13 Hotel Terbaik di Johor Bahru untuk Kanak-Kanak & Keluarga

Tercari-cari hotel bagus untuk anda dan anak-anak masa cuti kat JB?

No worries.

Ini hotel mesra keluarga yang best dan ada swimming pool untuk mereka.

Hotel Best Untuk Kanak-Kanak & Keluarga di JB

Di Bandaraya JB

Kalau anda tak kisah sangat dengan lokasi, tapi yang penting harga berbaloi dan fasiliti mesra anak, ini beberapa hotel bagus untuk keluarga yang boleh pertimbangkan sama-sama.

KSL Resort 

swimming pool besar untuk kanak-kanak di KSL resort johor bharu
Harga BiasaRM 170 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda mahu hotel yang ada swimming pool kanak-kanak yang macam mini taman tema masa cuti kat JB, book KSL Resort ini.

Hotel ini ada taman air air dinasour yang luas kat tingkat 7. 

Saiz biliknya biasa saja, tapi yang bagusnya shopping mall ada dalam bangunan yang sama.

Jadi nak makan, shopping, tengok wayang senang saja.

Kalau anda ada kat sini pada Isnin, boleh jalan kaki pergi pasar malam kat depan hotel.

Nak pergi Legoland? No problem sebab ada shuttle tersedia.

Trove Johor Bahru

bilik moden dan luas di hotel trove johor yang sesuai untuk keluarga
Harga BiasaRM 190 ++
Tempah
Tempah

Hotel 4 bintang ini ada bilik-bilik dengan 5 tema, jadi anda boleh datang berkali-kali dan duduk di bilik berlainan setiap masa.

Yang bagusnya kat bilik ada water filter, dengan air sejuk dan panas, senang kalau ada baby cuti bersama.

Dan swimming pool di tingkat 8 hotel ini memang dibuat untuk dewasa dan kanak-kanak mandi dalamnya.

TV nya jenis smart tv yang lengkap dengan Youtube, jadi anak tak akan bosan kalau tak ada channel tv yang mereka suka.

Nak shopping? Boleh jalan kaki 5 minit ke Pelangi Plaza.

3 Tarikan Paling Top Kat Johor

Grand Paragon

pemandangan badaraya johor bharu dari lobi hotel paragon
Harga BiasaRM 145 ++
Tempah
Tempah

Grand Paragon ini salah satu hotel di JB yang mesra anak-anak dan harganya sederhana.

Bilik anda tatahiasanya biasa, tapi luas untuk keluarga.

Kat sini ada pool mini untuk si kecil, dan letaknya di sebelah infiniti pool dewasa.

Kalau nak shopping, KSL mall cuma 5 minit berkereta. 

Dekat City Square

Untuk anda yang nak hotel-hotel dekat City Square & JB Sentral sebab anda nak senang shopping, atau sebab anda ada hajat nak masuk ke Singapura, ini hotel-hotel best untuk kanak-kanak dan keluarga di JB yang kami suka.

Hotel Amari

swimming pool di hotel amari yang best untuk kanak-kanak dan dewasa
Harga BiasaRM 295 ++
Tempah
Tempah

Hotel Amari yang dekat dengan mall Komtar JBCC dan City Square ini ada bilik dan bilik air yang luas untuk keluarga.

Jadi bukan saja rehat di bilik selesa, nak cari makan-minum, cuci mata pun senang saja.

Tarikan macam pasar karat dan Skyscape dekat dengan hotel.

Kat sini ada pool untuk anak dan dewasa.

Tapi kalau nak anak tambah seronok, boleh ambil bilik yang ada akses terus ke pool kanak-kanak.

Holiday Inn

bilik hotel moden di holiday inn yang sesuai untuk keluarga muda
Harga BiasaRM 215 ++
Tempah
Tempah

Hotel Holiday Inn JB ini adalah salah satu hotel di JB yang lokasinya cukup strategik untuk anak dan family — sebab ia ada kat Komtar JBCC.

Jadi boleh pergi Skyscape bila-bila masa free.

Menariknya kat hotel ini, kalau anda makan di restoran Dine@Eight dalam hotel ini, tak kisahlah siang atau malam, anak bawah 12 tahun boleh makan percuma.

Bilik kat sini pun besar dan moden, sesuai sangat untuk keluarga muda dengan anak kecil seorang dua.

Pool ada, walaupun tiada pool khas untuk kanak-kanak tersedia.

Holiday Villa JB 

swimming pool infinity di hotel holiday villa jb
Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Hotel 4 bintang ini  terkenal dengan makanannya yang sedap, bilik yang besar dan lokasinya yang strategik.

Untuk anak ada 1 swimming pool khas untuk mereka,  manakala untuk dewasa ada satu infinity pool di tingkat 25 dengan pemandangan luar biasa.

Nak shopping?

KSL mall ada tak jauh depan mata dan boleh pergi dengan jalan kaki saja. 

Thistle JB

hotel thistle johor bharu
Harga BiasaRM 240 ++
Tempah
Tempah

Ini salah satu hotel kat JB dengan bilik luas yang sesuai untuk anak yang suka berlari, dan tenang dari traffic JB.

Untuk anak, ia ada swimming pool khas untuk mereka di samping pool bertingkat untuk anda yang dewasa.

Untuk makan dan ke mall, anda perlu memandu dalam 10 – 15 minit dari sini.

Jadi book kalau anda pentingkan bilik yang luas pada harga sederhana.

Sebab kalau anda mahukan yang strategik lokasinya, ada pilihan lain yang lebih baik darinya dalam senarai kami ini.

Doubletree by Hilton

swimming pool di hotel doubletree by hilton yang cukup besar dan best untuk kanak-kanak
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel yang letaknya dekat dengan Komtar JBCC mall dan juga City Square — jadi tak susah untuk anda dan family shopping nanti.

Untuk main air, kolam renang anak ada di sebelah kolam renang dewasa.

Jadi satu family boleh seronok sekali.

Untuk lebih selesa hotel ini ada suite 2 bilik. Family besar boleh duduk sama-sama dan privacy terjaga. 

Dan bagus lagi, untuk suite family 2 bilik, ia siap ada dapur, mesin basuh juga dryer — senang untuk selesaikan kain baju anak yang kerjanya ke kolam air bila-bila ada masa.

Capri by Fraser 

Harga BiasaRM 230 ++
Tempah
Tempah

Kalau anda nak bilik moden yang bersih masa cuti dengan family di JB ini salah satu pilihan yang ada.

Hotel ini ada bilik studio dan juga apartmen 1 bilik yang lengkap dengan microwave dan sofa.

Kalau anak kecil anda bosan, ada kolam randuk untuk mereka layan.

Dan di laundry room tingkat 1 ada playstation yang boleh dilayan sementara menunggu anda membasuh baju.

Hotel ini dekat dengan mall-mall JB, tapi tak sesuai untuk jalan kaki.

Kedai makan berdekatan pun tak senang dicari.

Dan untuk shopping ke JB City Square, ada shuttle dari hotel ini.

Dekat Legoland

Kalau hajat utama family anda ke JB memang nak ke Legoland, dan mahu rehat di kawasan yang tenang dari traffic JB, ini hotel-hotel best untuk kanak-kanak dan keluarga yang ada.

Fraser Place Puteri Harbour 

kolam renang di fraser place puteri harbour nusajaya
Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Ini penginapan dekat Legoland yang sesuai untuk anda yang datang dengan keluarga besar atau remaja dan mahukan apartmen dengan bilik-bilik buat mereka.

Semua bilik di sini lengkap dengan microwave dan juga washer-dryer, dan saiz bilik-biliknya memang luas dan selesa.

Pool kat sini dalam bangunan dan siap ada dinding gelas.

Memang boleh snap gambar masa anak mandi.

Kalau nak ke Legoland atau shopping ke Sunway Big Box dan malas memandu, ada shuttle percuma untuk itu.

Hotel Jen Puteri Harbour

Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel bagus untuk anak-anak kalau anda tak mahu pening dengan sesak JB dan mahu bertenang di kawasan Puteri Harbour.

Hotel ini dekat dengan Legoland dan Sealife.

Dan ada bilik-bilik kat sini yang dapat pemandangan pelabuhan dengan kapal persiaran.  

Kat sini ada 3 pool — 1 untuk anak kecil, 1 untuk anak yang lebih besar dan 1 lagi khas untuk dewasa.

Senang cerita, lebih selamat dan semua orang boleh happy mandi kat tempat yang sesuai untuk umur masing-masing.

Kalau ada duit lebih, boleh book bilik yang ada tema Hello Kitty — bagus untuk bawa peminatnya tidur di sini masa harijadi.

Hotel Ramada Meridin 

Harga BiasaRM 270 ++
Tempah
Tempah

Penginapan yang jaraknya cuma 3 minit dari Legoland ini ada pun apartment selesa dan luas untuk keluarga.

Swimming pool infiniti kat sini luas, dan ia juga ada kolam randuk untuk anak kecil. Dan kalau pool belum cukup mereka juga ada playroom untuk duduk main bersama. 

Kalau nak ke Legoland tak perlu memandu. Ambil saja shuttle dari hotel ini.

Hotel Legoland

Harga BiasaRM 890 ++
Tempah
Tempah

Ini hotel paling best untuk kanak-kanak dan keluarga kat JB.

Tapi cuma sesuai untuk anda yang tak kisah berbelanja sebab harga biliknya memang tak murah.

Bilik dekat sini istimewa sebab ia ada ruang tidur khas untuk anak.

Dan bilik-biliknya datang dengan macam-macam tema.

Sekali masuk memang anak ingat sampai tua. 

Lokasinya pula dekat sangat dengan Legoland dan juga Sealife Malaysia.

Shopping mall di depan mata,  dan kalau nak mandi swimming pool, of course hotel ini ada khas untuk anak-anak semua.

Lengkap sudah senarai hotel-hotel mesra kanak-kanak yang ada di Johor Bharu yang boleh anda tempah cuti sekolah nanti.

Hampir semuanya ada pool khas untuk anak anda.

Persoalannya, yang mana satu yang kena dengan bajet keluarga — dan nak di bandar atau dekat dengan taman tema Legoland yang terkenal satu Malaysia?

JomJalan Seluruh JB

Senarai tempat menarik di JB
Hotel terbaik pilihan kami
Promo hotel, tarikan Johor
Layan kedai makan sedap JB
Jomjalan