8 Hotel Terbaik Untuk Kanak-Kanak di Penang (Utk Cuti Puas Hati)

Nak cuti kat hotel paling best untuk anak-anak kat Penang?

Hotel-hotel kat bawah ini semuanya ada pool dan fasiliti power untuk mereka.

Jom tengok senarai hotelnya.

Golden Sands Resort

resort golden sands pulau pinang yang sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Hotel di tepi pantai Ferringgi ini memang hotel terbaik untuk kanak-kanak, bukan saja di Penang tapi Malaysia.

Hotel ini bukan sahaja ada 3 swimming pool, tapi kolam khas untuk kanak-kanaknya siap ada gelongsor air dan dibuat seakan taman tema mini.

Nak mandi air laut? Pantai kat belakang hotel saja.

Kalau anak tak suka air, dia boleh boleh masuk ke Adventure Zone untuk berseronok indoor pula.

Dari sini ke taman tema Escape dan taman rama-rama Entopia pun cuma 10 minit berkereta. 

Untuk shopping, ada shuttle percuma untuk ke Georgetown.

Dan untuk makan, tak risau sebab warung ada di depan hotel. KFC, McD dan Subway pun 2 minit memandu dari sini.

Hard Rock Hotel

bilik kanak kanak yang best di hard rock hotel penang
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Anda mungkin ingat hotel ini untuk orang yang gila muzik.

Tapi sebenarnya Hard Rock Penang ini juga antara hotel terbaik untuk kanak-kanak.

Hotel ini ada Roxity Suite, iaitu penginapan khas yang membahagikan bilik anda kepada 2 bahagian — satu untuk anda, dan satu untuk mereka.

Bahagian tidur anak siap ada TV dengan siaran kartun, playstation dan laman kecil, khas untuk 2 orang kanak-kanak.

Kawasan pool nya pun terbesar kat Penang, dan siap ada 3 gelongsor.

Dan kawasan pool dewasa dan anak dekat saja. Jadi anda pun boleh mandi sementara anak berseronok.

Bila petang, ada aktiviti khas hotel macam sea scooter, sumo wrestling dan macam-macam aktiviti untuk anak layan.

Seperti Golden Sands, dari sini ke taman tema Escape dan taman rama-rama Entopia pun dekat sahaja. 

Shangri La Rasa Sayang

kolam renang di shang ri la rasa sayang penang
Harga BiasaRM 590 ++
Tempah
Tempah

Hotel ini cuma bersebelahan Golden Sands Resort.

Resort ini membahagikan kawasan tetamu dengan anak di satu bahagian, dan tanpa anak ke bahagian lain.

Jadi anda tak risau anak buat bising dan mengacau tetamu lain sebab anda dan keluarga akan diletak di kawasan Garden Wing.

Di sini, setiap hari anak-anak bawah 12 tahun ada aktiviti yang boleh mereka ikut dari 9 pagi sampai 9 malam.

Antaranya belajar membuat layang-layang, mini golf, nature walk dan lukisan.

Kalau hari panas, hotel ini juga ada Kids Club untuk mereka main secara indoor.

Bila panas reda, mereka boleh mandi laut atau naik kuda di pantai Feringgi yang di belakang hotel sahaja.

Park Royal Penang Resort

pool kanak kanak di park royal penang
Kredit : msmishelle
Harga BiasaRM 390 ++
Tempah
Tempah

Ini lagi satu hotel di Batu Ferringgi Penang yang cukup mesra kanak-kanak.

Kawasan kolam di hotel ini bergaya tropika dengan swimming pool untuk kanak-kanak yang juga ada 2 slides.

Di tepi pool ini ada kawasan permainan dipanggil Amazonia yang ada kawasan permainan air untuk mereka.

Kalau anda datang dengan anak kecil, mereka boleh bermain di Kids Club.

Dan kalau anda nak berehat atau shopping ke Georgetown dengan suami, boleh tinggalkan mereka di sini dengan babysitter.

Bila malam, anda semua boleh sama-sama ke pasar malam yang dalam jarak jalan kaki.

Lexis Suites

hotel lexis suite pulau pinang yang ada private pool dalam bilik
Harga BiasaRM 360 ++
Tempah
Tempah

Lexis Suite Penang terletak di Bayan Lepas, ideal kalau anda nak berehat jauh dari pantai yang sibuk atau pekan Georgetown yang sesak.

Untuk anak kecil, ia ada Kidz World, iaitu kids club untuk anak-anak bawah 12 tahun.

Untuk anak yang naik remaja, boleh ke Games Room untuk main ping pong, congkak atau carrom.

Yang menarik kat sini ialah setiap suite ada swimming pool peribadi. 

Jadi anak-anak boleh berendam sepanjang hari.

Untuk shopping, Queensbay Mall dalam 12 minit berkereta. Jeti untuk ke Pulau Jerejak juga dalam 15 minit dari hotel anda.

Cuma sayangnya, anda tak boleh mandi laut kalau kat sini.

Bukan apa, kawasan tepi pantainya untuk nelayan Telur Kumbar tambat bot mereka.

Bayview Beach Resort

ruang permainan kanak-kanak di bayview beach resort
Harga BiasaRM 290 ++
Tempah
Tempah

Ini satu lagi hotel di Batu Feringghi yang bagus untuk kanak-kanak.

Ia ada 2 pool untuk anak anda — satu wading pool untuk bayi dan satu lagi pool yang siap dengan gelongsor untuk yang di bawah 12 tahun. Kalau hujan, ada playland untuk mereka berseronok.

Kawasan luar hotel juga luas dan landai kalau mereka cuma berlari sepanjang hari. 

Kalau mereka sudah bosan di hotel, laut hanya di belakang hotel. 

Tak seperti Hard Rock yang selalu ada muzik, kat sini anda yang datang dengan mak ayah yang berusia pun boleh duduk tenang di kawasan hotel yang menghadap laut.

Doubletree by Hilton

teman permainan anak di doubletree resort
Harga BiasaRM 280 ++
Tempah
Tempah

Ini satu-satunya hotel dalam Penang yang ada muzium yang anak suka — Teddy Ville yang penuh dengan patung beruang kecil dan besar.

Kat sini pun ada Kid’s Club dengan jadual permainan berlainan setiap hari.

Anak boleh belajar kraf pada awal pagi, belajar juggling tengah hari sampailah ke menonton wayang malam nanti.

Kolam anaknya tak sehebat di Golden Sands atau Hard Rock, tapi mencukupi untuk anda kecil anda.

Dan makan pagi pun ada ruang khas untuk makanan mereka, siap dengan pinggan plastik warna-warni.

Kalau nak puas, ambil Family Suite agar anak-anak ada bilik sendiri yang terasing dari anda berdua.

Walaupun hotel ini bukan di tepi laut, ada jejantas dari hotel ke pantai Miami di seberang jalan.

Bertam Waterpark Resort

bertam resort double bed yang dekat dengan waterpark untuk kanak-kanak
Harga BiasaRM 370 ++
Tempah
Tempah

Kita tutup list ini dengan resort terbaru kat Penang yang baru dibuka pada tahun 2023.

Ia kat tepi Bertam Waterpark dan sama lawa dan gaya Morocco hiasannya.

Bilik kat sini besar dan ada swimming pool best untuk anak layan.

Tapi kalau mereka nak ke taman tema air yang terbaru kat Penang itu, memang senang saja.

Senang cerita, kalau wang bukan halangan, ini antara hotel baru untuk kanak-kanak yang terbaik di Penang untuk tahun ia dilancarkan.

NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : 8 Ultimate Kid-Friendly Hotels in Penang with Amazing Pools – A Must-Visit for Your Family Vacation!

Okay, ini dia 8 hotel terbaik di Penang untuk kanak-kanak yang ada pada tahun 2023.

Dua hotel teratas sudah cukup sebenarnya untuk anak anda berseronok tiap kali cuti — itupun kalau wang bukan masalah anda suami isteri.

Tapi kalau bajet agak terhad, kami sarankan anda pilih hotel terbaik untuk anak dan keluarga bertaraf sederhana yang masih bagus untuk little monster sesiapa saja.

Macam mana, dah ada hotel yang anda berkenan nak bawa anak masa cuti sekolah nanti? 

Hotel Terbaik Penang

JomJalan Seluruh Penang

Layan senarai tempat tarikan best di Penang
Tidur kat hotel terbaik Penang
Promo hotel, tarikan Penang
Makan kat kedai makan sedap Penang
Jomjalan