Siapa kata honeymoon tengah bandaraya tak romantik?
Ini hotel-hotel untuk bulan madu dalam kawasan town Malaysia yang power untuk anda berdua.
Jom tengok hotel-hotelnya.
Hotel Paling Best Utk Honeymoon di Malaysia (Dalam Bandar)
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur ada hotel-hotel mewah dan romantik, dan juga mall yang best-best. Sesuai sangatlah untuk berbelanja sambil honeymoon sama-sama.
Majestic KL
Harga Biasa | RM 490 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak bernostalgia sambil diulit mewah zaman kolonial? Majestic KL hotel honeymoon untuk anda.
Kat sini, boleh manjakan diri. Majestic Spa ada untuk isteri. Ada juga Truefitt & Hill – antara hairdresser paling terkemuka kat dunia untuk suami.
Rasa nak tambah romantik? Minum petang kat bilik Orchid.
W Hotel
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
W hotel ini ceria dan penuh glamor.
Untuk orang muda yang berbulan madu kat KL, hotel ini memang bawa vibe gembira.
Rasa fresh sentiasa.
Nak bergambar pun senang. Banyak spot untuk share dengan followers.
Hotel Honeymoon Terbaik Di Malaysia
EQ KL
Harga Biasa | RM 580 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik cantik, view luas, dan semua ada tab mandi – memang cun cuti sini.
Hotel ini classy. Dari bilik sampai sarapan pagi.
Bila nak balik anda mungkin berkata sendiri, kalaulah ada cuti, memang nak lajak sehari dua lagi.
Tips : Restoran Sabayon dalam hotel ini ada view cantik untuk dinner romantik. Tapi status halalnya kami tak pasti.
Grand Hyatt
Harga Biasa | RM 680 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak hotel view romantik masa honeymoon?
Hotel Grand Hyatt KL ini jawapannya.
Dari bilik sampai ke sarapan, view memang power sentiasa.
Tambah pula makanannya antara terbaik di ibukota.
Nak tambah romantik? Ambil suite dengan bathtub. Dapat berendam dengan view yang sukar nak lupa.
Villa Samadhi
Harga Biasa | RM 850 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel romantik ini rasa macam escape ke Bali.
Bilik kayu, pool tengah hotel dan kawasannya yang tersorok buat ia macam kat pulau.
Tambah bagus lagi untuk isteri, nak shopping kat KLCC easy peasy. Drive 5 minit saja dari sini.
Mandarin Oriental KLCC
Harga Biasa | RM 580 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Mewah dan classy.
Ini hotel honeymoon di KL untuk anda dilayan mesra dari mula jejak kaki sampai masa makan pagi.
Nak berbelanja? Mall Suria KLCC cuma beberapa tapak dari pintu masuknya.
Tips : Restoran Mandarin Grill kat sini halal dan romantik. Best untuk layan grill dan steak.
Ritz Carlton
Harga Biasa | RM 550 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Dengan tiang roman dan marmar di dalam hotel, ia memang mewah macam hotel kat Eropah.
Bilik pun klasik dan cantik.
Untuk shopping dan cuci mata, shopping mall area Bukit Bintang pun dekat saja.
Info: Presiden Amerika, Barack Obama menginap kat sini masa datang ke Malaysia.
Hotel Kloe
Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
You berdua muda dan suka benda-benda hipster?
Try hotel Kloe kat tengah ibukota.
Bilik anda artistik.
Jadi nak bergambar pun cantik.
Dengan bilik suasana berbeza, mana tau ada idea business bersama yang tercetus masa di pangkuan si dia.
Ipoh
Bandaraya hipster ini ada hotel di kawasan dalam townnya yang sesuai untuk dibuat honeymoon.
The Banjaran
Harga Biasa | RM 2100 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Resort Ipoh ini hotel 5 bintang untuk honeymoon dalam bandaraya Ipoh.
Tempat makan, ruang spa dan kawasan hotel luar biasa. Ada yang dibuat dalam gua. Dan kawasan resort memang aman, dengan suasana hutan.
Sesuai untuk yang nak habiskan masa di bilik, dan cuma sesekala ke pekan.
Melaka
Untuk yang nak layan bandaraya Melaka masa bulan madu, kawasan bandaraya nya ada beberapa hotel yang sesuai untuk itu.
The Majestic Melaka
Harga Biasa | RM 350 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini bungalow lama yang ditukar menjadi hotel klasik.
Kami suka hotel ini sebab ia gaya nyonya Melaka. Dan ia ada sajian Serani, sesuatu yang amat jarang ada di negara ini.
Instagram friendly? Yang itu, sudah pasti.
Casa Del Rio
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel tepi sungai Melaka ini ada gaya cuti kat Sepanyol.
Bilik anda luas. Pemandangan dari bilik yang menghadap sungai Melaka pun romantik.
Bila nak tengok tarikan bandar Melaka, jalan kaki pun boleh cik adik.
Rosa Melaka
Harga Biasa | RM 220 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Buat yang nak holiday macam kat New York, boleh datang bulan madu kat Rosa Melaka.
Dengan dinding bata merah dan bilik hipster, kalau bergambar, macam holiday kat luar negara.
Harga? Sesuai dengan bajet mempelai muda.
Selangor
Kalau anda orang Selangor dan tak berkesempatan nak bulan madu jauh, ini hotel yang kami sarankan untuk holiday pertama suami isteri.
Sunway Resort
Harga Biasa | RM 490 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Nak honeymoon mewah yang senang shopping dan sebelah taman tema? Ini hotelnya.
Honeymoon kat sini bakal penuh aktiviti – dari masuk ke taman tema dan berbelanja kat Sunway Pyramid satu hari.
Biliknya? Klasik tapi mewah – sesuai sangatlah untuk honeymoon bila duit bukan masalah.
Ami Suite
Harga Biasa | RM 230 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Sesuai untuk anniversary, Ami Suites ini ada bilik gaya Perancis untuk feel bercuti kat luar negeri.
Dalam bilik, dan kawasan hotel memang banyak spot bergambar untuk memori.
Terasa nak berbelanja? Mall Publika cuma 5 minit berkereta.
Putrajaya
Nak sambut bulan madu masa Floria atau masa Festival Belon Panas kat Putrajaya? Ini hotel-hotel romantik yang bagus yang ada.
Le Meridien Putrajaya
Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel moden ini bersambung dengan IOI City Mall — mall terbesar di Malaysia. Jadi shopping masa honeymoon senang saja.
Bilik anda moden dan cosy. Kebanyakannya ada bath tub sekali.
Untuk jamu selera, restoran Le Mei nya ada hidangan Cina halal untuk santapan anda berdua.
Kota Kinabalu
Berikut pula hotel di bandaraya Kota Kinabalu yang romantik untuk cuti honeymoon dengan si dia.
Shangri la Tanjung Aru
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel paling romantik untuk layan matahari terbenam di Tanjung Aru.
Kebanyakan bilik ada tab mandi. Nak tambah romantik, ambil bilik seaview. Ia ada veranda untuk layan pemandangan laut bila-bila you berdua mahu.
Nak snorkeling layan pulau? Senang saja. Ada bot ke sana dari jeti tepi resort anda.
Penang
Bagi anda yang nak teroka Penang dan layan makanannya, berikut adalah hotel-hotel best untuk honeymoon di bandaraya Georgetown.
The Prestige
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kena dengan nama, hotel The Prestige ini buat anda rasa macam taikun balak Malaysia.
Hotel ini minimalis. Tapi warna emasnya buat bilik anda rasa mewah habis.
Bilik air berdinding kaca. Yup! Nakal-nakal design nya. Sesuai sangatlah untuk honeymoon orang muda.
Macalister Mansion
Harga Biasa | RM 750 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel honeymoon kat Penang yang rasa macam kat mansion England.
Bilik anda moden dan artistik. Lengkap juga dengan bilik air luas dan cantik.
Untuk memori cuti, hotel ini memang banyak spot baik untuk upload ke IG.
88 Armenian
Harga Biasa | RM 690 ++ |
---|---|
Tempah |
Hotel butik ini kecil tapi extra selesa dan tasteful hiasannya.
Sesuai untuk mereka yang classy. Atau nak diulit prestij masa honeymoon kat Penang nanti.
Toiletries mewah anda dari Aesop, TV anda dilengkapi Amazon Prime dan speaker di bilik berjenama D&O dari Denmark.
Bila datang, tak mahu pulang.
Cukup kat sini dulu senarai hotel kami.
Sebab kami dah tunjukkan yang hotel-hotel honeymoon best sebenarnya ada kat area bandaraya Malaysia.
Kesemua hotel mewah kat atas kami suka.
Sebab semuanya cantik dan romantik.
So, hotel mana yang nak pergi, cik adik?