Langkawi ada banyak hotel-hotel best untuk anak dan keluarga.
Dari hotel kat tepi pantai Cenang sampailah ke resort mewah yang lengkap dengan aktiviti untuk anak anda.
Jom tengok hotel terbaik yang ada.
Hotel Terbaik Untuk Anak di Langkawi
Aloft Langkawi
Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Aloft Pantai Tengah ini hotel moden untuk family dengan anak dengan bilik minimalis.
Bilik kat tingkat 3 ada cukup permainan untuk anak kecil habiskan masa.
Dan nak tambah seronok boleh minta Camp Aloft untuk mereka.
Dengan Camp Aloft, anak akan sengih sepanjang kat sini.
Sebab bilik anda akan ditambah khemah, tilam angin dan juga penyodok dan baldi untuk mereka main pasir kat pantai nanti.
[static_content id=”29546″]
Anak remaja tak perlu iri hati.
Mereka boleh layan Xbox kat Remix Lounge untuk happy-happy.
Nak ke pantai?
Boleh pilih nak memandu 5 minit ke pantai Tengah atau 10 minit ke Cenang kalau nak cuci mata sekali.
Pelangi Beach Resort
Harga Biasa | RM 450 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini antara resort tepi pantai Langkawi yang best dan berbaloi kalau datang dengan keluarga.
Kat sini ada petting zoo mini yang dipanggil Kiki’s Animal Farm untuk belai haiwannya.
Dan kalau tak larat berjalan dalam resort, naik golf cart ke sini ke sana pun sudah buat anak kecil anda senyum gembira.
Nak mandi? Ada 3 swimming pool dalam resort anda.
Boleh layanlah sampai kecut jari.
Untuk anak anda, pool khas mereka bertema dinosaur dan siap ada slide air untuk extra happy.
Resort ini di Cenang.
Jadi kalau nak makan, lawat Underwater World Langkawi dan join trip Island Hopping senang.
Westin Langkawi
Harga Biasa | RM 690 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Resort Westin Langkawi ini pun antara hotel best untuk keluarga.
Untuk anak layan pool, ada kolam randuk untuk mereka.
Mak ayah pula ada infinity pool untuk lepaskan stress sama-sama.
Westin Langkawi ini ada Kids Club.
Jadi bukan saja anak boleh main dan ikut nature walk, tapi boleh juga join kelas memasak.
Katil Westin, macam biasa memang ada katil Heavenly Bed nya yang sudah jadi trademark.
Jadi satu keluarga boleh tidur nyenyak.
Lokasi hotel Westin ini kat pekan Kuah.
Nak shopping, nak balik dengan feri, memang mudah.
The Danna
Harga Biasa | RM 1100 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel yang best untuk anak-anak yang memang nak mandi pool.
Sebab The Danna ini ada kolam renang paling luas dalam pulau ini.
Senang cerita anak jerit gembira pun tak kacau tetamu lain sebab saiz pool gergasinya.
Belum puas main air?
Boleh jalan ke kawasan pantai peribadi hotel ini untuk main ombak dan buat istana pasir.
Macam resort mewah lain, The Danna pun ada Kids Club.
Jadi anak boleh belajar cara buat layang-layang sampailah ke origami.
Resort ini dekat dengan Telaga Harbour dan kereta kabel Langkawi.
Dan kalau anak nak berseronok buat obstacle course dari pokok ke pokok, Skytrek tak jauh dari sini.
Ritz Carlton
Harga Biasa | RM 1700 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ramai orang ingat Ritz Carlton Langkawi cuma sesuai untuk honeymoon dan anniversary.
Sebenarnya, resort ini pun bagus untuk anak happy-happy.
Dengan syarat wang bukan satu masalah untuk family.
Kat sini, anak akan dapat pyjama dan itik getah untuk main di tab mandi dan khemah untuk camping dalam bilik.
Dan dalam resort, boleh belajar buat layang-layang dan belajar satu dua resepi sebelum balik.
Kids Clubnya 2 tingkat — memang dibuat untuk anak sibuk main cuti.
Dan siap ada mini pool kat sini untuk aktiviti.
Nak tambah best? Ambil villa dengan swimming pool peribadi.
Tenang mandi satu family menghadap laut dari balkoni.
Ayah pun tanpa perlu risau orang tengok aurat anak isteri.
Untuk anak remaja dan ibu bapa aktiviti, boleh berkayak atau buat jungle trekking ataupun layan spa kat spa bamboo malam nanti.
Rebak Island Resort
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini tempat khas untuk anda yang tak mahu bershopping.
Tapi datang Langkawi memang nak rehatkan kepala, santai cuti dengan keluarga dengan anak yang umur remaja.
Kat sini, anda pergi ke pulau Rebak dengan bot dari pulau Langkawi.
Dan duduk dengan resort mewah kat pulau peribadi seluas 390 ekar masa cuti.
Kat sini, nak memancing boleh, berkayak pun boleh.
Kalau tak mahu basah, boleh explore hutan pulau ini — masuk jungle trail, tengok burung atau lawat ke kawasan paya bakaunya.
Senang cerita untuk holiday dengan family yang suka alam semulajadi, resort ini beri pengalaman berbeza masa cuti.
Four Seasons
Harga Biasa | RM 2500 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara resort keluarga terbaik bukan saja di Malaysia, tapi dalam Asia.
Ia ada pantai peribadi yang tenang, bilik yang moden dan aktiviti untuk anak yang luar biasa tahapnya.
Kat sini swimming poolnya dibahagi dua.
Satu untuk family dan satu lagi untuk tetamu lain.
Dan family pool ini pun ada 4 bahagian.
Kids Room di Four Seasons Langkawi bukan saja ada banyak mainan dan aktiviti, tapi anak juga boleh pinjam mainan pasir supaya kat tepi pantai boleh bina istana.
Dan kalau nak pamper anak perempuan anda, ada kiddie spa untuk mereka melawa.
Nak beraktiviti outdoor?
Boleh cuba rock climbing, pusing resort dengan basikal atau berkayak kat sini.
Untuk ayah, boleh rehatkan kepala main golf di 99 East Club Golf coursenya dan ibu boleh belajar menari inang dari instructor.
Kalau tak cukup, boleh layan jacuzzi, spa dan steam kat Spa Center.
Okay, lengkap sudah senarai hotel-hotel terbaik untuk anak dan keluarga di Langkawi — yang cukup dengan fasiliti untuk buat mereka happy.
Kalau lokasi benda utama, pilih resort Pelangi.
Tapi kalau resort mewah yang anda cari, Ritz Carlton dan Four Seasons sesuai untuk cuti dengan anak isteri.
Mereka dah besar pun nanti teringat lagi.
Kalau nak cuti dengan family dengan bajet sederhana, ini hotel pilihan kami.
So, hotel hebat mana pilihan hati?