Bagi anda yang nak honeymoon kat pulau, ini post yang anda cari.
Kami kumpulkan hotel paling romantik dan paling best untuk bulan madu kat pulau dalam Malaysia dengan buah hati anda nanti.
Jom tengok.
Hotel Terbaik untuk Honeymoon di Malaysia (di Pulau)
Pulau Redang
Pulau Redang di Terengganu ini menjanjikan air jernih dan pantai putih untuk anda dan buah hati layan snorkeling bersama.
Taaras Redang



Harga Biasa | RM 700 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini hotel terbaik untuk honeymoon di Redang.
Pantainya antara yang terbaik di Malaysia.
Dan kalau snorkeling nanti, anda berpeluang bertemu penyu masa bulan madu.
Untuk orang KL, ada flight direct dengan Berjaya Air terus dari Subang ke Redang. Flight anda pun cuma 1 jam.
Pulau Langkawi
Dalam banyak-banyak pulau Malaysia, ini pulau yang banyak hotel romantik dan banyak tarikan masa anda honeymoon nanti.
St Regis Langkawi



Harga Biasa | RM 1500 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Serba mewah, serba gaya, hotel St Regis Langkawi buat honeymoon teringat sampai bila-bila.
Bila malam, anda boleh makan di restoran Kayu Puti sambil layan bunyi ombak dan rasa bayu laut menghembus pipi.
Nak layan romantik senja?
Boleh jalan di tepi pantai atau dari bilik anda saja.
Four Seasons



Harga Biasa | RM 2500 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Resort antara termahal di Malaysia ini antara penginapan honeymoon pilihan mereka yang berada.
Kolam renang di sini ada yang khas untuk dewasa, dan anda ada cabana sendiri untuk privasi.
Bilik anda bukan saja mewah tapi luas. Pantai? Kawasan pantai memutih tersedia untuk dilayan pagi ataupun senja.
[static_content id=”38145″]
The Datai



Harga Biasa | RM 1300 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Sekali masuk, tak mahu keluar lagi – ini ayat biasa untuk tetamu Datai Langkawi.
Sesetengah bilik di Datai lengkap dengan private pool dan luas untuk anda berdua. Pilih saja samada mahu di kawasan hijau hutan atau yang dekat dengan laut.
Untuk makan malam romantik, restoran dalam hotel pun sudah cukup untuk jamu selera dengan si dia.
Meritus Pelangi



Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Buat mereka yang mahu honeymoon, dan mahu senang ke tarikan masa di Langkawi, antara pilihan yang baik ada di Meritus Pelangi.
Ia di tepi pantai Cenang.
Jadi anda berdua boleh main air berdua, dan malam meronda kawasan pekan untuk cuci mata.
Penginapan gaya Melayu.
Dan sesetengahnya ada verandah untuk layan pemandangan senja.
Dash Resort



Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Ini tempat honeymoon dengan feel party.
Muzik di sana sini.
Untuk orang muda happy-happy.
Pantai anda kecil, tapi pool yang ada mencukupi untuk dilayan nanti.
Kawasan hotel pun best untuk selfie atau ber OOTD.
Nak sunyi dan aman?
Not here, baby.
Sila ambil resort lain dalam list kami.
La Villa



Harga Villa | RM 899 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Villa peribadi ini memang sesuai untuk bulan madu Langkawi.
Ia cosy, penuh privasi.
Antara sebabnya ialah ia antara penginapan kat Langkawi yang ada private pool sendiri.
Bilik anda pun besar, boleh practise rasa duduk rumah sendiri. Dan nak ke swimming pool, boleh pagi atau malam hari, cuma berdua, penuh privacy.
Casa del Mar



Harga Biasa | RM 890 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Bungalow Casa Del Mar ini kalau tengok sekali, nampak biasa.
Tapi jangan tak tahu, yang ia kerap sangat menang hotel terbaik Malaysia.
Sebabnya servis kat sini bakal memanjakan anda berdua.
Contohnya, balik makan malam, villa anda dikemas semula, dipasang wangian aromaterapi dan diletak ramalan cuaca untuk senang plan cuti esoknya.
Nak extra romantik?
Tambah pakej Castaway supaya anda boleh piknik berdua di pulau tiada manusia.
Pulau Tioman
Kalau anda dan pasangan jenis suka adventure dan mencari kawasan pulau yang jauh dari manusia, Tioman cocok untuk honeymoon berdua.
Japamala Resort



Harga Biasa | RM 1300 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Japamala cuma ada 13 bilik. Jadi anda bakal rasa resort Tioman ini macam resort peribadi anda berdua.
Dengan pantai peribadi memutih dan villa dibina supaya mesra sekitarnya, ini resort untuk bersunyi romantik bersama.
Nak snorkeling? Tak perlu pergi jauh. Kawasan jeti pulau ini pun sudah mencukupi.
Pulau Gaya
Menginap di pulau Gaya bermakna tinggal bulan madu di pulau yang dekat dengan Kota Kinabalu, Sabah. Kalau nak ke situ, cuma 40 minit trip bot dari pulau Gaya.
Gaya Island Resort



Harga Biasa | RM 890 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Resort 5 bintang ini tempat honeymoon di kawasan pulau tersorok dan mewah untuk berdua.
Resort ini bukan saja ada pantai dengan batu karang terpelihara, tapi dikelilingi hutan dara. I
a juga ada panorama romantik senja dan view gunung Kinabalu dari sesetengah villa.
Nak manjakan diri? Spa Village yang terkenal ada tersedia.
Pulau Pangkor
Siapa kata Perak tak ada hotel romantik taraf antarabangsa kat pulau untuk honeymoon anda? Kat Pangkor ada hotel mewah untuk memori sampai bila-bila.
Pangkor Laut Resort



Harga Biasa | RM 1200 ++ |
---|---|
![]() | Tempah |
![]() | Tempah |
Resort yang telah bertahan selama 3 dekad ini adalah antara resort terbaik di Perak.
Ia ada villa mewah gaya tradisi.
Tapi untuk lebih romantik lagi pilih Sea Villa untuk penginapan atas air yang siap dengan verandah dan pemandangan romantik sepanjang hari.
Nak layan spa? Ia ada antara spa terbaik di Malaysia – dengan pilihan rawatan Cina, Ayurveda, Jepun dan juga Bali untuk manjakan diri.
Okay, lengkap sudah hotel-hotel romantik terbaik yang ada dalam kawasan pulau Malaysia.
Ya, kebanyakannya mewah dan bertaraf antarabangsa. Untuk bajet sederhana, nanti kami siapkan senarai untuk anda juga.
So, antara semua kat atas sana, resort mana yang buat anda teruja?