Anda nak cari hotel yang murah tapi best di Jalan TAR untuk shopping raya?
Ini senarai hotel-hotel paling best yang ada di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan juga sekitar Masjid India.
Jom tengok sama-sama.
Hotel Best di Jalan TAR
Hotel Value for Money : Mplace
Hotel Bawah RM100 Terbaik : Katel, Big M
Hotel Keluarga Terbaik : Silka Maytower
Hotel Paling Cantik : Ideas
Dalam Jalan TAR
Hotel di dalam Jalan TAR ini khas untuk anda yang tak mahu jalan jauh selepas penat shopping.
Silka Maytower
Harga Biasa | RM 169 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda datang untuk shopping di Jalan TAR dengan keluarga, dan ada anak kecil, ini hotel terbaik yang kami pilih.
Bilik anda besar dan berkarpet.
Di hotel juga ada swimming pool, gym dan sarapan pagi.
Lokasinya cukup ideal untuk shopping baju raya masa bulan puasa.
Ia bertentang dengan Jakel Mall.
Dan kedai kain baju jalan Tunku Abdul Rahman hanya 3 minit berjalan kaki di belakang hotel.
Di sini, anda tak perlu risau tentang parking sebab ia dalam bangunan dan percuma untuk tetamunya.
Hotel MPalace
Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel MPalace yang letaknya di sebelah Kamdar ini salah satu hotel best di Jalan Masjid India kalau anda tak kisah tentang parking anda.
Hotel ini baru dan suasana bilik ringkas dan moden.
Jauh berbeza dari kebanyakan hotel di Masjid India yang lazimnya sudah berusia.
Untuk anda yang datang shopping raya berdua, ini juga antara hotel yang dekat untuk anda berbelanja sakan bersama.
Ia dekat dengan Jakel, SOGO, Semua House dan kedai-kedai lain, dan cukup nak ke sana sini dengan jalan kaki sahaja.
Masalahnya, seperti biasa — parking kereta tiada.
K Hotel
Harga Biasa | RM 89 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kami suka hotel ini sebab biliknya luas dan cukup selesa.
Dan kalau anda datang untuk bershopping raya, Jalan Masjid India kat seberang jalan saja.
Walaupun biliknya murah, ia ada peti keselamatan dan juga peti ais mini.
Nak makan bukan masalah sebab kedai mamak banyak di sekitar jalan ini.
Boleh juga makan di food court SOGO kalau anda jemu dengan air tangan mamak Delhi.
Kelemahannya ialah ia tiada tempat letak kereta.
Tapi anda boleh timbangkan untuk meletak kereta anda di kawasan Campbell Hotel saja.
Nota : K Hotel sekarang dijenamakan menjadi hotel Katel KL.
Hotel Adya
Harga Biasa | RM 70 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bilik hotel Adya ini letaknya di tepi Jalan Melayu.
Biliknya kecil, tapi cukup kalau anda datang seorang atau berdua.
Ini antara hotel murah sekitar Jalan TAR yang bukan sahaja dekat dengan kawasan beli belah, tapi juga yang ada seterika dan sejadah.
7 Eleven ada beberapa langkah dari hotel, dan stesen LRT Masjid Jamek pun 5 minit sahaja dari hotel anda.
Kelemahan terbesar hotel ini ialah parkingnya tiada.
Jadi memang jangan pilih kalau anda berkereta.
TIPS : Kalau datang berkeluarga, anda juga boleh menginap di homestay apartmen yang dekat dengan KLCC atau Bukit Bintang dan datang ke sini dengan Grab sahaja.
Grand Campbell
Harga Biasa | RM 130 ++ |
---|---|
Tempah |
Kalau anda mahukan bilik hotel yang sederhana harganya, ada parking untuk kereta dan dekat dengan Jalan TAR, sukar menewaskan hotel ini.
Bilik dan fasilitinya, memang sederhana.
Tapi yang menjadikan ia menarik ialah lokasinya.
Mall Sogo beberapa minit dari sini sahaja, manakala Jalan TAR di belakang sahaja.
Tempat letak kereta pun ada tersedia.
Hotel Starpoints
Harga Biasa | RM 120 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini betul-betul duduknya di dalam kawasan Masjid India.
Memang khas untuk anda yang keluar saja pintu, terus berbelanja.
Bilik anda besar, tapi sederhana.
Untuk makan minum, tiada masalah sebab food court dalam 2 minit jalan kaki saja.
Disebabkan lokasinya, hotel ini agak bising pada waktu tertentu, terutamanya waktu bulan puasa.
Kalau berkereta, kami tak sarankannya.
Sebab hotel ini dalam kawasan sibuk, anda akan sakit hati masuk dan keluar hotel dengan kenderaan anda.
Sekitar Jalan TAR
Untuk anda yang nak shopping di Jalan TAR tapi tak suka suasananya, ini pilihan hotel di kawasan berhampirannya yang bagus-bagus.
Big M
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Datang solo?
Hotel Big M ini memang ideal kalau anda nak hotel murah kat sekitar Jalan TAR.
Biliknya kecil, tapi murah dan cukup selesa.
LRT Masjid Jamek pun dekat saja.
Untuk ke kawasan Lorong Melayu, anda cuma perlu jalan kaki dalam 5 minit dari hotel anda.
Memang bukan masalah kalau anda muda.
Tapi kalau berusia dan mahu memborong sakan, boleh cari hotel yang dalam kawasan Jalan TAR saja.
Di Big M, nak makan senang, sebab McDonalds di bawah hotel.
Dan kalau ada keperluan apa-apa, kedai serbaneka MyNews dan Guardian pun dekat.
Kelemahan terbesarnya ialah parking tak ada.
Jadi ia sesuai hanya kalau anda datang ke Jalan TAR dengan tren atau bas sahaja.
M Hotel Medan Tuanku
Harga Biasa | RM 90 ++ |
---|---|
Tempah |
Kalau anda mahu datang shopping di sini secara solo, ini pilihan kedua.
Biliknya kecil tapi harganya murah dan bilik anda selesa.
Kedai Mynews ada di bawah, jadi tak susah kalau anda mahu beli apa-apa pada malam hari.
Untuk makan, RSMY – House of Real Beriani yang popular di KL, cuma di tepi.
Untuk ke mana-mana, anda boleh ambil LRT di stesen Bandaraya ataupun monorail di stesen Medan Tuanku.
Prescott Medan Tuanku
Harga Biasa | RM 110 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kalau anda datang ke sini dengan keluarga, dan tak kisah berjalan sedikit, ini antara pilihan hotel yang baik berdekatan dengannya.
Biliknya luas, kemas dan simple sahaja.
Dan lokasinya dekat dengan tren monorail tren monorail di stesen Medan Tuanku.
Jadi anda boleh tinggalkan kereta di hotel untuk anda ronda KL.
Untuk ke Jalan TAR, anda perlu berjalan dalam 10 minit ke sana.
Mungkin tak berapa jauh, tapi tak sesuai untuk mereka yang datang dengan ahli keluarga yang berusia.
Kelemahan terbesar hotel ini ialah parkingnya kecil dan terhad jumlahnya.
Hotel Premiera
Harga Biasa | RM 210 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini di Medan MARA.
Biliknya luas, dan ia hotel bertaraf 4 bintang.
Jadi sesuai sangat kalau anda datang dengan keluarga.
Hotel ini berdekatan Sogo, jadi shopping senang sahaja (sebelah nya).
Tapi kalau anda mengangkut banyak barang shopping dari Jalan TAR, kaki mungkin menggeletar.
Sayangnya, walaupun harganya tinggi dan biliknya selesa, tempat letak kereta tempat dan berkongsi dengan bangunan Medan MARA.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 10 Best Hotels in Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR / Masjid India) for Raya Shopping Spree
IDEAS KL
Harga Biasa | RM 250 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Kita tutup senarai ini dengan hotel paling baru kat area ini – hotel IDEAS.
Hotel ini ada bilik yang moden dengan gaya hotel butik.
Dan ia lengkap dengan pool dewasa dan kanak-kanak.
Makananan kat sini pun ada halal Jakim, jadi boleh makan buffet Ramadan terus kat sini.
Cuma sayangnya, walaupun ia ada parking, tiada akses dengan lif dari basement terus ke lobi.
Dan nak ke Jalan TAR pun lebih jauh berjalan kaki berbanding hotel yang kami senaraikan kat sini.
Okey, cukup di sini senarai hotel-hotel best di Jalan TAR dan Masjid India.
Ada di dalamnya dan ada di pesisir kawasan untuk senang keluar masuk dengan kereta.
Anda pilih yang mana?