Nak cari hotel best kat Batu Ferringhi masa cuti di Penang nanti?
Kat sini kami senaraikan hotel-hotel terbaik kat area itu.
Jom tengok sama-sama.
Hotel di Batu Ferringhi Yg Best
Hotel Hard Rock
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini antara hotel di Batu Ferringhi yang paling best.
Kolam kat Hard Rock ini antara yang terbaik dalam Penang — siap dengan slide dan pool sebesar 26,000 kaki persegi untuk anak-anak dan juga dewasa.
Ini juga hotel paling up to date dalam Penang.
Flat screen sini saiznya 50 inci, siap dengan BOSE sound system dan juga movie Blockbuster percuma.
Nak terjun ke pool dari saja bilik? Boleh sangat.
Ambil bilik Lagoon Deluxe.
Kolam renang cuma beberapa langkah saja dari katil anda.
Shangri La Golden Sands
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Shangri-La ada 2 resort kat kawasan Batu Ferringhi.
Resort Golden Sands ini hotel paling sesuai untuk family, lagi-lagi kalau anak anda semuanya bawah 10 tahun. Memang hotel ini best untuk mereka.
Hotel ini bukan saja ada Kids Club, tapi juga taman tema sendiri yang dipanggil Adventure Zone.
Aktiviti untuk anak ada setiap hari dan ditukar-tukar supaya anak tak jemu.
Dan aktiviti tersedia dari pagi sampailah ke malam hari.
Tips : Nak homestay? Ini homestay di Batu Feringghi yang ada — dari apartmen dan rumah hingga bungalow keluarga.
Hotel Shangri La Rasa Sayang
Harga Biasa | RM 590 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel Shangri La yang ini pula resort di Batu Feringghi yang best datang berdua, untuk sambut anniversary atau honeymoon sama-sama.
Kawasan resort ini hijau.
Kawasan pun tenang dengan pokok besar dan landskap lawa untuk santai bersama.
Kalau nak rest layan matahari terbenam, pantai kat belakang saja.
Dan kalau nak shopping kat Georgetown, ada shuttle percuma.
Hotel Angsana Teluk Bahang
Harga Biasa | RM 320 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel ini baru saja dibuka hujung 2020 dan tarafnya 5 bintang.
Ini juga hotel yang terdekat dengan taman tema Escape Penang (yang ada water slide terpanjang kat dunia) dan taman rama-rama Entopia.
Ia ada swimming pool infiniti dengan view laut, dan juga kawasan pantai untuk anda mandi manda.
Yang bagusnya semua bilik menghadap laut.
Dan pilihan bilik ada banyak — dari bilik superior untuk yang berdua dan suite keluarga, sampailah suite yang ada private pool untuk mandi bila-bila anda suka.
3 Tarikan Paling Top Kat Penang
Lone Pine Hotel
Harga Biasa | RM 430 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kecil di tepi pantai Batu Feringghi ini pula satu-satunya hotel butik mewah kat kawasan ini.
Ini best untuk anda yang datang berdua, dan nak cuti dengan romantik dan tenang bersama.
Saiz bilik kat sini luas, siap dengan balkoni besar dengan pemandangan taman untuk anda.
Bila malam, kalau nak cuci mata, boleh jalan ke pasar malam.
Ada kat luar hotel saja.
Park Royal Penang
Harga Biasa | RM 390 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Park Royal Batu Feringghi ini pun antara hotel kat sini yang paling popular.
Sebab sejak 2018, fasilitinya dah dikemaskini dan gayanya pun sudah berbeza.
Kalau anda nak view laut, ambil bilik menghadap laut yang ada balkoni.
Pool kat sini besar, dan kalau datang dengan anak kecil memang ada kolam khas dengan taman tema mini untuk mereka.
Bayview Beach Resort
Harga Biasa | RM 290 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Hotel kat sebelah Hard Rock ini pula antara hotel mesra family yang ada kat tepi pantai Feringghi.
Tata hias bilik memang sudah berusia. Tapi bilik anda luas.
Dan setiap satu ada balkoni untuk ambil angin sambil minum petang atau malam hari.
Untuk anda yang datang dengan anak kecil, tidur memang selesa.
Sebabnya katilnya lebih besar dari biasa.
Bilik anda juga ada bath tub.
Jadi kalau anak belum puas mandi laut atau pool, si kecil boleh sambung dengan berendam kat bilik pula.
Double Tree Hilton
Harga Biasa | RM 280 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Ini hotel antarabangsa yang harganya antara termurah kat kawasan pantai Ferringhi.
Hotel ini lengkap dengan fasiliti — dari pool sampai ke Kids Club untuk anak anda.
Tapi hotel ini bukan kat tepi laut.
Kalau anda nak mandi laut, boleh naik jejambat dan lintas jalan untuk mandi kat Miami Beach kat seberang jalan.
Kalau masa suntuk dan tak ada tarikan nak pergi, hotel ini juga ada muzium Teddy Bear kalau nak bawa anak isteri happy-happy.
NOTA : Versi bahasa Inggeris artikel ini : Beachside Bliss: 9 Best Hotels in Batu Ferringhi for an Unforgettable and Fulfilling Vacation!
Boulder Valley
Harga Biasa | RM 370 ++ |
---|---|
Tempah | |
Tempah |
Bosan dengan bilik hotel? Kita tutup senarai hotel dan resort best di Batu Ferringi dengan Boulder Valley.
Ini satu-satunya pilihan untuk glamping kat kawasan ini yang ada — khas untuk anda yang nak disambut suara burung dan cengkerik bila bangun celik mata.
Bilik kat sini memang luas, dan keliling anda hutan.
Pemandangan hutan dari bilik memang 360 darjah sebab keliling khemah anda adalah tingkap kaca.
Ini memang bukan hotel untuk semua. Tapi untuk anda yang nak penginapan dalam hutan yang selamat dan selesa untuk cuti di Penang, ini antara pilihannya.
Okay semua, lengkap sudah 9 hotel di pantai Batu Feringghi yang paling best untuk anda — tak kisahlah nak cuti dengan family atau nak honeymoon nanti.
Kalau wang bukan masalah, 5 hotel pertama dalam senarai kami ini sudah cukup bagus untuk ditempah.
Tapi untuk anda, yang mana pilihan hati?