Ini hotel-hotel paling best yang ada berdekatan stesen KL Sentral dan mall Nu Sentral.
Semuanya hotel yang selesa bukan saja untuk solo traveller, tapi juga keluarga.
Jom tengok senarai hotelnya.
Hotel Terbaik Berdekatan KL Sentral
Hotel Aloft



Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Hotel Aloft ini hotel moden yang minimalis tatahiasnya.
Dan ada ia pool infiniti untuk layan pemandangan bandaraya.
Dari hotel ke KL Sentral senang.
Sebab Aloft dan KL Sentral bersambung dengan jambatan penghubung di mall Nu Sentral.
Dan sebab ia dekat Nu Sentral, nak shopping atau cari keperluan pun mudah.
Boleh ronda dalam selesa aircond sentiasa.
Ke KL Sentral : 70 m
Tips : Ini hotel paling dekat dengan KL Sentral. Untuk makluman anda, tiada hotel di dalam KL Sentral buat masa ini. Yang ada cuma hotel berhampiran dengan stesen atau di bangunan tepinya saja.
Le Meridien



Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Nak merasa bermewah di hotel 5 bintang yang dekat KL Sentral?
Kalau ya, ini hotelnya.
Hotel ini di tepi KL Sentral saja.
Dari pintu keluar KL Sentral, anda cuma perlu lintas jalanraya (ada pedestrian crossing) untuk ke hotel anda.
Biliknya anda sederhana saiznya.
Tapi layanan dan buffet sarapan kat sini ramai yang puji.
Ke KL Sentral : 80 m
Tips : Kalau anda ramai dan bawa beg berat atau banyak, jangan lupa call hotel sebelum sampai. Bergantung kepada pintu keluar anda, mereka mungkin boleh jemput anda terus dari KL Sentral dengan bellboy dan minivan mereka.
Hilton KL



Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini satu lagi hotel 5 star di tepi KL Sentral Station.
Bilik anda mewah, dengan open bathroom yang best kalau anda dengan pasangan atau solo saja.
Dan view dari tingkat atasnya dari bilik yang menghadap tasik memang cantik.
Nak ke hotel Hilton KL sama macam ke Le Meridien.
Sebab ia sebelah-menyebelah saja.
Ke KL Sentral : 80 m
[static_content id=”25022″]
St Regis



Harga Biasa | RM 900 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
St Regis ini hotel mewah di sekitar area KL Sentral yang hadir dengan tub mandi yang ada pemandangan power.
Selain bilik yang luas, hotel mewah ini juga antara hotel KL yang ada perkhidmatan butler.
Jadi nak pack unpack beg, gosok baju, kilatkan kasut atau tempah apa-apa, beri saja kerja itu padanya.
St Regis cuma dalam 800 m dari KL Sentral.
Dari stesen KL Sentral ke hotel mengambil masa dalam 5 minit saja dengan teksi atau Grab.
Ke KL Sentral : 800 m
Tips : Kalau anda nak berjalan, dari KL Sentral ikut arah ke Q Sentral melalui jambatan pejalan kaki. St Regis ada di bangunan itu. Jaraknya dalam 15 minit. Tapi tak disarankan sebab e-hailing lebih cepat, lebih selesa.
Ascott Sentral



Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Anda datang dengan keluarga?
Okay, Ascott ini apartmen berhampiran dengan KL Sentral yang luas untuk semua.
Apartmen kat sini besar dengan dapur yang cukup kelengkapannya.
Terasa duduk kat rumah mewah sekejap masa menginap kat dalamnya.
Untuk ke KL Sentral dari Ascott mengambil masa dalam 5 – 8 minit berkereta.
Ke KL Sentral : 1.3 km
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Unveiling the Best Hotels near KL Sentral & Nu Sentral – 3 Within Walking Distance!
Ini 5 hotel terbaik yang ada di sekitar area KL Sentral untuk anda yang pentingkan rehat yang selesa.
Pada kami, Hotel Aloft adalah yang terbaik dari segi harga.
Ia pun dekat dengan KL Sentral dan mudah untuk cari keperluan cuti tanpa perlu berkereta.
Alternatif lain untuk yang travel solo ialah untuk tempah hotel harga murah sekitarnya.
So, anda pilih yang mana?