Kalau lepas Covid reda, anda nak melaram puas-puas, dan nak merasa duduk hotel terbaik dalam dunia, berita baiknya, hotel ini tak jauh mana.
Cuma perlu naik flight sekejap saja. Duduk kat Capella Bali — hotel yang dinobat hotel terbaik dunia untuk tahun 2020 oleh CN Traveller.

Bunyinya pelik, tapi itulah hakikatnya. Koleksi khemah gergasi dalam hutan ini penginapan yang paling power dalam dunia.
Rekaan Hotel Luarbiasa

Pereka hotel ini Bill Binsley.
Ini arkitek sama yang mereka istana Tuanku Mizan di Terengganu yang mewahnya sampai sekarang buat rakyat Malaysia ternganga.

Khemah-khemah ini dibuat dalam hutan di Tegallalang — yang famous dengan sawah padi lereng bukitnya. Lebih tepat lagi, lokasinya kat kaki Gunung Agung.
Tips : Nak jimat duit masa travel oversea? Ini money exchange paling murah, paling mudah utk anda travel nanti.
Dan disebabkan memang di kaki gunung, anda boleh daki gunung ini awal pagi dan sarapan di puncak dengan buah hati.

Khemah ini letaknya menghadap hutan. Dan setiap satu dari 23 khemah kat sini ada kolam renang peribadi.
Dari satu khemah ke khemah lain, ada jambatan gantung yang menghubungkan khemah sesama sendiri.

Capella ini asalnya nak dibuat hotel 100 bilik, tapi designer hotelnya, Bill Bensley berjaya meyakinkan ownernya ( Suwito Gunawan, jutawan besi Indonesia) yang konsep glamping ultra mewah ini lebih keren.

Hasilnya — lahir satu resort glamping yang segar, eksotik, mewah dan dramatik tatahiasnya.
Separa antik, separa kolonial dan jauh berbeza dari mana-mana hotel di Bali ini.

Mewah Serba Serbi

Kat airport anda bakal dijemput dengan kenderaan yang lengkap dengan sikat, cermin tangan, tuala sejuk. Dan kalau lapar, ada buah, biskut dan air dalam kenderaan ini.
Bila sampai, anda akan dapat beg camping yang siap dengan survival kit, minyak aromaterapi sampailah ke ponco hujan.
Dan nak balik ke airport, kalau tak mahu tempuh jem, boleh book helikopter dari sini.

Amacam? Nak honeymoon mewah kat Capella bila Covid reda nanti?
Boleh bang. Tapi marhaen macam kita ini, wajib bertabah telan megi hari-hari sebelum cukup menabung nak tidur sini.
Harga : RM 4800++
![]() | Booking.com | Tempah | |
![]() | Agoda.com | Tempah |