, dan bukan dalam lot sendiri.
Hotel 4 Bintang
Kalau anda cuti honeymoon atau nak sambut hari istimewa, dan bajet bukan halangan, ini antara hotel 4 bintang terbaik di Bukit Bintang yang ada.
CitizenM
Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Suka bergambar?
Hotel ini cukup unik dan artsy. Boleh jadi spot penuhkan gambar anda di IG.
Katil bilik anda saiznya XL dan semua fasiliti bilik (seperti Tv dan aircond) dikawal dari iPad.
Untuk yang datang honeymoon, anda boleh juga tukar mood lampu (dari mood menonton tv kepada ke mood romantis gitu).
Kelemahannya satu. Ia di pinggir Bukit Bintang.
Jadi kalau nak ke kawasan sekitar Pavillion, lebih baik ambil Grab dari jalan kaki.
TIPS : Kalau anda datang dengan keluarga, mungkin anda nak pertimbangkan menginap di homestay area Bukit Bintang juga.
Wolo Hotel
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Wolo yang serba glamour ini letaknya betul-betul di simpang utama Bukit Bintang.
Jadi mudah nak bershopping dan layan cafe di kawasan ini.
Kalau anda nak berbulan madu di KL, ini hotel yang ideal, tak kisahlah samada anda nak terperap di bilik atau shopping tak ingat nak balik.
Untuk parking, kami sarankan anda parking di Lot 10 (di seberang hotel) sebab Wolo tiada tempat untuk itu.
KL Journal
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda datang berkeluarga, ini hotel best di Bukit Bintang yang ada swimming pool dan bilik yang agak besar untuk anda semua.
Ia datang dengan tingkap besar untuk anda layan pemandangan Bukit Bintang pada malam hari.
Kalau nak shopping, dan makan-makan, semua dalam jarak jalan kaki.
Parking bukan masalah.
Cumanya anda perlu bayar RM 10 sehari (harga ini tepat sehingga awal 2020).
Verdant Hill
Harga Biasa | RM 229 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Verdant Hill ini biliknya luas, bersih dan cantik.
Ia juga ada swimming pool inifiniti yang kecil yang dibahagikan kepada dewasa dan si kecil anda.
Jadi ia antara hotel terbaik di Bukit Bintang untuk keluarga dengan bajet sederhana.
Verdant Hill ini berada di pinggir Bukit Bintang.
Jadi sesuai untuk anda yang berkereta kerana ada parking percuma di hotel.
Untuk layan mall di Bukit Bintang, kami sarankan anda ambil Grab sahaja (5 minit perjalanan).
Hotel 5 Bintang
Ini hotel-hotel 5 star terbaik untuk anda yang mahu cuti mewah dan puas hati di area Bukit Bintang ini.
Pavillion Hotel
Harga Biasa | RM 680 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Pavillion yang berada di tingkat atas mall paling terkenal di Bukit Bintang ini datang dengan bilik yang luas.
Bilik anda datang dengan coffee maker, walk-in closet dan TV 55 inci.
Dan kalau anda betul nak manjakan diri, ambil bilik Grand Oasis yang ada tub mandi bulat dengan cermin di keliling.
Nak shopping?
Keluar bilik, tekan butang lif.
Lif terbuka, mall ada depan mata.
JW Marriot
Harga Biasa | RM 480 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel serba classy Bukit Bintang ini letaknya bertentangan dengan mall Pavillion.
Dengan bilik yang besar, bergaya dan mewah, cuti anda di Marriot ini bakal membuatkan anda rasa seperti taycoon besar zaman penjajah.
Nak shopping, memang senang.
Pavillion ada di seberang, dan mall lain kebanyakannya cuma 5 minit jalan kaki.
The Westin KL
Harga Biasa | RM 380 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Datang dengan anak kecil?
Nak hotel 5 bintang yang paling best di Bukit Bintang untuk family?
Hotel The Westin ini jawapannya.
Bukan sahaja ia ada sarapan buffet yang pelbagai untuk anda dan anak, ia juga ada Kid’s Club untuk mereka.
Dan kalau hotel lain tak membenarkan si kecil berada di Club Lounge, ia bukan masalah langsung di sini.
Swimming pool? Cukup besar untuk seisi keluarga.
Pendek kata, kalau anda nakkan hotel di Bukit Bintang yang mesra keluarga, dan makanannya wow belaka, ini yang kami rekomen kat semua.
Banyan Tree
Harga Biasa | RM 800 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel di Banyan Tree cukup sesuai untuk anda yang mahu manjakan diri.
Biliknya besar dan elegan.
Setiap satu juga lengkap dengan tub mandi dan pemandangan bandar, Menara KL ataupun KLCC.
Senang cerita, ini hotel terbaik di Bukit Bintang kalau mengikut buku kami.
Lagipun ia ada pemandangan paling power kat KL dari tub mandi.
Jadi macam mana?
Antara semua hotel best-best di area Bukit Bintang ini, yang mana satu yang anda nak book cuti nanti?
Nak yang gaya boutique, bajet atau yang belanja besar untuk si buah hati?